Tuesday, 28 December 2010

10 Perkara Yang Anda Patut Tahu ( '-' )

Salam,
10 5 Perkara Yang Anda Patut Tahu Pasal AKu ( '-' )

Perkara Yang Anda Kena Tahu bila anda mahu jadi BOIFREN KAWAN Aku =)

1. yang ke-1 Aku.. ermm.. kenapa rasa macam perkataan AKU ni kasar sikit jer bila sebut.. sebab entry ni macam comel-comel jer.. ok tukar saya, ok yang pertama, ialah saya seorang yang suka tidur berdengkur.. haha betul.. sumpah... Tipu. ok tak, saya boleh tidur di mana2 sahaja, di dalam kelas, di dalam kereta ketika memandu ataupun semasa duduk di kerusi..saya sangat cepat tidur walaupun di peha orang yang kurus tulang je.. tapi kalau dapat peha gebu.. saya boleh tidur keluar air liur basi sampai pagi. haaha yek yek.

ni saya masa jadi pengawas.. haha

2. yang ke-2,  saya suka bangun lewat dan sebenarnya bagi saya ialah bukan lewat tapi menepati masa iaitu seperti Punch Card tepat jam 8.30 pagi setiap hari dan setiap bulan.. oh bukankah itu namanya menepati masa. haha.. tingat balik masa sekolah dulu jadi Pengawas, guna taktik nak jaga gate dgn Ketua Pengawas "Saya volunteer nak jaga Gate setiap hari perhimpuan" haha.. sebab saya pun lewat jadi terus jaga Gate tak payah masuk perhimpunan.. hahaha bijak kan.. Jadi azam saya untuk 2011 ialah nak datang awal sekurang-kurangnya 10 minit dari masa yang dijanjikan! haha.. boleh ker..

ikan ini ikan peliharaan saya =)

3.  yang ke-3 saya suka binatang yang comel-comel. haha.. semasa kecik saya ada seekor burung yang diberi nama KUTAH.. ntah napa bagi nama cenggitu pun tak tahu.. Kutah sangat jinak dan sangat comel. saya selalu suap dia makan dan Kutah selalu teman saya belajar, dia suka panjat2 kepala saya, panjat2 tangan sampai dia tertidur dengan saya.. oh rindu.. dia dah mati =(  sekarang pula, saya ada binatang peliharaan yang lain iaitu 2 ekor Ninja Turtle. buat masa ini nenek tolong jagakan. hihi. Tetapi .. binatang yang comot2 saya tak suka.. sebab.. saya kasihan.  dan tak sanggup nak tengok jadi tak suka. Saya suka binatang yang comel. 

Manda "sibuk la anti nie, manda nak baca menu ni"

4. yang ke-4 oh penatnya boleh ke habiskan 10 nie..sebenarnya saya seorang yang pemalu. haha betulla. betul betul.. kalau jumpa dengan orang yang saya tak kenal, saya selalu diam je.. sebab saya tak reti sebenarnya nak bercakap dengan orang. Tetapi bila anda dah kenal saya mesti hidup anda tidak akan tenteram lagi sebab saya akan mengganggu anda tak kira di mana anda berada.. haha ngeri tak? dan saya akan gangggu anda di telefon, semasa makan, di facebook ataupun di tandas.. haha siap kau.

haha.. tak selera..terus

5. yang ke -5 OH tangan penat taip.. 5 cukupla sebab korang pun sebenarnya bukan nak tahu pun kan. Menyampah lagi ada cerita pasal sendiri. Ok yang ke 5 dan last ialah saya tak pernah ada masalah sembelit sepanjang hidup saya, Sistem Penghadaman saya berfungsi dengan baik selama saya 2* tahun (umur dirahsiakan)  haha.. Lepas makan je mesti mencari bank simpanan ataupun tabung amanah. Kalau kawan2 yang selalu kua makan dengan saya mesti tahu pasal ini.. hihi ok tapi janji k yang ni rahsia k. jangan bagitahu orang. saya malu. =)

Sekian pasal saya nanti saya sambung balik lagi 5 kalau ada permintaan.
entri ini bukan untuk asp. haha