Tuesday, 28 December 2010

10 Perkara Yang Anda Patut Tahu ( '-' )

Salam,
10 5 Perkara Yang Anda Patut Tahu Pasal AKu ( '-' )

Perkara Yang Anda Kena Tahu bila anda mahu jadi BOIFREN KAWAN Aku =)

1. yang ke-1 Aku.. ermm.. kenapa rasa macam perkataan AKU ni kasar sikit jer bila sebut.. sebab entry ni macam comel-comel jer.. ok tukar saya, ok yang pertama, ialah saya seorang yang suka tidur berdengkur.. haha betul.. sumpah... Tipu. ok tak, saya boleh tidur di mana2 sahaja, di dalam kelas, di dalam kereta ketika memandu ataupun semasa duduk di kerusi..saya sangat cepat tidur walaupun di peha orang yang kurus tulang je.. tapi kalau dapat peha gebu.. saya boleh tidur keluar air liur basi sampai pagi. haaha yek yek.

ni saya masa jadi pengawas.. haha

2. yang ke-2,  saya suka bangun lewat dan sebenarnya bagi saya ialah bukan lewat tapi menepati masa iaitu seperti Punch Card tepat jam 8.30 pagi setiap hari dan setiap bulan.. oh bukankah itu namanya menepati masa. haha.. tingat balik masa sekolah dulu jadi Pengawas, guna taktik nak jaga gate dgn Ketua Pengawas "Saya volunteer nak jaga Gate setiap hari perhimpuan" haha.. sebab saya pun lewat jadi terus jaga Gate tak payah masuk perhimpunan.. hahaha bijak kan.. Jadi azam saya untuk 2011 ialah nak datang awal sekurang-kurangnya 10 minit dari masa yang dijanjikan! haha.. boleh ker..

ikan ini ikan peliharaan saya =)

3.  yang ke-3 saya suka binatang yang comel-comel. haha.. semasa kecik saya ada seekor burung yang diberi nama KUTAH.. ntah napa bagi nama cenggitu pun tak tahu.. Kutah sangat jinak dan sangat comel. saya selalu suap dia makan dan Kutah selalu teman saya belajar, dia suka panjat2 kepala saya, panjat2 tangan sampai dia tertidur dengan saya.. oh rindu.. dia dah mati =(  sekarang pula, saya ada binatang peliharaan yang lain iaitu 2 ekor Ninja Turtle. buat masa ini nenek tolong jagakan. hihi. Tetapi .. binatang yang comot2 saya tak suka.. sebab.. saya kasihan.  dan tak sanggup nak tengok jadi tak suka. Saya suka binatang yang comel. 

Manda "sibuk la anti nie, manda nak baca menu ni"

4. yang ke-4 oh penatnya boleh ke habiskan 10 nie..sebenarnya saya seorang yang pemalu. haha betulla. betul betul.. kalau jumpa dengan orang yang saya tak kenal, saya selalu diam je.. sebab saya tak reti sebenarnya nak bercakap dengan orang. Tetapi bila anda dah kenal saya mesti hidup anda tidak akan tenteram lagi sebab saya akan mengganggu anda tak kira di mana anda berada.. haha ngeri tak? dan saya akan gangggu anda di telefon, semasa makan, di facebook ataupun di tandas.. haha siap kau.

haha.. tak selera..terus

5. yang ke -5 OH tangan penat taip.. 5 cukupla sebab korang pun sebenarnya bukan nak tahu pun kan. Menyampah lagi ada cerita pasal sendiri. Ok yang ke 5 dan last ialah saya tak pernah ada masalah sembelit sepanjang hidup saya, Sistem Penghadaman saya berfungsi dengan baik selama saya 2* tahun (umur dirahsiakan)  haha.. Lepas makan je mesti mencari bank simpanan ataupun tabung amanah. Kalau kawan2 yang selalu kua makan dengan saya mesti tahu pasal ini.. hihi ok tapi janji k yang ni rahsia k. jangan bagitahu orang. saya malu. =)

Sekian pasal saya nanti saya sambung balik lagi 5 kalau ada permintaan.
entri ini bukan untuk asp. haha

Thursday, 16 December 2010

KEWL ARAB FOOD! & Adik is a Good Kisser!

