Wednesday, 21 September 2011

Manusia dilahirkan SAMA

Salam,
Buat peminat-peminat Nova yang tak jemu2 datang ke blog ini, walaupun takda apa pun yang menarik sangat kecuali hal sendiri dan gosip2 yang takda pekdahnya pun nak amik tahu, tapi macamanapun rasa menyampah kat sini tapi tangan tetap rasa nak datang jugak sekali sekala. Betul tak? haha..

Selain daripada perasaan stress yang agak melampau sejak kebelangan mahupun kedepangan ini. Aku masih mencari-cari DI MANAKAH Si JOE JAMBUL??? .. oh tidak bukan itu yang kucari tetapi aku mencari di manakah kekurangan diri ini yang menyebabkan stress melampau tidak lagi terkawal sejak akhir2 ini dan awal2 ini.

Tatkala itu, aku juga befikir sambil merenung ke langit walaupun apa yang aku nampak hanyalah bangunan sebelah berwarna cokelat yang kaku tegak dan utuh tidak pernah bergerak walau seinci, tapi mengapa perlu menceritakan berkenaan hal bangunan sebelah, berbalik.. Manusia ini dilahirkan pelbagai bentuk, rupa dan jenis. Ada yang hitam, ada yang putih, ada yang tinggi dan ada yang rendah, ada yang kurus meleding senang ditiup angn mahupun bersaiz comel tetapi berseluar ketat. Tidak lupa juga ada yang berambut blonde mat salih dan ada yang hitam pekat. hakikatnya Kita semua adalah SAMA..

Maka, perlukah perbandingan itu perlu menjadi topik dan bualan yang hangat sehingga menyebabkan manusia lain terasa hati dan berasa rendah diri?? Tetapi bila terfikir lebih dalam lagi.. manusia diberikan akal, diberikan hati dan diberikan nafsu. Semua itu berfungsi secara serentak. Mungkin suatu masa Nafsu akan melebihi Akal. Dan apabila tersedar sebaliknya berlaku. Oleh demikian, manusia yang terasa hati tadi dan berasa rendah diri TIDAK PERLU merasa apa yang dirasakannya sekarang. Semua itu adalah norma kehidupan yang kau kena jalani. Tidak salah sekiranya ada sesetengah manusia merasakan kelebihan fizikal merupakan kepentingan utama di dalam kehidupan. Itu adalah pandangan mereka. Kerana, bagi aku.. kelebihan itu hanya dapat dilihat bila mengenali hati budi seseorang. Ini hak peribadi dan pandangan masing-masing.

Justeru, semua juga perlu faham bahawa manusia ini dilahirkan dengan seribu satu ragam dan cara kehidupan. Pengalaman hidup kita berbeza-beza. Terimalah semua yang berlaku disekeliling ini dengan redha dan hati yang terbuka. Nescaya hati tidak akan memberontak lagi. Maka dengan itu, semua perlu faham manusia ini adalah SAMA. Tiada yang lebih melainkan amal perbuatan di sisi Nya. InsyaAllah. Segala yang di susun adalah yang terbaik buatmu.

Belajarlah memahami kehendak orang lain pasti engkau akan faham kenapa tindakan yang diambil itu begitu tidak adil di matamu. Padahal, ia adalah terbaik buatmu tanpa disedari. Setelah mentelaah hampir tiga dekad, aku makin faham, memang perjalanan hidup manusia semuanya unik dan tiada sama diantara satu sama lain. Ya Allah, aku sangat bersyukur di atas kurniaanMu ke atas hambaMu ini. Kasih sayang yang ku terima ini adalah indah dalam hidupku dan aku bersyukur.

Buat yang diperbualkan di sini, janganla ambil pusing, ini semua hanyalah SUMMARY sahaja. Ala, macam zaman2 sekolah dulu, English teacher kita kan suka suruh kita buat Summary.. haha

Sekian.
Aku tahu korang rindu kat aku kan??

Kak nose, jangan lupa datang beraya rumah saya!

:)