Monday, 27 June 2011

Cinta itu Milik Siapa?

Salam,
Cinta .. kenapa cinta?
Cinta; yang dikasihi, yang disayangi, perasaan suka,
Cinta pandang pertama, cinta sebelah, cinta monyet, cinta berahi

Manusia dilahirkan dengan perasaan cinta. Cinta pada Allah, cinta pada ibu, cinta pada bapa, cinta pada adik, kakak, abang, cinta pada kekasih. Cinta itu unik, tidak boleh dipegang, tidak boleh disentuh, tapi ia boleh di rasa dengan hati. Hebatnya cinta itu kerana Cinta tidak dapat dilihat tetapi Cinta mampu membuatkan manusia merasa sempurna merasa gembira, puas dan cinta juga mampu membuat hati jadi risau, sedih, putus asa dan hilang pertimbangan.

Setiap yang bernyawa pasti pernah merasa Cinta. Kadang-kadang cinta itu sakit sekali. Kadang-kadang cinta itu bahagia sekali. Aku juga akur, pernah merasa sakit, sakit yang teramat dalam seperti tidak mungkin ada ubatnya lagi. Tetapi Tuhan itu Maha Penyayang.. kesakitan itu akhirnya berlalu dengan masa.. Kemudian, cinta itu tiba lagi, mengetuk pintu.. cinta itu tiba lagi.. 

Bagi cinta yang bertepuk sebelah tangan; cinta itu tidak kejam. Cinta itu hanya tidak jatuh pada hati yang empunya. Jangan pernah berhenti mencuba mencari cinta.. Cinta kecundang; apabila kemanisan cinta itu berakhir. Itu takdirNya. tiba saat cinta itu perlu pergi. Jangan halang, jangan meronta. Kerana cinta itu bukan milik kita. Cinta buta; cinta itu tidak buta, cinta itu indah, cinta itu istimewa, tetapi cinta mampu menolak kita menjadi hamba yang tidak mampu berkata tidak. Cinta itu jika disalah erti, akan mengundang bahaya. waspada dengan cinta kerana cinta mampu mengatasi segala-galanya. Cinta hingga ke akhirnya; Cinta yang lahir dari dua hati yang ikhlas. Cinta ini tidak akan berhenti di penghujung nyawa. Cinta itu menantinya di sana. Cinta ini adalah anugerah bagi insan yang bertuah. Cinta ini cinta ibu dan ayah ku. Cinta hingga ke syurga!


lagu ni aku dah replay sampai speaker pc mogok.. hihi


Buat arwah ayahku,
Aku sayang padamu.
Al-Fatihah
Cinta kau dan aku..
Aku doakan cinta itu juga milik ku.
Sekian.