Sunday, 25 September 2016

Sista Malaysia | EASY GO Micro Car Charger Terbaik!

Salam,
Holla semua, semenjak dua ni, dah berapa kali aku dan suami ke kedai elektronik untuk beli Charger. Bukan nak cakap apa, kalau beli charger ni bukan boleh gerenti telefon atau tab tu boleh charge terus. Ada sekali tu, beli charger tab, balik rumah tak boleh charge. 30 minit charge pun, masih tak bergerak percent bateri. Aduh, memang masalah aku dengan charger ni ibarat aur dengan tebing. Ntahla kenapa selalu dapat kedai yang supply barang tak berkualiti. Harga beli tu boleh tahan mahalnya, tapi pakai seminggu dah rosak. huh! Handphone dan tab memang selalu kena charge memandangkan kegunaan yang banyak sebab jadi blogger ni tahulah kan, kita ni memang selalu berinteraksi di Media Sosial dan update Blog jadi penggunaan peralatan elektronik ni memang maksimum.

EASY GO Micro Car Charger Terbaik der!

Saturday, 24 September 2016

Peekabook.com.my | Mudahnya Beli Buku Secara Online

Salam,
Anda suka baca buku? tetapi malas untuk ke kedai? Tahukah anda, sebagai seorang ibu bapa, kita perlu mendidik anak supaya mereka gemar membaca sejak kecil? Nova pun seboleh-bolehnya akan mencari peluang untuk mendidik eiman supaya minat membaca walaupun, pada usia 3 tahun setengah ni, dia tidak dapat fokus lama-lama. Asalkan kita sentiasa bersama mereka membaca buku kegemaran itu sudah memadai. InsyaAllah bila dah besar nanti dia akan minat sendiri untuk membaca buku. Baru-baru ini Nova disapa oleh sebuah syarikat yang menawarkan perkhidmatan pembelian buku secara online di Malaysia. Wow, Nova rasa sangat teruja nak tahu lebih lanjut mengenai perkhidmatan yang ditawarkan...

Eiman dan Pocket Library Cerita Kucing

Friday, 23 September 2016

New!! Mary Kay® Undereye Corrector & Mary Kay® Perfecting Concealer™

Salam,
Holla semua. Ya, excitednya nak share dengan korang 2 produk baru dari Mary Kay iaitu Mary Kay® Perfecting Concealer™ & Mary Kay® Undereye Corrector. Best sangat produk ni sebab Nova dah cuba banyak, banyak, banyak kali. Kandungannya pekat dan dengan hanya pakai 2 produk ni dah boleh buat muka jadi flawless. Serius ni. Nova ada letak video review dekat bawah ni, nanti korang boleh tengok ye.

Wednesday, 21 September 2016

Throwback : Majlis Makan Malam Ofis Nova Tahun 2014 (ramai giler dah takda)

Salam,
hahahha nak gelak jap. Buat kawan-kawan yang disayangi.. walaupun ni tahun 2014, 2 tahun lepas tapi aku tetap nak up jugak. haha.. rupanya aku peram entry ni kat draf dah 2 tahun. Kesudah tahun 2016 baru aku release. Aku kasi up jugak sebab bila aku scroll sampai bawah aku rasa nak gelak je. Pulak tu ramai giler dah pindah keluar.. bos aku pun dah selamat naik F52. Jom layan.. tengok korang enjoy jugak tak macam aku. hahhaa.. teringat balik zaman mula masuk tempat baru. Tu sebab aku seronok buat blog. Enjoy tengok gambar lama.. hihihi 

Kak Byha and Wawa... Belakang tu kak Yah, dah berkhidmat tempat lain dah. 

Tuesday, 20 September 2016

Shopping di Hermo.my Bayar Guna MOLPay Cash di 7-Eleven | Mudah Sangat!

