Posts

Showing posts from 2011

JOJO Warded!

Image
Salam, Waktu cenggini adalah waktu yang aku rasa paling seronot sekali buat para wanita kerana para muslimat mengerjakan solat Jumaat, para muslimin pula mengabihkan duit di pusat2 membeli belah atau mana2 pasaraya berhampiran. Seronok bukan menjadi wanita ni.  :)  haha Tapi aku tak pula rasa nak pergi mana2 pada waktu senggang ini .. motif sekarang adalah berbelanja dengan cermat sebab duit itu bukan senang nak dapat. Ko kena kerja baru ko dapat duit. Lagipun aku dah ada baby angkat.. si JOjo. Kena ada semangat yang kuat untuk menjaga perbelanjaan harian ye cik2 dan puan2.
Tapi .. tapi dan tapi.. when it comes to Jojo.. that one aku tak bleh nak resist la.. sebab menjaga haiwan peliharaan adalah satu tanggungjawab yang ko kena pikul pada hari pertama ko adopt a pet. Actually aku dah lama nak bawak si kecik tu gi Pet Shop potong gigi tapi asik sibuk je manjang. So last week aku berkesempatan bawak Jojo utk jumpa dengan Vet. kasi warded satu hari.. erm.. 
Petang Ahad jam 7.00 malam, &q…

Ombak Rindu adalah movie yang enak sekali

Image
Assalamualaikum w.b.t Harap2 semua sihat2 belaka. Dua tiga menjak ni aku memang sibuk dengan kerja2 di pejabat lalu menyebabkan sedikit kelewatan untuk menghupdate blog ini. Maaf ye.. Peace bro!
Khamis lepas aku, kakak, kak Fetty, Zetty dan En. Chadeq telah pergi menonton OMBAK RINDU yang sedang hangat sekali diperkatakan sekarang... Kalau korang nak beli walk in memang tak dapek la.. so book online awal2 la ye. Kami sekeluarga telah pergi menonton di Time Square, BB sebab Mid Valey n KLCC  punya booking dah penuh.. punya la ramai peminat hamik kau. Maka expectation mestilah jadi high.. sebab menurut para pembaca Novel Ombal Rindu ni, cerita ni memang best sangat.. Si Zetty tu siap ulang baca 3 ke 4 kali.. emm.. tak rasa nak muntah ke.. ok then
Bila wayang pun bermula.. ceh ceh.. aku terhegeh2 baru nak masuk. Aku jadi lambat sebab aku makan dulu perut aku lapa. erm.. So, nak cakap yang cerita ini sangat menyentuh perasaan hati dan sanubari ku.. aku siap nangis dalam wayang lagi.. Nak…

Selamat Pengantin Baru Buat Jemil dan Liza

Image
Salam, 1st of all.. Tahniah buat Harimau Malaya yang telah berjaya memenangi Pingat Emas Bola Sepak bagi Sukan SEA di Indonesia. Satu perlawan yang sangat mendebarkan dan boleh menyebabkan IJN di Malaysia sesak untuk beberapa hari. Paling mendebarkan ACARA SEPAK BOLA DEPAN PINTU GOL. huh.. nasib baik penjaga gol Indon terlepas bola pada sepakan yang ke 5 tu.. kalau tak... sampai ke sudah orang akan blame si Fakhri sebab tandang bola macam budak sekolah tadika.. haha.. apa2 pun disebabkan Malaysia menang maka.. kita semua bergembira lah.. tahniah sekali lai buat player2 Malaysia yang hebat2 belaka. Malam tu aku pun tak kurang juga excited.. tengok bola kat kedai mamak depan rumah. Kedai mamak tu dah jadi stadium pulak.. Mana taknya depan kedai tu penuh dengan motor2 dan kereta yang bersidai nak tengok bola di skrin besar depan kedia mamak tu. Tapi yang paling seronok bila lagu Negaraku berkumandang semasa acara penyampaian pingat.. semua yang ada di kedai mamak tu.. bangun Tegak menya…

Makan Di Liki-Liki Danau Kota

Image
Salam,

Kelmarin kena tegur sebab dah lama rasanya  tak update pasal makan kat blog.. bukan menyepi tapi sibuk dek kerja. Walaupun kerja di pejabat ni banyak.. aku terasa sangat happy sebab kerja inila yang memberikan duit pada aku.. bila kerja mengikut waktu yang sepatutnya maka duit kita akan jadi berkat. Bila berkat maka, duit itu tidak akan cepat habis tanpa disedari. haha.. ... tak tak.. aku cuma bagi pandangan je.. itupun kalau korang nak amik.. kalau tak caya cube buat.. sebulan ni korang malas je... tengok duit tu rasa mcamana.. Then bulan depan korang kerja sungguh2.. akan terasa tak perbezaannya.... buak eksperimen. ........................................

