Wednesday, 19 January 2011

Mari Makan Shabu

Salam..

Macam controversi je tajuk.. haha.. padahal sebenarnya Nama Kedai : Shabu-Shabu dekat Time Square. Makan dengan kakak sebab nak tengok year end sale. Kelabu mata tengok diskaun sehingga 80%. membuatkan penderaan perang psikologi semasa lalu tepi baju yang cantik boleh dapat rm 20 jer. masa itu la hati dan otak tidak dapat diselaraskan.. lalu berlaku pertelingkahan besar di dalam diri yang akhirnya menyebabkan konflik dalaman yang tidak ada sesiapa pun yang mungkin boleh paham. diantara pertelingkahan hebat yang berlaku adalah :

Hati: "Isk baju polo ni mmurah betul.. diskaun sampai 70 % ni.. eh.. kalau kira2 baru berapa je sepasang..
Otak: "kau gila ker.. mana boleh shopping lagi, kau kan dah banyak shopping nie... nanti tak cukup duit hujung bulan aku jugak yang susah babe"
Hati: "Tapi bukannya selalu dapat sale camni Tak.. (merujuk pada otak)"
Otak:"kesian kat aku hati.. hujung bulan aku jugak yg pikir macamana nak buat isk isk"

konflik dalaman menjadi semakin kritikal.. lalu otak pujuk hati

Otak:"JOM MAKAN Shabu-Shabu NAK!!"
Hati: “Yahuu!! Yey! Aku sayang kau Otak.. "
Otak: "dah dah jangan nak mengampu! aku nak pikir ni.. mana jalan nak ke Shabu2 nie..”

haha... kesian ko otak.. Jom semua main masak2 yer..


Pemakan Shabu-Shabu

Telor robos!

Shabu-Shabu

Cam whore me!! haha.. bg can la..
Nyummy delicious.. Kakak n Adek Kakak nak cuba manja.. mana tahu adek akan bayar semua.. ahaha
Goreng pon sodap..


sekian..