Salam,
Orang Melayu adalah golongan yang lemah lembut dan gemalai manakala Orang Arab adalah golongan yang kasar.. tu la yang aku tahu, sebab kalau orang Arab bergurau memang tak ingat punyala, tak caya cuba YouTube, memang ganasla. Kemudian, orang Melayu pula memang bersopan sangat, suke beralah, baik hati.. please.. sometimes kita perlu tegas agar kita dihormati, tegas tak bermaksud sombong. Its just that, jangan jadi terlalu baik.. dan jangan jadi terlalu jahat.. Kesimpulan "Baik berpada-pada, Jahat No NO No!" ok!

Mengapa Serius? haha.. sebab tengah sakit perut. uhh..
xcuse me.. perlu pergi bank!

...sambung balik dengan mood ceria ting tong ting tong =D

So cerita pasal Arab ni sebab kakak ajak kami makan dekat dis one Arab Food in Bandar Baru Bangi.. Baru je bukak.. Never like Arab Food sebab not very familiar with dis kind of food. Kakak yang beria-ia nak pergi cuba.. So y not. Layan jer..
Video kat bawah ni adalah Arab Break dance. Funny LOL!



Zety n Kakak
Adik is a good kisser!! See below!
Ini semua kakak yang ajar.. isk isk.. =* muah adik
Miss World Mama
This is cool! Rasa nyum nyum!
Ayam kok kok
Nasi Arab
Roti Arab di atas anyaman.. macam ni pun ada.
Ini daging herba.. not bad.
Bavaria taste goooooooooooooood! Tengok botol cam ... tott.. tapi sebenanya halal la
Dont have much pix of me.. so ini boleh kan? b4 pergi restron with Manda. yahu!


Testing Arab Food Result
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10


Sekian saja dari Nova. noktah.

Wednesday, 15 December 2010

"Kena Rajin Pergi Kenduri Orang, Nanti Baru Orang Datang Kenduri Sendiri!!"

Mak: "Kena Rajin Pergi Kenduri Orang, Nanti Baru Orang Datang Kenduri Sendiri!!"
Aku: "Mak, ada ke camtu lak. Kalau orang fikir camtu dan tak iklas baik tak yah datang"

Salam,
Yerla kan.. sebenarnya rasa malas nak datang, pastu kena paksa datang sebab tak kawin lagi. So kalau dah kawin tak payah la datang jemputan kenduri kahwin??

Mak: "Tak, kena pergi jugakla.. sebab nanti anak nak kawin pulak.. kalau tak orang tak datang kenduri anak"
Aku : "Ha?? So kesimpulan. Nak tak nak kena datangla jugak?"
Mak : "Ha, yerla.. dah dah. siap siap"..
Aku : ='( aiyakk!

Bersiap2 pergi kenduri kahwin kawan Nyah, erm di Tanjung Malim je tak jauh mana pun.. Tapi masalahnya.. Nak Pakai Baju apa nie?? Aduhhhhh!!!. Nak pergi takda masalah, bab makan memang best tambah2 dapat minum AIR SIRAP KENDURI.. PERGHH!! Terangkat. Masalahnya.. nak pakai baju apa nie? aiYakk!

mak, hidung saya hingus mak.. 
 my niece.. pika pika
 Ok.. u've got the wrong person to attack baby!.. haha she's not ur mommy
Jumpa Salina, one of the member Team Apple Jack Toot Toot! we r friend since standard school. haha.. dah besar dah so team Apple Jack Toot Toot pun dah bubar.. haha
 Salina, Mak n me n Pika
 Ini beradik2 semua
 Nice Rite?
The Pengantin.. Kakak.. u r next!
 Kakak n Me Camwhore!!

Sekian =) noktah.

Tuesday, 14 December 2010

Tahniah di atas Perkahwinan Ini!!

Salam,
Harini aku tamak sikit sebab keluarkan 2 entry sekali. Haha..
Setelah menyiapkan hantaran, maka, kami pun bersiap2 la untuk menghantar rombongan keesokan harinya. Wah.. nak pakai baju apa nie? TOPIK UTAMA!

Semua saudara berkumpul di rumah pakcu, adalah dalam 12 bijik kereta, Fuhh banyak tue..
jangan cakap Banyakkkkkkkkkkkkkkkkkkk, jom kita LAYAN!

