Tuesday, 14 December 2010

Bidan Terjun Buat Hantaran

Salam,
Nak ucap Selamat Petang ke Salam Sejahtera ke Selamat Menyambut Tahun Baru...
Ok semua di atas =)

Minggu lepas, ada sambutan hari Keluarga di Nur Pangsun di mana aku memang kepingin bangat mahu pergi. Tapi disebabkan urusan kelurga yang patut diutamakan, maka aku pulang ke kampung kerana kenduri saudara. Selain itu, cewah ayat macam karangan bahasa melayu.. ok berhenti taip merapu, nak cerita ni.. ok buat line baru dulu..

Aku telah ditugaskan untuk menyiapkan hantaran pihak lelaki, Fuhh! Taff nie. Tapi masalahnya, bila pulak aku ada masa free.. Lepas Meeting ada Training.. Kerja lagi.. aduhh.. fenin fenin. Disebabkan yang mintak tolong tu adalah orang yang ku sayang, maka, TAK ADA MASALAH! bak kata Abby Abadi.. haha

Maka setibanya hari SABTU, kakak yang telah berjanji untuk menjadi assistant terhebat memulakannya dengan buat brain storming mana nak start ni, Hari tu jugak beli barang, Hari tu jugak, ikat Reben, haritu jugak SIAP HANTARAN!! Kau ingat senang! Hidung aku ni dah meleleh-leleh hingus pun siapkan jugak! 7 jam! MISSION ACCOMPLISH!

Telekung Sembahyang Wanita..
Sejadah
Jam
Handbeg
Buah-buahan
Perfume
Shoes
Kain pasang
All the hantaran
Kami yang bertungkus lumus berkongsi kepala! Kepala Melekat!
Amacam? muahaha
Sekian