Wednesday, 20 April 2011

Sarawak kali 2

Salam,

Pada 14 April haritu, aku dan rakan2 pergi ke sarawak lagi buat kali ke 2, bermakna impian aku untuk makan mee kolok akan tercapai. hahahahaha..hahhahahha..hahahhaha.. sawan ketawa.

Disamping menyambung aktiviti membeli ikan terubok masin dan kek lapis. Oh.. kali ini rombongan kak limah lagi besar dari haritu. So akan jadi lebih meriah bukankah? Kali ini cita2 ke sarawak adalah untuk melihat buaya sungai rajang dan menggosok-gosok kepala buaya seperti seekor kucing yang manja. ya aku akan mencari buaya kali ini. kenapa aku begini, oh aku lupa  makan ubat rupanya. ok sambung jap lagi.

sambung...

Bila fikir kalau aku tak tulis sambung pun korang bukan tahu aku berhenti menulis. tapi takpela. takkan aku nak padam apa yang aku dah tulis nie. Ok setibanya di airport kuching, kami telah diangkut beramai2 ke Hilton... Bila sampainya kami kat sini tetiba, nama kami semua tak di book kan lagi.. aduhai.. apela nasib.. takperla, kami pun menunggu di lobi sejam dua jam.. ala kejap je.. kan.. bukan 10 jam pun. lalu kak cah bertanya.. betul ke kita duduk sini? erm.. ntah2 bukan hotel ni.. sebenarnya hotel HALIMAHTON.. aku :"a ah la kak cah ntah2 sebenarnya kak cah salah dengar ..kita duduk HIL.. TON ... (ton disebut bahasa malaysia baku).." ala.. macamana nak buat nie ni dah salah hotel la.. ini maknanya otak dah jam.

Sebab dah penat maka kami lepak2 kat lobi macam pendatang asing kena hantar pulang beramai2. Lepas dapat bilik tu, ingat boleh lepak2 ke, takda maknanya... ko siap2 sekarang.. ko pergi kerja.. Malam tu jam 8.30 kerja pun habis dan kami semua dihantar makan mee kolok. Yabedabedu!!!! dalam perjalanan pergi aku menyanyi-nyanyi di dalam hati.. "aku suka singkong kau suka kolok.. hoi hoi.."

Sling beg yang menjadi kesukaan aku bila travel
 Selamat tinggal Kuala Lumpur.. selamat tinggal rumahku.. selamat tinggal semua.. tunggu aku pulang ya..
 Team Kak Limah
 Team Hussin
 Kalini aku mesti dapat tengok buaya
 Row row row your boat gently down the stream..... hahaha
 Walaupun nyawa aku macam nak melayang naik menatang ni, tapi tetap ku gagahi juga...
 Ha.. ko tengok.. ko tengok.. ramainya umat nak beli kek Mira nie..
 Malam dinner.. Mulus tak kulit aku? hahhaa
 Cocok jangan tak cocok..
 Chef yang sangat comel..
 Kak cah dan aku makan malam... aku amik hot chocolate.. kesian aku batuk2 dan demam sepanjang di sarawak..
 Pulang!!!!.... pergh! ceria kan?  hahahaha....
 Kat airport kuching, mai secawan!
Sekian aku di perantauan.

byue.

arios.

amigos.

tatas.