Gambar original, takder taouch up langsung. haha

Aku: "Kak Lina!! Baju Kita SAMA!!!"
Kak Lina: "hahahaha.. Boria la kita.. "
Abang : Dengan nada cool.. takperlaaaaa.. okla tue =)

Ini adalah tanpa dirancang.. owh..! TUHAN.

 Tengok nenek.. dia la yang paling kuat. isk isk..
 Pose Mekanik Hantaran Dengan Cermin MATA BESAR.. uikks.. curi buah!
 Kakak n ME
 MAK n ME.. cool mak .. cool.. walaupun di sini panas..
 Tadaaaa... The Pengantin!
 Pengantin Perempuan! Senyum kak senyum!
Pleaseeeee! Kami LAhgi
 The Family
Rayyan n Mommy.. Super Cute!
 Manda n Auntie PISA.. tak boleh dipisahkan lagi.. haha I miss u manda!
Kakak, tolong jangan ajar manda gedik!
Sekian.noktah.

Bidan Terjun Buat Hantaran

Salam,
Nak ucap Selamat Petang ke Salam Sejahtera ke Selamat Menyambut Tahun Baru...
Ok semua di atas =)

Minggu lepas, ada sambutan hari Keluarga di Nur Pangsun di mana aku memang kepingin bangat mahu pergi. Tapi disebabkan urusan kelurga yang patut diutamakan, maka aku pulang ke kampung kerana kenduri saudara. Selain itu, cewah ayat macam karangan bahasa melayu.. ok berhenti taip merapu, nak cerita ni.. ok buat line baru dulu..

Aku telah ditugaskan untuk menyiapkan hantaran pihak lelaki, Fuhh! Taff nie. Tapi masalahnya, bila pulak aku ada masa free.. Lepas Meeting ada Training.. Kerja lagi.. aduhh.. fenin fenin. Disebabkan yang mintak tolong tu adalah orang yang ku sayang, maka, TAK ADA MASALAH! bak kata Abby Abadi.. haha

Maka setibanya hari SABTU, kakak yang telah berjanji untuk menjadi assistant terhebat memulakannya dengan buat brain storming mana nak start ni, Hari tu jugak beli barang, Hari tu jugak, ikat Reben, haritu jugak SIAP HANTARAN!! Kau ingat senang! Hidung aku ni dah meleleh-leleh hingus pun siapkan jugak! 7 jam! MISSION ACCOMPLISH!

Telekung Sembahyang Wanita..
Sejadah
Jam
Handbeg
Buah-buahan
Perfume
Shoes
Kain pasang
All the hantaran
Kami yang bertungkus lumus berkongsi kepala! Kepala Melekat!
Amacam? muahaha
Sekian

Monday, 6 December 2010

Setiap Minggu Balik Kampung Bawak Mak Jalan2

Salam,
Selamat Pagi buat semua ibu-ibu di luar sana.. Saya sayang kamu semua.
Siapala aku tanpa dirimu ibu.. mula la rasa nak nyanyi lagu Aishah : Bonda senyum riang.. Menerima bahtera Merdeka ..lala takpun lagu Shi Shang Zhi You Ma Ma Hao ... haha

My mom n me sangat rapat.. like a sistah to me.. can share everything wif her.. even talking about boys. Sebelum aku pindah kerja Gomen, i live wif my mom, pergi kerja dengan mak, balik kerja dengan mak.. Pas kerja gi makan MAMAK.. order Mee Goreng MAMAK.. semua mak la..

Bila kena pindah, mak orang paling gembira.. tapi mak juga orang paling sedih. I feel d same. I miss her masakan.. I miss her bebel-bebel suruh bangun.. I miss to Jog wif her.. (sedih tak?) ='(

Tapi nasib baik, Bangi tak jauh dengan rumah mak.. about an Hour.. so almost every week aku balik. =) sebab aku rindu sambal udang masak petai mak dan teh mamak.. auummmm...

I love you mak. I hope one day i can be a good mak like you... =)
haha.. tengah gayut.. new handsfree..
 macam sistah tak?
 having our fav lemon tea
 ni kakak dengan milk shake nya
 our faver too - fish n chips
 kakak- chicken chop as usual
 Ini mak kepada mak.. panggil NENEK. I love her too.. kalau 1 hari tak call, nanti nenek mesti  merajuk.. hahaha nenek oh nenek..
 I love u both!
Sapa ingat lagu nie??

Sekian dari nova.