Monday, 15 August 2011

Tips Berbelanja Dengan Berhemah Semasa Di Bazar Ramadhan

Salam,
Salah satu perangai yang memang selalu kita buat di pasa ramadhan adalah membeli apa yang dirasakan sedap dan menyelerakan. Oh lihat itu mahu, lihat ini pun mahu.. Bila menang membeli.. menang juga menyeluarkan ongkosnya. Waktu berbuka, makan sikit rasa dah kenyang, maka akan terbuangla semuanya makanan tadi ke dalam bakul terhormat. Isk isk rugi. Jadi di sini saya ada beberapa tips untuk berbelanja dengan berhemah semasa berjalan di bazar ramadhan khas buat pembaca nova.

1. Bawak wang cukup2 untuk beli apa yang patut. Kalau boleh, biar kita keluar untuk beli apa yang perlu sahaja di pasar ramadhan. 10 ringgit paling maximum dan paling sikit bawak rm 5. ha, jadi bila duit ada rm 5 je dalam wallet mesti bila nak beli sesuatu barang kena fikir banyak2 kali. so bila jumpa budak kecik minta derma di pasar tu, sedekah rm 2, baki tinggal 3, jumpa kat depan ada makcik tua dengan anak yang sakit, kemudian rasa kasihan bagi lg rm 2, maka tinggal rm 1 je untuk beli air tebu. haha.. baguskan.

2.  Kedua, semasa mahu pergi pasar ramadhan pergi dengan kawan yang memang spesis tak suka beli macam2 @ kedekut. jadi secara tak langsung, kita juga akan dibanteras dari membazir sebab kawan kita tu memang tak suka melepak lama2 kat pasa ramadhan.. bila kita tengah tengok2 kuih yang sedap mesti kawan kita tu paksa suh cepat2..oh..kan selamat duit aku. haha

3. tips 3, Sebelum pergi pasar Ramadhan pastikan anda menaiki kereta, kalau boleh elakkan menaiki motor. ini kerana, kalau naik kereta anda akan mengambil masa yang lama untuk cari parking, jadi kena pusing 3 ke 4 kali, sehingga berasa stress dalam kereta. bila mood dah tak best, maka anda akan kurang rasa minat untuk shopping makanan. Nampak makanan pun dah macam kepala orang, so selama duit aku..

4. tips 4, Anda digalakkan untuk pergi selewat yang mungkin ke pasa ramadhan. kalau boleh pukul 7 baru pergi, ha, masa ni semua makanan dah habis. yag tinggal pun nampak tak selera dah pun. jadi bawak duit banyak2 pun tak akan dapat hasil yang lumayan.. maka, selamat dut aku.. haha

5. ok tips yang terakhir, kalau nak jugak pergi pasa ramadhan pastikan anda pergi bersama anak2 saudara. Ini adalah aktiviti yang sangat baik kerana anda pasti akan pecahkan rm 10 kepada 3 orang anak sedara iaitu sorang  rm 3. baki rm 1, untuk anda beli air tebu. oh... sambil membeli sambil beramal di bulan puasa. oh baguskan. hehe sedapnya air tebu.

Jadi selamat mencuba tips2 ini. buat mereka yang mempunyai masalah boleh berkongsi di ruangan ini ye. Anda pasti tidak akan dilayan. 

Makteh dan anak sedara.. owh.. 
sekian.