Thursday, 7 October 2010

Cukur Jambul dan Aqiqah

Salam,
Minggu lepas aku balik kampung sebab akak aku yang baru dapat baby tu nak buat kenduri aqiqah dan cukur jambul anak dia yang pertama. nama baby yang nak buat aqiqah tu adalah farah afiqah. maka secocok sudah untuk majlis aqiqah afiqah nie. haha

Kemudian, dijemput sekumpulan wanita untuk MAR'H'ABAN. sila baca dengan huruf 'H' kalau tak jadi maraban. :) apabila selepas selesai majlis, bayi pun dicukur togel 360 darjah di kepalanya. Hidangan adalah nasi minyak, kambing, satay, laksa dan lain2 seperti pertama kali makan sekenyang-kenyangnya seumur hidup. tetapi aku juga perlu bertugas melayan tetamu dan mengemas rumah. Penatnya!! tapi berbaloi-baloi.

Budak 'Pika Pika' tu baiknya attitude dia, tak meragam langsung haritu. Tapi lepas semua orang balik... ok siap kau. "Pika pika nak practise menyanyi nak jadi juara Malaysian Idol la makteh".

My name is Pika Pika.. comel tak saya?
 Kenapa pika pika di ikat begini..tolong!! tahu tak saya akan glamour suatu hari nanti??
 MarHaban
 Tq kak nor sebab sudi datang..love u always!
 Sekian meraban..