OK.. beberapa minggu lepas, aku, kakak dan sahabat handai telah pergi bermakan2 di Danau Kota. Dah lama rasanya tak makan kat sini. Last haritu masa bulan puasa. Pergh makan kat sini memang sedap tak terkata la.. Kalau balik boleh mimpi nak pergi lagi.. haha.. ayat pancing je tu.
Lagipun memang dah seharian haritu aku tak m…

Lif Rumah Rosak Hampir 2 Minggu, Bagus jugak,boleh excercise naik turun tangga

Image
Salam,
Selamat Pagi kepada semua. Harap semua sihat hendaknya, macam aku jugak harini terasa segar sekali. Mana tak nya memang hari2 kena excercise naik turun tangga, maklumlah rumah atas awan. Tingkat 5 (lima) pulak tu. Ini semua disebabkan gara2 lif rosak yang dah berminggu ni. Penat weehhhh naik tangga tu..
Kalau la aku ni duduknya di tingkat 1 (satu) takpe la jugak. Memula memang semput la dik non. Mana tak nya nak kata aku ni rajin excercise.. kirim salam la. Excercise mulut ada la. Jadi bila lif mula rosak memang menyemput jela aku ni dah rasa macam mendaki gunung kinabalu. Sepanjang pendakian, mulut akak pot pet pot pet la macam bertih jagung. Tapi itu hanya untuk 2 (dua) tingkat je. Sebab masuk tingkat ke 3 (tiga) akak dah sempot dik.. ahaks.. mencungap cungap.
Apabila latihan otot kaki dan pung ** tooot ini dilakukan setiap hari untuk beberapa kali satu hari pasti akan nampak kesan yang ketara. ahaks.. shaping lagi tu. haha. Tapi bila dah asik naik turun, akak steady dik... Boleh…

Manusia dilahirkan SAMA

Image
Salam, Buat peminat-peminat Nova yang tak jemu2 datang ke blog ini, walaupun takda apa pun yang menarik sangat kecuali hal sendiri dan gosip2 yang takda pekdahnya pun nak amik tahu, tapi macamanapun rasa menyampah kat sini tapi tangan tetap rasa nak datang jugak sekali sekala. Betul tak? haha..
Selain daripada perasaan stress yang agak melampau sejak kebelangan mahupun kedepangan ini. Aku masih mencari-cari DI MANAKAH Si JOE JAMBUL??? .. oh tidak bukan itu yang kucari tetapi aku mencari di manakah kekurangan diri ini yang menyebabkan stress melampau tidak lagi terkawal sejak akhir2 ini dan awal2 ini.
Tatkala itu, aku juga befikir sambil merenung ke langit walaupun apa yang aku nampak hanyalah bangunan sebelah berwarna cokelat yang kaku tegak dan utuh tidak pernah bergerak walau seinci, tapi mengapa perlu menceritakan berkenaan hal bangunan sebelah, berbalik.. Manusia ini dilahirkan pelbagai bentuk, rupa dan jenis. Ada yang hitam, ada yang putih, ada yang tinggi dan ada yang rendah, ada …

Boarding JOJO

Image
Salam,
Harini i nak cerita pasal JOJO. Jojo adalah sejenis binatang yang sangat baik dan jinak... tetapi perkara itu terjadi setelah JOJO pulang dari Boarding di Pet Shop selama 10 hari beserta 2 kali suntikan kurap. huhu.. Jojo malas mandi. Tetapi.. sebelum Jojo dihantar ke sana..

1. Jojo sangat garang
2. Jojo takut pada orang
3. Jojo suka buat perangai
4. Jojo suka lompat2 merata
5. Jojo suka mengamuk dalam cage

Perubahan ini adalah mungkin kerana Jojo telah mendapat kawan2 baru atau berasa sangat menyesal kerana buat perangai maka sebab itulah ditinggalkan oleh tuannya yang penyayang ini..

Haha...

