Saturday, 20 November 2010

Kan I Pernah Cerita I ada 2 ekor Ninja

Salam XOXO,
aq naks ucapkans Shelamhat Harie Rayers..u oanx mao dtgs uma aq x?  ok stop stop.. sumpah aku tak paham tulisan cani.. pening. Vocab sangat tinggi grammar apatah lagi kalau ada exam bahasa aku kompem tak lulus.. =)

Bahasa FB remaja millenium, makin tak paham, dulu org cakap bahasa SMS merosakkan bahasa, tapi bila tengok sekarang.. lagi2 tak paham..

Kesian.

Berbalik pada tajuk cerita, kalau aku tak pernah introduce, aku nak bgtahu aku ada 2 ekor ninja iaitu MIMO n MOMO.. hampir setahun menjaga 2 ekor budak junior itu. Yang sedihnya sekarang, hampir sebulan tak jumpa rasa rindu sangat. Disebabkan lately aku memang banyak outstation jadi aku tak cukup masa nak jaga mereka apatah lagi melatih mereka kungfu dan bermain kayu.  hihi so telah sub con pada nenek ninja untuk jaga mereka. Sebenanya nenek yang offer nak jaga.

Budak 2 orang tu memang dah nakal sekarang.. eii.. geram malas nak berlatih. macamana pun aku sangat sayang mereka, bila dah besar skit lg kalau tak berjaya jd ninja aku bercadang nak buat sup atau masak lemak cili api je... nyum!! Pasti sedap!

ini feveret cartoon masa kecik.. Hayak!

Ini dia..Comel tak saya?
 Saya MOMO
 Saya MIMO, garang tak muka saya? dah besar nanti saya nak jd Ninja Turtle!
Bersedia untuk bertarung seperti Ninja! Hayak!!!
Sekian =)