Monday, 28 February 2011

Shopping di Mid Valley Yahuu!!

Salam,

Harini aku sangat rasa gembira kerana Sabtu lepas aku telah membelanjakan wang pergi Mid Valley untuk shopping bersama-sama kakak. Disebabkan Body Shop tengah ada promotion sehingga 30% untuk member, maka peluang sebegini tidak patut dan tidak sama sekali patut dilepaskan. haha betul tak??

Walaupun setiap hujung bulan berazam kuat kuat untuk simpan duit.. tapi mesti lupa daratan bila nampak duit gaji dah masuk dalam bank.. OH! mata jadi bling2.. semua barang nampak macam keperluan bukan lagi kehendak. Ya, aku rasa aku perlukan pertolongan. tulun tulun.. aku masih tengah fikirkan cara untuk shopping banyak2 tapi duit gaji dalam bank tak kurang2 .. aku rasa apa yang aku perlukan adalah seekor doremon. haha..

Tapi apa pun yang penting barang sudah dibeli dan hati patut rasa gembira.. Banyak jugak aku shopping barang lain bulan ni.. erm.. mesti sakit hujung bulan. tapi bulan ni Februari sampai 28 je.. so mesti boleh survive. haha kena fikir positif... takpun kena fikir Plan B. erm.. kalau tak kena minta bantuan kemanusian.. halloo.. roger mak.. hallo hallo.. bantuan kemanusiaan diperlukan mak.. haha (sila jangan tiru perangai ini)

Kat bawah tu adalah Body Shop Brilliance Powder.. macam shimmering jugak.. sangat mudah digunakan. Harga RM89.00 Aku juga beli Carbon Black Eye Definer RM 39.00 sebab stok dah takda asik pinjam kakak punya.. he..he..
 Cuma buka penutup dan sapu dimuka.. mudah kan??
haha happpii.. =)

Sekian. Tamat!