Monday, 18 July 2011

REVIEW FILEM TRANSFORMERS 3:Dark Of The Moon

Salam,
Memang Penuh Panggung Wayang sejak Transformers ditayangkan. Beberapa kali aku pegi nak beli tiket memang tak dapek la.. booking online compom penuh manjang. So last week sempat jugak aku tengok citer ni. Ok persoalannya adakah berbaloi aku tengok? erm.. cerita dia best cuma agak drag .. meleret2 sikit dan banyak sangatla halangan yanag tak berapa nak logik sangat.

Yang bagusnya kali ni ada watak transfromers yang baru, kira otai Transformers di hidupkan balik. Otai Transformers ni namanya Sentimel Prime, dia ni otai dari Otimus Prime. Sentimel Prime ni dijumpai di bulan dan anak kapalnya semua mati kecuali dia. Kapal tu nama Ark. Sentimel Prime ni bawa sejenis alat bernama Pillars. Pillars ni boleh hidupkan dunia autobots. Tapi yang tak bestnya Sentimel Prime nie geng dengan Decepticon si jahat tu.

Sam pulak masa ni menganggur, tak kerja walaupun dia berjaya selamatkan dunia sebelum ni. Sam ni kerja sebagai penghantar surat, macamana pun awek dia hot babe.. nama Clary. Clary ni seksi dan kerja dengan company kereta. Kelakar jugak Sam ni, sebab dia jeles dengan awek dia yang seksi tu baik dengan bos tempat kerja dia. Clary ni berlakon agak kaku skit, seksi la, tapi lakonan.. erm.. better Megan Fox.. i prefer her.

Kemudian, Sentimel Prime dan Decepticon berjaya mengaktifkan pillars dan membuka laluan robot2 jahat untuk merosakkan Chicago. Masa ni, awek Sam kena tangkap oleh Deceticon, kerana bos awek ni, sekutu geng Decepticon. Masa ni, Sam berkorban nyawa nak menyelamatkan Clary. cewah2.. poyo Sam. Optimus Prime dan kawan2 nya pulak termasuk bumble bee dihantar ke angkasa sebelum ditembak mati. Tapi takanla mati begitu mudah bukan?

Mereka semua terselamat dan pertempuran pun bermula diantara Sentimel Prime, Decepticon dan Optimus Prime. Banyak jugak robot yang terbunuh, Bumble Bee hampir mati jugak. Tapi cam biasa akhirnya Optimus Prime dan kawan2 menang =)

hehe.. bagi yang belum menonton bolehla tengok kat cinema kalau ada lagi atau beli CD!

Berapa bintang?? aku bagi =
= 4 bintang

So? berminat tak nak menonton?
tengok trailer dulu k =)



Sekian