Salam,
Holla, pernah dengar MOLPay? Nova pun pertama kali dengar MOLPay haritu. Excited nak tahu. Apa tu MOLPay? "MOLPay adalah kemudahann pembayaran secara tunai di kedai 7-Eleven yang terdekat untuk barangan yang dibeli dalam talian". Ya, dengan erti kata lain, Nova shopping di Hermo.my, kemudian Nova ke 7-Eleven terdekat dan bayar di situ. Ehh.. boleh ke macam tu? Mestilah boleh! Tapi... macam mana? Ok, meh sini Nova ajar ok!

Nova di 7-Eleven

Monday, 19 September 2016

NEW!! Mary Kay Gel Semi-Matte Lipstick Yang Awesome

Salam,
Holla semua. Bestnya harini nak sembang pasal lipstick Mary Kay ni. Sekarang ni hari-hari Nova pakai lipstick ni pergi kerja. Warna cantik, tahan lama, matte, selesa dipakai, menawan uuhhh.. rasa nak grab semua warna tapi "Sabar Nova Sabar!!" Yang ada dalam tangan ai color Midnight Red, Bashful You, Rich Truffle dan paling laris di pasaran sampai habis stok tak lain tak bukan Always Apricot. Semua ada 8 color dan lagi 4 warna adalah Mauve Moment, Powerful Pink, Poppy Please dan Crushed Berry. Mary Kay Gel Semi-Matte Lipstick yang baru ini adalah lipstick pertama yang "full-coverage" dan dengan menggunakan teknologi microsphere gel, lipstick ini sangat tahan lama dan tidak mengeringkan bibir.

Lawa sangat la awak ni! cium cikit!

Sunday, 18 September 2016

Bulan Madu di Grand Lexis Port Dickson Ecewahh!

Salam,
Holla semua, haha baca tajuk nak termuntah pun ada. Bulan madu sangatlah dengan anak 2 orang tu kan. Tapi memang masa ni aku perlukan sangat-sangat percutian. Meronta-ronta nak bercuti. Yerla lepas bersalin aku cuti pantang 3 bulan kan, siang malam mengadap anak, berak susu berak susu. Tambah pulak eiman yang makin mengada-ngada sejak ada adik. Tidur tak cukup, mata lebam, badan letih. Jadi apa salahnya kan? hahaha Husband aku la yang nak sangat merasa private pool ni. Dah berapa lama dah dia suruh aku plan ke sini. Plan punya plan, tetiba termengandung lak..terus tak jadi pergi. Takut juga nak jalan jauh, kang terberanak kat PD susah plak. Masa babymoon haritu pun kat KL je. haha okla jom layan gambar best

Memandangkan kredit airbnb aku yang agak kaching, blehla bercuti di Grand Lexis

Thursday, 15 September 2016

Forever Living Products (Membantu Masalah EKZEMA)

Salam,
Holla, pernah dengar tak tentang Produk Forever Living? Ha..Yang paling glamour adalah Aloe Vera Gel nya. Produk Aloe Vera paling laris di pasaran pada masa ini tau. Nak tahu kebaikannya kenalah baca sampai habis ye. Produk Forever Living ini adalah produk yang selalu diamalkan oleh kakak Nova sebagai makanan tambahan/supplement setiap hari. Memang nampak kuat dan sihat kakak Nova ni, walaupun badannya slim, takdalah gemuk macam ai ni kan, tapi kakak ai kuat dan cergas untuk menjalankan aktiviti seharian malah boleh memandu jauh hari-hari tau. So, dek kerana kebaikannya, Nova promote lah produk ni di blog. Bagi sesiapa sahaja yang sedang mencari makanan tambahan, supplement, atau DETOX, bibir merekah, kulit rengsa dan sebagainya, apa kata anda cuba produk ini. Tujuan utama adalah untuk "Keseimbangan tubuh badan, kecergasan/pengurusan berat badan & kecantikan". Dah ramai yang mengamalkan produk ini tau!

Ini diantara produk Forever Living yang diamalkan oleh kakak Nova