Makan SOS Tomato

Salam,
Memang orang Malaysia adalah kategori yang kuat makan pedas. Cakap je makan nasik mesti nak ada sambal belacan, cili padi, erm.. kalau tak pedas tak boleh makan. Memang betul juga kalau makan makanan pedas ni boleh menambahkan selera makan.. baru kaw kan!  Tapi ada juga segelintir yang memang tak makan pedas. Bak kata orang tua2  Lidah Nipis.. sebab tu tak tahan pedas. 

Aku adalah golongan yang segelintir tu, aku memang tak kuat makan pedas. Masa kecik dulu mak aku kena masakkan makanan yang tak pedas untuk aku.. bila masak mesti kena asingkan semangkuk kecik untuk aku. Kemudian baru la mangkuk besar tu diletakkan cili. kalau tak.. tak makan la.. kesian mak..

Kalau nak cerita pasal asam pedas atau masak lemak cili api, memang terkenal di Melaka. Kalau boleh cili api tu patah2 makan dengan nasi je. Huh! memang berapi!! Walaubagaimanapun makanan pedas bukanlah satu pilihan yang tepat untuk kebahagiaan badan kita. Cuba bayangkan, cili api tu terkena mata, tak ke menjerit kita sebab pedih bukan? So, macam tu la jugak perut kita, bila terkena makanan pedas, perut boleh jadi sakit ataupun luka. Itu baru cerita pasal perut, belum apendiks ataupun usus besar.

Memang sedap makanan pedas ni, tapi janganla ambil terlalu kerap sehingga merosakkan badan. Diantara penyakit yang mengundang kepada gejala pedas adalah seperti BUASIR, GASTRIK, APENDIKS dan sebagainya. Selain itu, ibu yang mengandung juga tidak digalakkan untuk memakan makanan yang pedas2.. Tidak baik untuk ibu dan bayi.

So macam iklan gula jugak, marilah kita bersama2 Kurangkan Pedas Dalam Makanan. Semoga kita semua sentiasa sihat dan cergas!

Pesanan ini dari wanita yang perihatin untuk wanita yang prihatin.


gambar froom google. tq mr google.

Tapi kalau orang dah jamu masak lemak cili api, bedal je la!
hii hii

Sekian

Comments

  1. L… ku panggili namamu
    Dari tiap penjuru
    Bila engkau tenggelam
    Dalam arus mimpiku

    L… dengarkanlah olehmu
    Jerit sayu jiwaku
    Dari laungan pilu
    Yang mengalir di kalbu

    L.. kemanakah hilangnya
    Ragi cinta kasihmu
    Aku terjerat syahdu
    Bagai mencari rindu

    Untuk menambah luka
    Dari terus berdarah
    Membanjir di jiwa

    Senandungkanlah irama
    Mari dari lewat gelombang
    Dan terus berkumandang
    Nyanyian kita bersama

    Oh bisikan kembali lebur ke pantai
    Agar terasa nyamannya
    Rindu cinta kita
    Kembali membara

    Oh menunggu aku masih menunggu
    Genggam selendang rindu
    menudungi wajahku kasih

    Oh harapan tinggi harapan ku
    Setinggi gelombang
    yang menelan cinta kasih ku

    ReplyDelete

Post a Comment