Semakin hari semakin sayang.. Jojo

Baik sekali budak kicik ini..


Tuan.. mata saya sudah ngak nampak sih..
macam CJ7 dah jojo ni
Inilah kurap ditelinga saya..

Sekian terima kasih.

Ladies and Babies Nite Out!

Image
Salam, Jam menunjukkan PUKUL 1.23 pagi. tapi kenapa panggil pukul? pukul bukankah satu perbuatan yang menyakitkan, menghentak sesuatu atau menyiksa. Ok sangat negatif, bila untuk jam kita akan guna "PUKUL 3 PAGI" ok, ini bermaksud jam 3 pagi kena pergi cari orang untuk dipukul. hahaha.. maaf lupa makan ubt.
Balik kerja tadi sudah ada planning untuk berhibur bersama ahli keluarga yang tak berapa nak besar ni. Plan asalnya nak bawak Manda n Rayyan n Mak Manda n Kakak pergi jejalan cari makanan di Alamanda. Bila perut sudah kenyang hati sudah senang, perasaan ingin mencari hiburan pula. Maka timbul la idea untuk berkaraoke kerana sudah lalu lalang depan superstar karaoke box di Alamanda. So jom la!!
Untuk beberapa menjak ini, aku banyak berhadapan dengan situasi menjaga budak kecik, termasukla anak sedara aku si pika pika tu. tidak dilupakan juga aku telah mengambil seekor anak angkat iaitu JOJO. Terasa penat sekali balik kerja perlu meluangkan masa bersama insan dan binatang ter…

Makan Sambil Bergembira di DAPUR KAMI, PUTRAJAYA

Image
Salam,

Sambil menikmati perasaan berhari raya yang masih berkobar-kobar dan kesedapan makan kueh raya lagi ni, marilah kita tersenyum bersama-sama walaupun kat dalam hati tu ada pikir banyak masalah. Kepada yang sudah masuk kerja, tahniah diucapkan kerana anda telah berjaya melawan perasaan kemalasan bangun awal pagi. Kepada yang masih bercuti, Ya Allh.. sesudah la tu beraya nya..takan sebulan ko nak cuti oi.. haha Aidil Adha ada lagi 2 bln ni. nak kena cuti lagi ni.. :))
Sayang seribu kali sayang, kepada yang tidak berazam untuk merebut puasa 6, baca bwh ni...
Abu Ayyub al-Ansari r.a meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda: "Barangsiapa berpuasa penuh di bulan Ramadhan lalu menyambungnya dengan (puasa) 6 hari di bulan Syawal, maka (pahalanya) seperti ia berpuasa selama 1 tahun." (Riwayat Muslim) Huyoo...
Alang2 perut dah biasa tak makan pagi ni marila kita besama2 bersahur yok..puasa 6.. kalau yang kena extra tu.. marila kita ganti puasa beramai2.. nak berbuka roger i k!
Ok sem…

Tapi Bukan Aku - Shila Amzah

Image
Salam,
Nice song by Shila Amzah

Lagu dan lirik yang menyentap perasaan :)

Luv it



sekian

Selamat Hari Raya Mahap Zahir Batin

Image
Salam,
Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin kepada semua yang mengenali diri ini. saya juga ingin memohon ampun dan maaf sekiranya pernah terkasar bahasa, tersalah tutur kata dengan cara sengaja ataupun tidak. Saya berharap agar anda semua berbahagia disamping keluarga tercinta.
Semoga ikatan yang terbina semakin akrab dan ikatan yang terputus dapatlah dieratkan semula. Kalau ada sumur diladang boleh kita menumpang mandi, kalau ada umur yang panjang boleh kita berjumpa lagi. Pecah kaca pecah gelas sudah baca harap balas. kepada yang dapat kad raya dari saya tu.. tahun depan jangan lupa balas.. hahaha :)

Tema tahun ni Pink Purple
Salam Lebaran Syawal dari Miss Nova sekeluarga!
Ampunkan kami ibu   Ampunkan Nova ibu..  Adik dan kakak ibarat aur dan tebing
Sekian.

HAPPY BIRTHDAY NUREN 28.8.2011

Image
Salam,

Happy Birthday to you..

Happy Birthday to you..

Happy Birthday to Nuren..

Happy Birthday to you..

