Tuesday, 28 September 2010

Penting ker Teknologi?

Salam,

Erm.. nampaknya bila tak ada teknologi ni.. susah pulak kan.. isk isk..
Yerla, nak tengok facebook ker.. update blog ker..
Tapi macamana pun saya akn sedaya upaya berusaha, walaupun pinjam kamera org lain..
isk isk...

.. huh..

Tuesday, 14 September 2010

Takan Sempurna Hari Raya Tanpa Mereka

Salam,
Kalau mereka tak ada, pasti aku pun tak ada kat sini depan PC menaip blog ataupun membuat entry pagi2 buta ni. Walaupun mereka tak tahu apa-apa pasal PC, internet, dan dunia yang diwar2 kan sebagai berteknologi canggih dengan iphone yang dah masuk 4g nie tapi mahal giler harganya boleh beli laptop Dell 2 bijik, itu tak bermaksud kita boleh menidakkan kepentingan mereka. Senang cerita, siapalah Blackberry, tanpa Nokia 3310...

Sempena bulan yang baik ini, marilah kita merenung kembali jasa orang tua kita. Mungkin ada terkasar bahasa, tersilap tingkah laku yang pernah mengguris hati mereka tanpa kita sedari. Jari disusun maaf dipinta agar mereka diberikan kesihatan yang baik dan dipanjangkan usia. Amin.

yer,aku sangat touching ni..

Nenek ku yang tersayang bersama kakak nya
"Selamat Hari Raya Nek, Maaf Zahir dan Batin"

Macam aku dan kakak tak bila dah tua nanti? hie hie
Nenek, aku, kakak nenek dan makkkkk
Lepas itu raya rumah sepupu di Chemor
Cewah2, Mak Pose senget la
Muka pose control semasa masih muda..hie hie
Yer sekali lagi
Yer kasi chance kakak enter frame jugak
Sekian.

Monday, 13 September 2010

Bila Sangat Teringin Nak Makan Char Kue Teow

Salam,
Hari Raya Ke 3
Puas sudah makan lemang, rendang, pulut, kueh..
No more PLSSSS
Sekarang
Sangat rasa teringin nak makan char kue toew
Rasa seperti ketagihan itu makanan
Bila bayang kue teow halus yang dibanjiri kuah yang pekat
Beberapa ekor udang di atas itu kue teow
kuah telur yang sedap...ohhhh
Telan air liur.. glup glup

Aku : "Pakcu, **** teringin nak makan char kue teow la malam ni" 

Mari makan dengan gembira
Pakcu dan marwan
Senyum
Ini gembira makan
akhirnya tiba, Char Kue Teow idaman
Faiz
Sekian la

Sunday, 12 September 2010

Sukanya bila Hari Raya Pertama di sambut dengan meriah sekali yo!

Salam,
Pasti semua muslimis dan muslimas seluruh Malaysia menyambut hari raya dengan meriah sekali. Makanan free pula di sana sini.. Aduh.. makan sehingga kenyang kemudian tak lapar lagi pun makan lagi.. sehingga tengok makanan jadi fobia makanan bila sakit perut pulas2 sudah datang.. Macamanapun Hari Raya Pertama kami sekeluarga tak pergi beraya ke rumah orang, kami penunggu saudara-mara dan sahabat handai dirumah oleh itu bersedialah menyediakan hidangan.. seperti "Wow! Ribena.. Kelass auntie"..hie hie

Tahun ini familas tema hijau. Saya punya makanan paling gembira adalah laksa dan rendang ayam meow meow rasanya.  ok masa tengok gambar jom layan. 

Sefamilas
Ke Porte familas
Aksi ganas familas
Al cousins peace peace
Sistus
Cousinians

Last pose Cousins dan kakak
Sekians hie hie

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN

berbuka di BBB Tomyam yang takan aku lupakan sampai mati

Salam,
Tanggal hari Selasa jam 7.15 malam, aku dan kakak dan kawan kakak pergi berbuka di BBB Tomyam. Rasa sangat kelam kabut sebab dah nak berbuka fikir tempat ada lagi ke tak. Alhamdulillah ada.. hie hie aku rasa macam tak sedap hati hari ini. Sungguh tepat sangkaan ku. Tapi aku redha sahaja. Semoga segala yang berlaku itu menjadi satu pengajaran dan pengalaman yang berguna buatku. Mungkin belum masa aku kongsi semua itu. Biarlah mereka yang tahu sahaja menyimpannya sebagai suatu yang rahsia yang tidak perlu di war warkan di mana2.

