Monday, 6 September 2010

Ayam Percik Yati Paling Sedap di Bangi

Salam,
Disebabkan ini adalah bulan puasa, so akan banyak cerita makan-makan dan makan selain cerita beli dan belah dan sale. Sekali lagi saya dan mereka semua berbuka di Yati Ayam Percik di Bangi. Kedai ini mempunyai Nasi Kerabu yang paling sedap dalam dunia. hihi. betul tak tipu.

Akan tetapi, jika mahu berbuka di sini, sila buat tempahan terlebih dahulu kerana sini akan Full House. Jadi kakak telah menelefon dahulu dan membuat pesanan sehingga aku tak pasti apakah jenis minuman yang dia telah order untuk aku. Totally Ew Ew! haha.. kalau orang diabetis minum mesti sangat suka. :)

Semasa kami sampai beramai-ramai kerana setelah tersangkut di dlm traffic, semua mata memandang kami. Pandangan mereka sangat tajam, mungkin kerana mereka terlalu lapar lagi 15 minit nak berbuka ada iklan orang baru sampai bising2 nak duduk, nak Budu, nak sudu nak kerusi..dan macam2 lagi...

Setelah azan berkumandang, kami pun senyap dan berhenti bising lalu berbuka dengan riang hati..

Yahuu! ayam percik paling sedap
Aku dan Kakak
"Saya belum bersedia nk pose la, kenapa tangkap lagi" manda
"Ha, kan saya dah cakap, saya lagi cute dr auntie Pisa!" manda
"Kenyangnya perut, landing japla" Rayyan
"Isk! aku tengah nak senduk kuah kari yang sedap ni, kena pose lak, senyum la" kak lina
"Inilah Sebutir nasi ibarat setitik peluh petani!"manda
"Sedap nie, alamak ada orang tangkap gambar ke?" Yo

Sekian bilik berita puasa