Tuesday, 19 April 2011

Pergi Kerja di Sarawak sambil2 tengok negeri orang

salam,
kalau nak kira ada sebulan tak update. sebab saya tak berkesempatan untuk masuk blog.. maaf ye semua.

Sebenarnya aku telah ditugaskan untuk bertugas di Sarawak.. berkampung di Kuching. So lompat2 kegembiraan sambil cakap yes yes yes!!.. seronok dapat kerja sambil tu boleh jalan2. Walaubagaimanapun, sebelum aku boleh terbang dan berjalan2 maka tugas yang perlu digalas juga adalah berat dan besar. tapi yang bestnya bos aku dah delegate siap2 dan buat perancangan, so takla rasa terbeban sangat. hehe

Maka pada 3 april kami segerombolan rombongan kak limah pun bertolak ke sarawak, tarikh pulang 7 april. ada berapa hari semua? bagus.. 4 hari.. kalau kerja 3 hari so hari last boleh shopping kan? haha.. kek kek lapis... ikan terubok masin.. key chain.. mari mari..

bila balik muka aku terbako.. sebab aku main panas.. kena bako matahari. selain itu, makanan yang aku tak boleh lupa adalah mee kolok sarawak special.. gila nya dibuat..memang aku gila.. sampai balik ke sini aku masih ingat mee kolok.. sesiapa kat saraawak tu boleh pos tak?? haha.. mee kolok.. mee kolok... aku laparkan kau..

ok gambar kat bawah ni pose aku sama tapi tempat berbza.. haha... satu kat opis satu kat klia

 masa ni kami semua makan makan dengan gembira.. nampak aku tak? sapa paling gembira?
 ni perkampungan budaya dekat sarawak... masa pergi ni dah tutup dah.. so bergambar jer..
 macam penyambut tetamu tak?? hahaha bos aku pon layan posing jugak..
 ni titi buluh.. ko reti naik?? ko reti?? itula yang kawan aku kat depan tu cakap haha..
 ni la aku .. gomoknya.. ew ew...

So pas gi sini, kitorang jejalan kat waterfont.. hehe.. sopping!!..