Monday, 29 November 2010

JALAN
Makin aku menjauhinya..
Makin aku dekat..
Makin aku cuba untuk bertenang..
Makin aku celaru..

Makin aku membetulkannya..
Makin aku khilaf..
Kebahagiaan yang ku rasa..
Ketakutan dtg menghantui..

Makin ku rasa jauhhhhh..
Makin banyak kebahagiaan diberiNya..

Aku perlu pulang!!

Pulang ke pangkuan..
Berikan landasan..
Pancarkan ku cahaya..
Sementara kebahagiaan masih ada disisi.
Leeza~29 November 2010~Ith`nin


Sekian

Thursday, 25 November 2010

Kakak Saya Mintak Hadiah Harijadi..isk isk

Salam,
Kakak : "Eii cantiknya kasut nie.. i nak kasut ni...hadiah harijadi k!"
Aku : "Eh main mintak2 hadiah pulak.. isk isk.."
Kakak : "Tak kira.. nak hadiah jugak!!"
Aku : "Yerla...Yerla.."
Kakak : "Takpeduli..nak jugak"..
Aku : "Geleng2 kepala"..isk isk

Beberapa minggu lepas pergi Alamanda.. jalan-jalan, then kakak nampak kasut ALDO dan berkenan.. memang menggunakan kuasa kakak untuk PAU adik.. isk isk... Mula-mula memang dia beria-ia nak beli high heel ALDO but then bila tengok design baru CROCS dia ubah fikiran. Em..

Aku : "Kakak! kasut CROCS kat RAK tu dah berapa pasang dah tu!!"
Kakak : "Biarla! eh...jangan jadi adik derhaka tau nanti tak cium syurga"
Aku : "Tah apa2 tah"
Kakak  : "Aku kan KAKAK!"

Ok kakak memang suka buli adik.. haha macamana pun aku tetap akan jadi adik yang shomel!! haha perasan.. Love You Alwez Sistah! Muahxx!

Design CROCS ni kebanyakannya very simple n kasual  tapi setelah memakai CROCS, pasti akan memberi kesan yang mendalam pada si pemakainya dan Kasut merah belang yang aku dah lenjan banyak kali tu tetap elok .Itu adalah hadiah harijadi dari kakak!... hihi... Ada satu Design baru ni sumpah shantek! kalau ada rezeki aku pun nak angkat satu lagi. Tapi buat masa ni kita puaskan hati kakak dulu..

OK!! Happy Besday KAKAK yang ke **!! toooottt  haha

Mari kita hadiahkan kakak yang ni nak!.. haha

Pilihan dia semestinya yang ini berwarna Sokelat cair.. shantek kan!
Mamat kat belakang "Perempuan ni nak ambik gambar aku ke sebenarnya??"
At CROCS Mid Valley
Jet jet semuat siapa sakit naik atas..
Ini puple sangat santek
AKu berkenan yang ini.. saiz 6 yer.. miss
Tq...
Sekian =)

Saturday, 20 November 2010

Kan I Pernah Cerita I ada 2 ekor Ninja

Salam XOXO,
aq naks ucapkans Shelamhat Harie Rayers..u oanx mao dtgs uma aq x?  ok stop stop.. sumpah aku tak paham tulisan cani.. pening. Vocab sangat tinggi grammar apatah lagi kalau ada exam bahasa aku kompem tak lulus.. =)

Bahasa FB remaja millenium, makin tak paham, dulu org cakap bahasa SMS merosakkan bahasa, tapi bila tengok sekarang.. lagi2 tak paham..

Kesian.

Berbalik pada tajuk cerita, kalau aku tak pernah introduce, aku nak bgtahu aku ada 2 ekor ninja iaitu MIMO n MOMO.. hampir setahun menjaga 2 ekor budak junior itu. Yang sedihnya sekarang, hampir sebulan tak jumpa rasa rindu sangat. Disebabkan lately aku memang banyak outstation jadi aku tak cukup masa nak jaga mereka apatah lagi melatih mereka kungfu dan bermain kayu.  hihi so telah sub con pada nenek ninja untuk jaga mereka. Sebenanya nenek yang offer nak jaga.