Berjaya juga buat birthday surprise utk kawan aku sorang ni dengan usaha sama Mino n Chadeq :) Siap nyorok belakang langsir lagi tu tau.. padahal dah terang2 kantoi kasut duk tepi tangga... alamak...
takpe2 tahun depan cuba lagi daa...

happy birthday dear..
we've been a good friend since sekolah rendah.. 20 tahun tu... isk isk...
terima kasih sahabat kerana menyokong aku tatkala aku susah dan senang!
love u :)

 kek yang cumel.. ada snoopy.. hehe  topi keledar biru perempuan berambut pink itu perlu diabaikan. sekian

Saya sayang kamu semua!!!
Sekian

Riview Buka Puasa dengan Erin, Acit, Nuren, Mino n Gee

Image
Salam, Wow.. sedih rasanya bila bulan Ramadhan meninggalkan kita. Rasa sebak pun ada. Kerana bulan Ramadhan telah memberikan banyak pengajaran dan pembelajaran pada aku yang harus dijadikan panduan untuk menghadapi hari mendatang. :) God bless me
Bagaimanapun bulan Ramadhan juga merupakan bulan baik yang merapatkan silaturrahim antara kawan2 yang jauh terpisah mahupun yang jarang2 berjumpa. Ya, inilah masanya untuk kita bertemu. Ok taknak cerita banyak, cuma nak cakap haritu gathering buka puasa dengan Erin. Erin adalah kawan baik kepada kawan baik aku juga iaitu Nuren. Maka kawan baik punya kawan baik adalah kawan yang baik juga :) hihi
erin, acit, nuren, mino n miss nova :) nuren n miss nova
i love my bff Nyap nyap sedap..
Sekian

Makan Makanan HARABLAH!

Image
Salam, Kalau dah bosan makan makanan melayu cina atau india(mamak) maka boleh la anda fikir2 kan untuk berbuka dengan makanan Harab. Yum Yum juga. Aku dan kakak memang penggemar makanan harab juga. Kedai harab ni terletak dekat Bangi je.. nama dia NtahlaAkuPunTakIngat. Tapi kedai dia dekat dengan Mohd Chan Bangi.. satu blok jugak. selang beberapa buah. Ok.. bab makanan pula ... Ya Allah.. lazatnya tak terpercik! Tengok pinggan makanan datang isk isk... sedap.. sedap kompom sedap ni!
Bila azan berkumandang! ngap ngap ngap! mak.. sedap mak...
sekali lagi misi berbuka puasa berakhir dengan senyuman menjuling. Kat sini makanan dia tak berapa mahal bolehla.. nak kata mahal sangat tak jugak.. nak kata tak mahal pun tak jugak. Contohnya nasik arab yang ada ayam kat dalam tu, kalau regular plate dalam rm 12, air mango + milk rm 5. air dia puhh lamak  memang kasi wa cair beb!! sedappppp!
ok tengokla dia ni ..

 Banana + milk (RM 4.00) dan Mango + milk (RM 5.00)  Guava (RESERVED K!)  Meal 1 (ayam)  Meal…

Berbuka Puasa di Downtown KLIA lagi syiookkk!!!

Image
Tarikh : 20 Ogos 2011, Sabtu
Lokasi buka arini: Downtown, KLIA
Peserta : Nova Leeza, Lyna Halit, Fetty Azlina dan Abg Putra bersama Manda n Rayyan
Jam : 7.00 malam


Salam, Mari mari mari.. kita berbuka puasa beramai2 di KLIA Downtown, lokasi menarik dan selesa. Berdekatan dengan KLIA. Makanan di sini buffet  sekepala RM 35.00 seorang. Makanan di taja oleh Kakak.. Thank You kakak. erm makanan di sini membuatkan mata aku juling 360 darjah lagi melihat makanan yang enak-enak dan sedap2..
Kalau waktu berbuka  puasa jam 7.30 malam, maka kau jangan tunggu dekat kedai tu. Baik gi pusing2 KLIA sebab nanti kau tak tahan tengok makanan di situ. memang lazat2 sekali Ya Ampun. menelan air liur banyak kali.. nanti tiba masa amik makanan dekat tempat buffet tu boleh batal puasa sebab tak sedar tangan dah suap makanan dalam mulut walaupun otak kata jangan hati kata mahu mahu mahu mahu!!!! haha
Selain itu, owner dia, Prof Abu (bak kata abang dia tahu nama pendek je, dan prof ni dulu bekas pensyarah UPSI) …