Friday, 28 January 2011

Bila Terasa Ada Sesuatu Yang Tak Kena Dgn Diri Sendiri

Salam,

Ok..ya aku telah dimasukkan ke wad dan itu bukanla gosip. haha perasan. So haritu perasan jadi BADANG buat kerja berat iaitu mengangkat baldi besar yang penuh dengan air.. tiba2 selepas angkat terasa macam salah teknik angkat. Oh katakan tidak!!!...

Lalu mengerang guling guling di atas lantai kerana sakit bahagian belakang (haha gimik je lebih) .. lalu pergi ke hospital.. apabila mereka melihat keadaan saya tidak serius maka appointment dengan doktor adalah pada bulan JUN!! Alamak.. lambatnya..

Saya menelefon ajen 099 dan 100 berkenaan kecederaan saya maka mereka ajen yang sangat pantas menguruskan aku yang akan dimasukkan ke Sime Darby Medical Centre (dulu SJMC) di Subang. Oh.. sangat pantas sekali kakitangan SDMC melaksanakan proses membaik pulih dan overhaul belakang aku nie.. LAlu aku pun diservis di sini selama 5 hari. Setelah penat duduk2 dan makan2 yang enak2 kemudian.. aku minta keluar kerana rasa seperti sudah boleh jadi BADANG semula.. !

Perkara best semasa duduk di SDMC adalah, staf sangat baik.. pakar orthopedik sangat sporting, makanan boleh pilih dan sedap, boleh tengok tv sambil makan coklat yang kawan2 bawak serta boleh suruh kakak tolong buat semua kerja. haha.. "Kakak, nak Remote".. "kakak, nak minum".. "kakak, nak pergi tandas" haha..

Terima kasih kerana saya adalah diantara yang bernasib baik kerana mempunyai INSURANCE.. ya saya telah commit setiap bulan dah hampir setahun lebih jugak.. Terima Kasih Prudential! kerana telah langsaikan bil hospital sebanyak 3k itu.. dan Terima Kasih Uncle n Auntie! kerana uruskan saya huhu.. Terima Kasih Kakak kerana sudi menjaga saya ketika saya di servis!

Moral of the story: beringat sebelum kena.

Ajen saya yang effisien ni merangkap uncle saya boleh dihubungi di talian berikut.. ceh ceh.. macam iklan lak.
    

kakak  n me
 kami lagi cam whore
 mesin overhaul! haha
 pose boring2
 nyum2.. lapala..
 mesin servis.. sapa nak cuba?

Sekian