Budak 2 orang tu memang dah nakal sekarang.. eii.. geram malas nak berlatih. macamana pun aku sangat sayang mereka, bila dah besar skit lg kalau tak berjaya jd ninja aku bercadang nak buat sup atau masak lemak cili api je... nyum!! Pasti sedap!

ini feveret cartoon masa kecik.. Hayak!

Ini dia..Comel tak saya?
 Saya MOMO
 Saya MIMO, garang tak muka saya? dah besar nanti saya nak jd Ninja Turtle!
Bersedia untuk bertarung seperti Ninja! Hayak!!!
Sekian =)

Monday, 15 November 2010

Hari Khamis Juga Melakukan KeGeraman Menonton The Other Guys

Salam,
Khamis lepas, melakukan KeGeraman lagi iaitu dengan menonton The Other Guys. Cerita ini super lawak tak hengat.. kalau nak tengok sila clear kan semua yang ada di dalam perut sehingga kosong then baru masuk panggung ye. Pelakonnya Will Farrell dan Mark Wahlberg memang bisa membuatkan gigi kalian bertburan di atas lantai.. Pelakon Undangan The Rock, cis itu lagi kelaka.. mati sia-sia..tak leh blah

Eva Mandez yang super damn seksi adalah bini si nurd yang pakai cermin mata tue, Will Farrel. adalah sangat menyakitkan hati semua jajaka jejaki yang melihatnya.. hi hi .. Jalan cerita mudah dan tak disangka sangkal lagi.. Sila Tonton yer kalau anda berasa tertekan kerana Raya Haji ni rasa nak balik kampung dan rehat puas-puas dan makan lemang banyak2 tapi malangnya cuti dah habis..macam saya.. hihi =D Tolong.. nak balik!!



Watch the Official THE OTHER GUYS Trailer in HD


Sekian, Selamat menyambut Raya Haji!
Terima kasih iz, kerana menonton besama saya =D

Hari Ahad Melakukan KeGeraman dengan Menonton Rise of the Mummy

Salam,
Hari Ahad iaitu semalam bersama Kakak n Zeti pergi menonton wayang cerita Rise of The Mummy. Memandangkan sudah penat berbaring sahaja kerana demam, jadi aku memerlukan Cas-Cas yang Sangat Positif yang selalunya boleh dapat dari gelak ketawa bahak2. So, layan movie cerita kelaka, cita ni memang light jer, no pressure, walaupun mengarut dan lawaknya macam tak logik sebab motif utama cerita ni untuk  dihidupkan balik Doktor Firaun sebab nak mengubati adik Si Adele (heroin). Takan kering gusi melihat aksi ganas si Adele ni, dan tah tiba2 ada Binatang Jurasic Park , Firaun dan Kapal Titanic.. ok.. memang macam2 ada.

Tapi ada satu part yang tak berapa nak syok sangat sebab dalam cerita ni ada part Orang Arab yang tamak dan sanggup membunuh kerana emas. Bila Orang Arab ni nampak emas mereka meyebut "Allahuakbar!!".. tak menggambarkan langsung sifat2 orang Islam yang baik. Nampak manipulasi kepada orang Arab dan Islam yang tak selaras langsung dengan ajaran Islam yang sebenar. Memang tak patutla skrip tu ditulis sebegitu. grrr..

Erm.. tetapi jika melihat secara keseluruhannya, cerita memang kelakar... :) Kalau Rate full 5 aku bagi 3 setengah tapi tolak setengah sebab scene arab tu so aku bg 3. cukupla kan.. hii hii

Adele..cantikkan perempuan ini.. =D


ADELE Rise of The Mummy Movie Trailer

Sekian

Monday, 1 November 2010

... di suatu petang

Mencari satu tempat meluahkan perasaan,
Banyak yang terjadi,
Tak pernah tahu apa kesudahannya,
Tapi selalu pendam sendiri sahaja,

Susah nak tegur,
Takut berkecil hati,
Baik diam-diam sahaja,

Bukan nak memberontak tapi nak luahkan apa yang tak boleh diulas setiap butir,
Tersemat di suatu sudut hati,
Tapi tak pernah mengharap,
Menadah tangan berdoa,
Semoga yang diberikan yang terbaik,

Tetapi jika nasib sudah ditentukan,
Walaupun berat..
Tetap akan ku GALAS,
Walaupun sayangku sepenuh hati.

13-10-2010
Leeza