Friday, 18 February 2011

Hari Hari Mahu Kerja Mahu Kerja Hari Hari

Salam,

Nampaknya dah seminggu tak sempat nak update blog ni. patutla nampak macam dah bersawang tarantula, nampak macam ganas sikit. Jam menunjukkan tepat Pukul 7.27 malam Jumaat aku masih lagi di pejabat membuat kerja2 yang sepatutnya aku kerjakan. Kalau orang lain boleh duduk baring dekat katil yang empuk sambil minum air yougurt perasa strawberry, aku hanya boleh duduk dekat kerusi yang tak berapa nak empuk sambil mengadap PC. Ohh...

Esok hari sabtu, kemudian ahad.. kena pergi kerja juga.. pagi2 perlu tercogok depan pejabat buat2 macam sibuk sebab kalau buat2 macam tak sibuk nanti orang ingat kita gila sebab datang kerja hari cuti. Tapi ada ke orang yang nampak kita kat pejabat nanti.. ahh... takda..

Perut rasa lapardah.. bunyi macam orang  ketuk tong dram, pernah sekali dulu masa belajar, kita bangun lewat dan kita telah sampai lewat ke kelas. Kemudian terus amik tempat kosong yang masih ada. Belakang kita semua budak2 lelaki yang nakal masa tue. Sekarang mereka semua sudah kawin dan bekerjaya. Oh tadi cerita apa?.. ha sambung lepas tu perut kita tetiba berbunyi kroohhh.. macam perut kosong tue.. Dem!!!

Malunya sebab perut kita bunyi kuat sangat, budak2 lelaki kat barisan belakang tu semua dengar. Kawan sebaris kita yang duduk barisan nombor 6 pon boleh dengar jugak. Pastu kawan baik kita tanya pada kita "Perut kau ke"...

"Patut ke aku jawab???"

-
-
-
-

Krooh... perut ku bunyi lagi ni.. lapa...
ok aku nak gi makan.. kroohh.. kroohh...

Masa kat pejabat kita ni rajin!
 Pose masa takda orang sebab malu nanti orang kata perasan
 Pose yang berulang.. ah apakah ini??
 Sama lagi pose!  Masa balik bawak kereta dengan laju sebab perut lapar
Sekian