Monday, 22 August 2011

Berbuka Puasa di Downtown KLIA lagi syiookkk!!!

Tarikh : 20 Ogos 2011, Sabtu
Lokasi buka arini: Downtown, KLIA
Peserta : Nova Leeza, Lyna Halit, Fetty Azlina dan Abg Putra bersama Manda n Rayyan
Jam : 7.00 malam


Salam,
Mari mari mari.. kita berbuka puasa beramai2 di KLIA Downtown, lokasi menarik dan selesa. Berdekatan dengan KLIA. Makanan di sini buffet  sekepala RM 35.00 seorang. Makanan di taja oleh Kakak.. Thank You kakak. erm makanan di sini membuatkan mata aku juling 360 darjah lagi melihat makanan yang enak-enak dan sedap2..

Kalau waktu berbuka  puasa jam 7.30 malam, maka kau jangan tunggu dekat kedai tu. Baik gi pusing2 KLIA sebab nanti kau tak tahan tengok makanan di situ. memang lazat2 sekali Ya Ampun. menelan air liur banyak kali.. nanti tiba masa amik makanan dekat tempat buffet tu boleh batal puasa sebab tak sedar tangan dah suap makanan dalam mulut walaupun otak kata jangan hati kata mahu mahu mahu mahu!!!! haha

Selain itu, owner dia, Prof Abu (bak kata abang dia tahu nama pendek je, dan prof ni dulu bekas pensyarah UPSI) baik orangnya, ramah dan sembang2 tanya macamana makanan... ok tak??.. erm.. bagus bukan. rasa nak senyum je sambil makan di kedai yang harmoni begini. 

Okes.. jadi bagi sesiapa yang nak cube makanan di sini bolehla contact:

Downtown KLIA Seafood Restaurant
No 40-48 BlockB Jalan KLIA 1/60 Chartefield Commercial Center
6400 KLIA
Tel: 603-87831031
Fax: 603- 87831032  


rayyan n auntie pisa's love~~ aww aww~~

 kakak n abg posed senget bahu
 haaa!! hamik makan puas puas!!
antara menu yang ada :

1. Itik panggang
2. Ayam Panggang
3. Butter Prawn
4. Ayam Masak Honey
5. Tauhu masaka tak tahu apa
6. Ikan pari masak asam
7. sotong celup tepung..
8.. desert...
9. koktail..
10. bubur pulut
etc etc.. oh ya laksa pun ada..

 Mestila ini pinggan aku :)
 Ini order special, salted egg squid
 Butter Prawn!!!
 Ini mestilah pinggan abang putra
 Kak Lina n baby rayyan
 Abang kekenyangan
hitam mata hitamku!
 Belakang tu tempat buffet disediakan..

 Downtown la.. mana lagi
Kakak Nova n nova jendol

Sekian, dari bilik berita Nova