Monday, 15 November 2010

Hari Ahad Melakukan KeGeraman dengan Menonton Rise of the Mummy

Salam,
Hari Ahad iaitu semalam bersama Kakak n Zeti pergi menonton wayang cerita Rise of The Mummy. Memandangkan sudah penat berbaring sahaja kerana demam, jadi aku memerlukan Cas-Cas yang Sangat Positif yang selalunya boleh dapat dari gelak ketawa bahak2. So, layan movie cerita kelaka, cita ni memang light jer, no pressure, walaupun mengarut dan lawaknya macam tak logik sebab motif utama cerita ni untuk  dihidupkan balik Doktor Firaun sebab nak mengubati adik Si Adele (heroin). Takan kering gusi melihat aksi ganas si Adele ni, dan tah tiba2 ada Binatang Jurasic Park , Firaun dan Kapal Titanic.. ok.. memang macam2 ada.

Tapi ada satu part yang tak berapa nak syok sangat sebab dalam cerita ni ada part Orang Arab yang tamak dan sanggup membunuh kerana emas. Bila Orang Arab ni nampak emas mereka meyebut "Allahuakbar!!".. tak menggambarkan langsung sifat2 orang Islam yang baik. Nampak manipulasi kepada orang Arab dan Islam yang tak selaras langsung dengan ajaran Islam yang sebenar. Memang tak patutla skrip tu ditulis sebegitu. grrr..

Erm.. tetapi jika melihat secara keseluruhannya, cerita memang kelakar... :) Kalau Rate full 5 aku bagi 3 setengah tapi tolak setengah sebab scene arab tu so aku bg 3. cukupla kan.. hii hii

Adele..cantikkan perempuan ini.. =D


ADELE Rise of The Mummy Movie Trailer

Sekian