Thursday, 23 June 2011

KOLAGEN??? Apa rahsianya?

Salam,
Anda tahu ke apa tu kolagen? memang pun selalu nampak kat kedai2 jualan produk kecantikan mesti ada botol yang tertera minuman kolagen, pati kolagen, shampoo kolagen.. dan macam2. Tapi tahukah anda apakah itu kolagen? cewah2 macam penjual jamu tak?

Meh review skit khasiat dan kebaikan kolagen, kalau cerita dari sudut sains : kolagen adalah struktur protein yang berfungsi sebagai perekat dalam badan dan  lebih kurang satu pertiga dari struktur protein badan adalah terdiri daripada kolagen? ha.. nganga tak?.. hehehe

Mudah cerita, kolagen adalah agen yang membantu untuk membina dan mengekalkan kulit untuk menjadi sentiasa nampak muda, berseri dan sihat. Korang mesti nak nampak muda selalu gitu kan? highlight skit. Kolagen membantu proses pertumbuhan sel, so bila kurangnya kolagen dalam badan maka kulit korang akan mula berkedut. Ini kerana makin kita berusia,maka kolagen dalam badan makin berkurangan. so apalagi kenala amik KOLA-AGEN tambahan...haha

Senang paham, senang cerita, kalau korang nak cari produk, carila yang ada kandungan kolagen, bukan produk kecantikan macam bedak, blusher je, losyen tangan, syampoo, minuman dan macam2 lagi. Tapi yang penting kena ada kelulusan kementerian kesihatan ok!! baru dijamin selamat. Korang kan nak nampak awet muda selalu gitu!

Haritu, masa aku lalu kat tepi meja kawan aku, aku nampak produk losyen tangan yang dia pakai, nampak best, so aku cubala.. nampak kat label ada tulis kolagen, bila cuba.. memang best la! aku ni penggemar losyen tangan jugak, walaupun selalu lupa nak pakai, tapi memang kaki losyen jugak dan produk ni adalah diantara yang TERBEST aku penah jumpa. tak caya.. cubala!

ST. IVES RENEWING COLLAGEN ELASTIN!
susah skit nak dapat, boleh cuba cari di guardian atau watson. harga lebih kurang RM 23.00 (botol besar)
 

erm.. sdap baunya... ini bukan iklan berbayar.. so bila aku rasa produk tu betul2 best baru aku akan cerita kat blog. lagi satu, kita kan kenala selalu nampak muda dari usia.. barula ehem2 korang sayang!!! tak gitu kak sha??... aww patutla abang u sayang u selalu kak.. hihhi

sekian =)

mesej dari wanita prihatin untuk wanita yang prihatin. =)