Wednesday, 27 July 2011

Amy Winehouse ditemui MATI

Salam,

Memula memang tengah surve bahan nak cari idea untuk buat kerja.. then bila tengok The Malaysian Insider, tajuk "Penyanyi Amy Winehouse ditemui mati di rumah barunya" tarikh 24 julai 2011.. ok betul ke ni??? ok bila check beberapa akhbar harian lain, memang sah Amy dah mati. Oh. sungguh menyayat hati sekali. Amy ni muda, cantik, berbakat dan berpotensi untuk menjadi lebih baik. Walaubagaimanapun, (cewah2 macam karangan bahasa melayu pulek) Amy memang tegar dengan dadah dan minuman keras (walaupun belum disahkan punca kematian). Sedih rasa, sebab lagu2 dia kadang-kadang menghiasi telinga aku especially lagu Rehab. erm.. Sebelum ni aku agak mengikuti perkembangan Amy, ada juga beberapa video di Youtube yang dirakamkan oleh penonton aksi Amy menghisap dadah melalui hidung semasa di atas pentas.. so sad la to see. Oh ya aku jugak ada tengok video Amy dengan Kelly Osbourne, her bff. kesian sangatla. mereka sangat close. Tengokla amy menjadi kurus.. kesian..


So dengan itu marilah kita sama-sama mendengar lagu feveret ni .. Amy selamanya best.