Friday, 4 February 2011

Krisis di Mesir Buat Aku Rasa Sedih

Salam,
Malam2 begini merupakan waktu yang baik untuk mencari ketenangan kan. Tapi bila fikir pasal student atau working people di Mesir pasti keluarga dan saudara mara tidak akan tenang! Mengenang nasib anak, abang, suami, rakan dsb. Ya Allah, selamatkanlah mereka yang berada di sana agar dapat pulang dengan selamat. Aminnn...

Masa blogwalking ada terbaca post seorang student Mesir dari blog ariffshah, bila baca.. menyayat hati..

"Salam
1st of all,i would like to thnx to those yg memahami kami dan sentiasa meng’update’ cerita dan perkembangn kami di mesir..
saya,student tahun 4 UNIVERSITI KAHERAh..dan menetap di kawasan SAYEDA ZAINAB,KAHERAH.and for ur info..SAYEDA ZAINAB merupakan antara kawasan yg pling teruk diserang dan dijadikan tempat demonstrasi besar2an selain drp TAHRIR,ABOU RISH dan SAAD ZAGHLOUL..
Dari 25hb Jan 2011;hari polis semesir..saya dan rakan ke TAHRIR utk mmbeli beg.Sampai shj di tahrir,kami dipesan oleh jurujual,”selepas kamu beli ni,balik rumah,i’allah kamu akan selamat..ada muzaharah(demonstrasi) against kerajaan hosni”..
kami terpinga..tengok di luar anggopta polis mula ambil tempat..org2 berpusu2 keluar dn blik..agak cemas juga..
bermula saat tu,keadaan makin teruk..
perintah berkurung dikeluarkan..pada awalnya dr jam 6ptg-6pg..kemudiannya diawalkn dr jam 4ptg-8pg..dan kemudiannya diawalkan lagi dr jam 1ptg-8pg..
bygkan life kami tiada internet,line tel tiada,nak hubungi spa2 pun tk boleh,hanya duduk dirumah berjaga2 SAMBIL DITEMANI BUNYI TEMBAK-MENEMBAK,HELIKOPTER BERKELIARAN DAN ADAKALANYA BUNYI SUARA2 ORG YG MMBERONTAK..ADAKALANYA,SEDANG KAMI TIDUR,KAMI DIKEJUTKN DGN BUNYI PESAWAT PEJUANG2 YG TERBANG RENDAH..BUNYI SEAKAN2 BAGAIKN BERGEGAR LANGIT..
Ada satu masa saya terpksa mmberanikan diri keluar ke bank ATM berdekatan utk mengambil duit.gas pemedih mata ke atas org2 demo turut kami rasakan..pedihnya tuhan sahaja yg tau..smbil manangis2 dan skit tekak kami kuatkn jugk utk ambil wang takut2 akn dtg bank dibekukan.itulah shj bekaLAN kami..dan wktu yg dibenrkn keluar itulah kami gunakan utk mmbeli brg2 keperluan dapur utk makan.ayam naik hrga,brg terhad..semua mnjdi mahal..trak2 polis dibakar,bgunan dibakar,banduan terlepas..kereta2 awam juga ada yg diserang..macam mana ya hendak survive dlm keadaan mcm tu..ibarat duduk dlm gua..
setakat ni kami masih di DEWAN MALAYSIA ABBASIYYAH,skarang pukul 6.47 wktu msia.kami msih mnggu arahan utk dikeluarkan ke jeddah..harap semua di malaysia doakan kami semua..usahla ada yg menyalahkn mana2 pihak..jgn la ade yg berasa dianak tirikan..masing2 ada kelebihan masing2..stduy di malaysia yg aman dn stabil tidak perlu risau apa2 pon..kemudahan byk..jauh beza dr kami disini..tp kami yakin ALLAH pilih kami utk mnyaksikan keadaan mcm ni sbg tarbiyah utk diri kami akan dtg..beljar bersabar,belajar utk tabah,belajar utk kuat..kami redha..cuma kami harap.andai ada bantuan keselamatan boleh diushakan, bantulah, doakanlah.. keran kami juga manusia biasa,ada kelemahan.ada perasaan takut dan bimbang..kita berusaha,kita merancang segalanya,namun ALLAH tau apa yg terbaik..
terima kasih lagi sekali kepada semua pihak..
wassalam"


Situasi terkini yang dapat aku faham dari bacaan aku :

  1. Hubungan internet dan telefon tidak dapat digunakan sama sekali kerana kena block.
  2. Balai polis di bom dan dipecahkan, perusuh telah amik senjata polis dan polis telah lari.
  3. Penjara telah dipecahkan, bermakna banduan telah bebas.
  4. Makanan, keperluan harian semua sudah kekurangan. Duit juga tidak boleh dikeluarkan lebih dari USD 10,000 bagi setiap pemegang akaun.
  5. Ada terbaca, ada student Malaysia kena rogol (tak pasti betul tak sebab tiada bukti yang sah)
  6. Rumah2 di sana dirompak, ada rumah student yang kena rompak jugak. 
  7. Keadaan tidak selamat, tentera sudah ambil alih, keadaan darurat.
  8. TUDM, TLDM sedang berusaha membawa pelajar Malaysia pulang
  9. Berita terkini boleh rujuk di sini http://krisismesirnasibrakyatkita.blogspot.com/

Semoga semuanya selamat. Amiiinnnn..
sekian.