Wednesday, 1 June 2011

Berkampung di Melaka sampai Jumaat nie

Salam,
Pernah tak dapat tugasan yang rasa tak nak buat 100%.. erm.. payoh sungguh la.. Bilo ado kijo nok buak kat pejabat, de de tu keno gi kijo lua..guano.. pehe dok? haha... dok pehe doh! aku pun dok pehe.. haha

Erm rasa berat sungguh la nak kena kemas2 barang untuk berangkat ke Melaka sebab aku masih lagi terasa penat drive jauh 2 hari lepas.. walaubagaimapun tetap aku kuatkan semangat untuk kemas baju walaupun bukan susah sangat nak kemas baju ni. Terasa baju yang nak kena angkat dan lipat dari almari macam batu 5 tan dan tangan macam kena parkinson terketar2 nak lipat. oh itu belum lagi nak pack barang2 mandian, barangan peribadi oh lala, make up lagi, tudung, baju jalan2, baju kerja,.. kasut dan beraneka jenis kueh lagi. tak pernah rasa sebegini malas untuk packing barang. Aku ni pulak memang jenis yang memerlukan masa yang lama untuk packing barang sebab tak nak apa2 barang tertinggal. oleh itu..aku nak ucap kat diri sendiri ~ Selamat Berkursus untuk diri sendiri! oh yeah beebeh!

Ok itu baru pasal kemas barang.. ni nak cerita lak pasal movie yang aku dah tengok iaitu KONGSI.. lu langsi lu mati ooo!!!.. haha.. cerita yang kelakar sebab Shaheizy Sam yang berlakon. Nampak gayanya mamat nie memang laku sekarang macam goreng pisang panas. Tapi memang salut la mamat ni berlakon kot guano pun memang sedap. Watak yang dipegang dalam movie ni sebagai seorang mamat siam yang cakap kelantan dan siam. haha.. kelaka bila dia sebut "serabut perut la nate beruk nie!" haha... ayat2 yang dipakai memang boleh buat orang tergelak besar. Dan aku rasa itula kekuatan Sam selama berkecimpung dalam bidang lakonan. Ayat dia power, setiap butir ayat yang keluar dari mulut dia memang kelaka dan ayat2 tu memang digunakan kita seharian.

Cerita kongsi ni kalau korang nak tengok silala ke pawagam yer.. aku rasa tak rugi pun korang beli tiket sebab memang best citernya walaupun ada komen yang mengatakan ending dia kurang sedap. Macamana pun memang bestla.. aku bagi 4  bintang **** ~ ok mehla menonton...oh ya kalau korang malas sangat pun.. tempah jerla kat Astro First dah keluar dah pun =)



   ok bebeh.. sekian!