Friday, 30 September 2011

Lif Rumah Rosak Hampir 2 Minggu, Bagus jugak,boleh excercise naik turun tangga

Salam,

Selamat Pagi kepada semua.
Harap semua sihat hendaknya, macam aku jugak harini terasa segar sekali. Mana tak nya memang hari2 kena excercise naik turun tangga, maklumlah rumah atas awan. Tingkat 5 (lima) pulak tu. Ini semua disebabkan gara2 lif rosak yang dah berminggu ni. Penat weehhhh naik tangga tu..

Kalau la aku ni duduknya di tingkat 1 (satu) takpe la jugak. Memula memang semput la dik non. Mana tak nya nak kata aku ni rajin excercise.. kirim salam la. Excercise mulut ada la. Jadi bila lif mula rosak memang menyemput jela aku ni dah rasa macam mendaki gunung kinabalu. Sepanjang pendakian, mulut akak pot pet pot pet la macam bertih jagung. Tapi itu hanya untuk 2 (dua) tingkat je. Sebab masuk tingkat ke 3 (tiga) akak dah sempot dik.. ahaks.. mencungap cungap.

Apabila latihan otot kaki dan pung ** tooot ini dilakukan setiap hari untuk beberapa kali satu hari pasti akan nampak kesan yang ketara. ahaks.. shaping lagi tu. haha. Tapi bila dah asik naik turun, akak steady dik... Boleh lumba sapa sampai dulu tau. haha

Memula memang nak hangin je dengan pengurusan bangunan tapi bila tengok pengurusan tepet nama pembayar yang tak langsaikan tunggakan insurans.. hamik kau.. salah siapa? aku jugakla yang merana sebab korang duduk tingkat 1 , 2 , 3 .. tak payah bayar sampai bebila pun tak per. Aku juga nan susahnya. Then, aku ada check kat FB, rupanya ada jugak FB untuk rumah aku tu.


Jadi pesananku, kepada sesiapa yang duduk berjiran dan saling memerlukan antara satu sama lain, pls la consider untuk settlekan mana2 bayaran tunggakan yang akan menyebabkan kesusahan orang lain. Kalaula ada nenek tua ke duduk tingkat atas2 ni..kesian la dia.. memang tak jejak kaki ke bumi la jawabnya. Belum sampai ajal sudah hilang nikmat dunia. fikir2 kanlah dan selamat beramal!!

Siaran Lif tergendala, sila naik tangga. Maaf ye..
 Kawasan nan nyaman tapi lif nan rosak daa....

Uit uit...


Abang tu memang termat marah la, siap suh angkat rumah letak atas pokok.. aku nak nyanyi lagu POKOK la, by Hazama...

Tanya sama pokok apa sebab goyang.. sebab kau tak bayar hutang..
sebab tu la rumah kau kena duduk atas pokok. haha

Sekian kalinya.