Friday, 17 June 2011

Review Filem Minggu ini

Salam,
hari ini adalah hari Juhmahat dan esok adalah hari Shabtu. Ini bermakna, esok adalah cuti umum.. Yahuuu!! gembiranya rasa hati bila boleh cuti2 malaysia nie. Sepanjang minggu ni boleh dikatakan kerja aku memang mengahadap panggung wayang.. Banyak jugak cerita yang aku dah tengok sepanjang minggu nie.. diantaranya adalah :

1. PRIEST
2. SUPER 8
3. GREEN LANTERN
4. FAST FURIOUS 5
5. PIRATES OF THE CARRIBEAN (yang tu dah review)

Kebanyakannya International Movie. Nak kata aku tak minat cerita Malaysia tak jugak sebab aku memang layan jugak cerita Melayu ni.. cuma tak berkesempatan lagi kot nak mengejar masa nak perabih tiket wayang nie. hehe meh aku nak komen satu-satu cerita yang aku tengok nie..

PRIEST
Cerita ni mengisahkan pasal PADERI di dunia ni merupakan penjaga kemanan yang dilantik berdasarkan bakat yang ada iaitu kemahiran berlawan dengan Pontinak.. Pontianak ni muka memang huduh sangat la tak macam cerita Twilight tu, memang hensem kalau nak gigit pun aku kira free la amik darah nie. Tapi Pontianak ni memang hodoh dan mereka ni duduk di kawasan yang telah di rezabkan. Tapi sebenarnya pontianak ni memang ada plan nak berperang semula dengan manusia. Ketua pontianak ni adalah kawan baik hero paderi tu, sebab Queen pontianak tu dah masukkan darah dalam badan kawan dia, so kawan dia memang jadi jahat. Aksi berlawan dengan pontianak memang agak best.. dan akhirnya paderi ni menang jugak. Maka selamatla dunia. Agak karut la cerita ni kalau budak kecik tengok boleh terpesong akidah.. kalau tua bangka macam kita ni.. paham2 jela.. haha.. so kasik
 = 3 BINTANG



SUPER 8
Cerita ni mengisahkan sekumpulan budak sekolah yang tengah buat projek merakam plot cerita pendek untuk masuk pertandingan filem pendek.  Tapi masa mereka tengah merakam kat tepi stesen keretapi ni, tetiba berlaku kemalangan keretapi yang ngeri .. aku pun ada rasa tak logik jugak sebab hebat sangat keretapi ni terbang2.. Rupanya tu adalah keretapi tentera yang mengangkat muatan rahsia.. jeng jeng jeng.  Masa kemalangan itu berlaku, cikgu sekolah mereka terlibat sama. Banyak perkara aneh berlaku di kawasan tu selepas kemalangan keretapi ini berlaku.. kemuncak apabila salah sorang budak perempuan dari kumpulan mereka telah diculik. So budak2 ni nak selamatkan kawan diorang ni la.. Nak tahu lagi apa benda tu?.. haha tengokla movie ni k.. ok ok.. tak tak aku cerita, itu adalah keretapi yang menagngkat alien.. so alien ni la yang bikin kacau kat tempat tu.. hehe.. seram tak? so kasik
     = 3 BINTANG JUGAK



GREEN LANTERN
Cerita Green Lantern ni adalah cerita yang agak sempoi. Tak heavy sesuai jugak untuk tontonan kanak-kanak. Mengisahkan seorang lelaki, Ryan Renolds (huh.. hensemnya kau ni..) yang bekerja sebagai Jet Perang. Memang cool la cara dia bawak jet ni.. cair gua beb.. hehe.. Dia telah terpilih sebagai seorang penegak keamanan bagi alam semester ini. Dia dipilih oleh CINCIN SAKTI ALIEN tu. Mamat ni, memula memang tak suka jadi green lantern sebab negara alien ni pandang rendah pada manusia, bagi mereka manusia adalah sangat primitif. Tapi sebab awek dia bagi dorongan dan semangat maka, hero ni pun bermati-matian berlawan dengan sotong jahat yang boleh terbang di angkasa. Best jugak cerita ni, CGI effect memang hebat dan cerita tak boring. Tambah-tambah hero muka macam Hitrik Roshan.. badan hero tue..huh terbaekkk..  so aku kasik
 = 4 BINTANG



FAST FURIOUS 5
Fast furious dibintangi oleh Vin Diesel, The rock dan Paul Walker, Jordana Brewster dll lagi. Hebat bukan? Cerita ini mengisahkan penjenayah terhebat iaiatu Vin Diesel dan Paul Walker yang sangat dikehendaki oleh polis US. Jadi mereka melarikan diri ke Brazil. So misi mereka kali ini adalah untuk mengrompak duit penjenayah terhebat di Brazil sebanyak USD 100 juta. Penjenayah ni adalah orang penting di negara tu. So bila dia dengar Vin Diesel dengan kawan2 dia nak rompak dia ,dia pun simpan duit dia semua kat dalam balai polis. Misi Vin diesel dan O'connel (Paul Walker) adalah utuk membawa duit tu keluar dari balai polis dan menewaskan orang jahat tu. Memang banyak aksi yang cool tapi ada kurang logik sikit sebab peti besi yang tak berapa tan tu boleh di tarik dengan 2 bijik kereta sport. Dasat sungguh kete nie.. peti besi tu siap langgar bangunan lagi, kete tu rilek je tarik.. hehe.. Tapi memang action dan actress.. tip top. Tambah2 bila aksi perempuan naik moto yang seksi tu pakai bikini.. Demmm!!.. hehe so aku kasik
= 4 BINTANG


So.. itu sajalah review aku kalini.. pasal makan memang aku nak hupdate tapi tengh ngumpul gambar.. hehe... sabo jela yer.. arios semua.. selamat becuti dan menonton wayang.. aku nak tengok XMEN First Class pas nie.. hehe

salam.. bebeh