Friday, 15 October 2010

"Sepupu Kawin di Melaka Ambik Kesempatan Berjalan"

Salam,
"Sepupu Kawin di Melaka Ambik Kesempatan Berjalan" ting ting tong baca macam alihsuara tajuk kartun doraemon. hi hi

Tahniah buat sepupu yang kahwin di Melaka. Kami pihak lelaki mengucapkan terima kasih di atas layanan yang begitu mesra dan baik sekali. Tahniah buat Pakcu yang dapat menantu!

Sehari sebelum Majlis Kenduri kami telah bertolak ke Ayer Keroh, oh.. excitednya pergi Jalan2 walaupun dapat jalan 2 hari je. Aku sampai malam, so pakaian adalah seluar Jeans dan T-shirt sebab nak memandu tamau pakai kain. Bila sampai, rupa-rupanya Malam itu ada Majlis Bersanding dan Kenduri Doa Selamat. Oh habisla sebab bawak baju kurung sepasang je.

Malam itu pihak pengantin bersanding, dengan dihiburkan dengan Pencak Silat yang hebat.. gaduh2 golek2 atas jalan.. Wow.. Bunga Api yang berjenis2.. hebat sekali bukan.

Esok pagi, badan rasa penat, tetapi kena pergi mandi juga sebab badan bau dah busuk. Ada Majlis Persandingan lagi, kali ini betul2 lagi penat.. kena bawa hantaran sebab mereka kata "yang belum kawin kena pegang hantaran" sangat tak aci, kemudian posisi adalah dihadapan budak2 kompang sehingga rasa telinga dah kurang berfungsi sebelah sehingga petang =D haha..

Selepas tamat Majlis, tujuan utama datang Melak mesti cari 3 benda ini:
1. Cencaluk (sebab udang high class suka lepak2 di Selat Melaka, nelayan senang tangkap)
2. Gula Melaka (sebab negeri lain takda gula, melaka je ada, Gula Putajaya manada tader tader)
3. Belacan (Sebab belacan Melaka dikatakan 'sohor' dengan kesedapannya)

Selesai membeli , blah.. Membeli - Blah. Kalau tak blah duit habis mata rambang nak naik Beca ada musik P.Ramlee atau melawat Muzium Kapal.. isk isk

Ini Cousin saya dan isterinya pada 10.10.10 =D
Di bawah ialah Si gemuk kesayanganku, Si gemuk ada nama timangan mak.. hihi 

One Two Three Action!!
Pakcu "ko ingat aku senyum ni sebab aku suka ker? aku panas ni tau tak"
My nephew yang Chembam chembam ayoyo
 Yey masa shopping. Baby Rayyan sudah tidor di bahu Abahnya
Kapal sudah mahu berlepas.. ayuh semua naik kapal segera!!
 Pinjam nak pose jap abang
 Wak Sorjo Martopo.. haha Jawa mari naik kapal
Muka gembira sblm naik kapal ke JAWA menemui Wak Sorjo
Baby tido nyenyak skali.. haha tipu nak tgkp gmbr sdr je
"Ada BAU skit" mcm iklan Febreeze
Ini chembam ayoyo yang dah penat bermain.. hihi
Sekian Melaka Happy Hour!
ok last ni last.. tak lengkap kalau takda aksi Amanda yang excited berpayung di dalam kedai.. hihi
TAMAT