Macamana pun makan di sini adalah sangat sedap. Tomyam dia sangat kaw!


Saya gembira makan
Kakak menahan lapar
Air ini sangatla sedap apabila dahaga melampau
Ini la BBB Tomyam
Tomyam sedap ini
Ayam oh ayam
Ok dah masuk waktu berbuka.. sedapnya
Sekian

Monday, 6 September 2010

Bila Kawan2 Berjumpa.. Mesti Kecoh Kedai

Salam,
Bila kawan2 telefon ajak berbuka beramai2 mesti rasa nak pergi dengan excited, takan boleh lepas peluang ini kerana boleh pose banyak2 dan masukkan dalam FB atau Blog kasi semua kawan2 lain yang tengok jeles. hahaha.. ok aku tak camtu. serius.. hiehie  :)  Saya rindu kawan2, saya mahu jumpa mereka dan cerita pasal hal sendiri tak henti2 sampai muka kawan2 jadi hijau asik cerita hal sendiri.. haha.. ok ni pun tak betul.

Sebab sebenarnya, saya suka dan mereka lagi suka makan ayam penyet di d'Curve Damansara, sementara rasa rindu pada kawan2 seperti Nuren n Erin yang membuak2. Sambil itu boleh pergi SALE!!! Crocs Warehouse yang menggila sehingga 70%. Boleh belikan untuk anak saudara yang comel. hie hie

Paling best bila Sale camni, ialah boleh rebut2 dengan customer lain. Rasa thrill yang terlampau sebab dapat rebut kasut best banyak2, tapi bila nak sampai kaunter rasa menyesal sebab "Wow! byk nk kena Bayar ni!!" "boleh letak balik tak bang??" hie hie

Selepas lepak2 dengan kawan2, sambung minum2 di Chocolate.. ai order.. Fair Lady Frappe! Yummy like!! Sehingga lewat baru terasa mengantuk sudah, mahu pulang nak upload gambar masuk FB..so bermaafan untuk raya dan babay semua...

Meja 30 Pls
"Ayu tak saya" Kakak
"tiga Gadis pingitan"
"Saya Nuren" dan "Saya Leeza" hie hie 
Sebelah aku tu budak Jepun kawan Erin
Bila Kawan2 Berjumpa ..Ayam Penyet jadi Kecoh!
Erin n BF
Bakso Yummy
Makanan inilah yang di gilai!!
Fair Lady Frappe.. so Yummy kau
Chocolate

 Sekian bilik Berita Bulan Puasa

Ayam Percik Yati Paling Sedap di Bangi

Salam,
Disebabkan ini adalah bulan puasa, so akan banyak cerita makan-makan dan makan selain cerita beli dan belah dan sale. Sekali lagi saya dan mereka semua berbuka di Yati Ayam Percik di Bangi. Kedai ini mempunyai Nasi Kerabu yang paling sedap dalam dunia. hihi. betul tak tipu.

Akan tetapi, jika mahu berbuka di sini, sila buat tempahan terlebih dahulu kerana sini akan Full House. Jadi kakak telah menelefon dahulu dan membuat pesanan sehingga aku tak pasti apakah jenis minuman yang dia telah order untuk aku. Totally Ew Ew! haha.. kalau orang diabetis minum mesti sangat suka. :)

Semasa kami sampai beramai-ramai kerana setelah tersangkut di dlm traffic, semua mata memandang kami. Pandangan mereka sangat tajam, mungkin kerana mereka terlalu lapar lagi 15 minit nak berbuka ada iklan orang baru sampai bising2 nak duduk, nak Budu, nak sudu nak kerusi..dan macam2 lagi...

Setelah azan berkumandang, kami pun senyap dan berhenti bising lalu berbuka dengan riang hati..

Yahuu! ayam percik paling sedap
Aku dan Kakak
"Saya belum bersedia nk pose la, kenapa tangkap lagi" manda
"Ha, kan saya dah cakap, saya lagi cute dr auntie Pisa!" manda
"Kenyangnya perut, landing japla" Rayyan
"Isk! aku tengah nak senduk kuah kari yang sedap ni, kena pose lak, senyum la" kak lina
"Inilah Sebutir nasi ibarat setitik peluh petani!"manda
"Sedap nie, alamak ada orang tangkap gambar ke?" Yo

Sekian bilik berita puasa