Friday, 28 January 2011

Selamat Hari Lahir Untuk Diri Sendiri!!

Salam,
Mereka nyanyi begini..


Selamat HAri JAdi..
Selamat HAri JAdi..
Selamat HAri JAdi..
Selamat HAri JAdi.. adik busuk!
Terima Kasih Momok, Yong, Nyah , Semua yang telah terlibat dalam menjayakan sambutan harijadi ku yang ke tooot!! sebenanya leh nampak dalam gambar hehe.. surpriseNyaaa!!

Mula2 rasa sedih jugak sebab 14.1 tu kan aku berada di wad.. takda sapa yang teman..
Tepat jam 12 malam, Mr. Nice Guy telah datang dengan keadaan yang letih dan comot di pintu bilik aku sambil menyebut "Happy Birthday!!" .. hihi im happy!! TQ so much for brighten up my day!!

I wish u were here when im writing this. =)

Secret Recipe yang sedap  ini.
Makan wif satay kajang
love it love it
Familas.. pose cam baik dulu
Apakah perbezaan pada gambar di atas dan di bawah? haha
Freeeeeeeee stylo!
Happy Moment.. Tengokla nenek.. suka sangat dia tue!

Love u all!! MOM.. GRANDMA!! SISTAH!! MNG! AUNTIE N UNCLE!! Everyone wishing me!

 Sekian.

Bila Terasa Ada Sesuatu Yang Tak Kena Dgn Diri Sendiri

Salam,

Ok..ya aku telah dimasukkan ke wad dan itu bukanla gosip. haha perasan. So haritu perasan jadi BADANG buat kerja berat iaitu mengangkat baldi besar yang penuh dengan air.. tiba2 selepas angkat terasa macam salah teknik angkat. Oh katakan tidak!!!...

Lalu mengerang guling guling di atas lantai kerana sakit bahagian belakang (haha gimik je lebih) .. lalu pergi ke hospital.. apabila mereka melihat keadaan saya tidak serius maka appointment dengan doktor adalah pada bulan JUN!! Alamak.. lambatnya..

Saya menelefon ajen 099 dan 100 berkenaan kecederaan saya maka mereka ajen yang sangat pantas menguruskan aku yang akan dimasukkan ke Sime Darby Medical Centre (dulu SJMC) di Subang. Oh.. sangat pantas sekali kakitangan SDMC melaksanakan proses membaik pulih dan overhaul belakang aku nie.. LAlu aku pun diservis di sini selama 5 hari. Setelah penat duduk2 dan makan2 yang enak2 kemudian.. aku minta keluar kerana rasa seperti sudah boleh jadi BADANG semula.. !

Perkara best semasa duduk di SDMC adalah, staf sangat baik.. pakar orthopedik sangat sporting, makanan boleh pilih dan sedap, boleh tengok tv sambil makan coklat yang kawan2 bawak serta boleh suruh kakak tolong buat semua kerja. haha.. "Kakak, nak Remote".. "kakak, nak minum".. "kakak, nak pergi tandas" haha..

Terima kasih kerana saya adalah diantara yang bernasib baik kerana mempunyai INSURANCE.. ya saya telah commit setiap bulan dah hampir setahun lebih jugak.. Terima Kasih Prudential! kerana telah langsaikan bil hospital sebanyak 3k itu.. dan Terima Kasih Uncle n Auntie! kerana uruskan saya huhu.. Terima Kasih Kakak kerana sudi menjaga saya ketika saya di servis!

Moral of the story: beringat sebelum kena.

Ajen saya yang effisien ni merangkap uncle saya boleh dihubungi di talian berikut.. ceh ceh.. macam iklan lak.
    

kakak  n me
 kami lagi cam whore
 mesin overhaul! haha
 pose boring2
 nyum2.. lapala..
 mesin servis.. sapa nak cuba?

Sekian

Saturday, 22 January 2011

Makan di FEND Kelana Jaya

Salam,
Perkara paling susah dalam hidup bila nak buat keputusan.. dimanakah mahu makan? semua orang mesti tolak masing-masing untuk buat keputusan. Tapi aku tak ada masalah sebab driver memang akan dapat imuniti dari membuat keputusan. Oleh kerana aku adalah driver sepenuh masa, maka ada la beberapa tempat makan yang aku biasa pergi memang sedap giler.

Salah satu kedai makan yang sedap namanya FEND di Kelana Jaya. Kedai ni diperkenalkan oleh Mr.Nice Guy. Sini makan memang sedap giler.. erm.. nyum nyum.. bila makan sekali pasti nak lagi. Masakannya simple je.. Pari bakar, ayam bakar.. dan ikan bakar. Kalau tak caya cubalah! Terletak di deretan kedai2 belakang Giant Kelana Jaya.

erm.. nyum coleknya.. pergh..meletop letop
sup pun ada kaw punya
mak n yong pertama kali makan.. mereka dah bising2 mahu makan sini lagi. haha tak sabar nak makan nie
papa pika pika
siapa tah minah ni
isk gejolohnya
sorry makteh, makteh bau busuk la.. makngah n makteh ni suka kacau pika..
Jumlah pemakan : 5 dewasa
Total RM55.. ka ching
sekian di FEND

Thursday, 20 January 2011

Sea Food Garden terbaik di Tanjong Malim

Salam,

Selamat Menyambut Hari Thaipusam bagi yang beragama Hindu. =) dan Selamat MenCuti-cuti bagi yang dapat cuti hari ini. hehe..bereh..

kalau semalam aku cerita pasal makan shabu, harini aku nak cerita pasal makan lagi.. tapi kedai yang aku maksudkan ialah di kampung ku Tanjong Malim. Masakan Cina (Halal) yang famous sekali. Setakat ini tak pernah mengecewakan aku ketika membuak-buak lapar.

Bila ada yang dapat bonos akhir tahun.. maka adala yang akan belanja kan.. haha. Suke suke.. I love u sistah n brother. semoga panjang umur dan murah rezeki dan anak banyak2. ..hahahaha hahahahaa hahahahaha gelak bersungguh-sungguh.

p/s:Bagi yang wish aku besday dan melawat aku di hospital.. terima kasih banyak2... korang memang best!!! nanti aku cerita apa dah jadi kat aku.. tunguuuuuuuu........ hahahahhahaha

mak dan anak (sama tak?) haha

klassik kan kedai nie
se familas milas
aku pulak tukang tangkap
PIKA N Nenek!
Makteh, Pika n Nenek!
Makanan lazat nyum nyum ..
Sedap nyummmy yo .. terliur plak.
Slurp slurp.. lapa nya


ha.. macamana.. terliur tak??


Sekian makan. total rm 90. =) ka ching!

Wednesday, 19 January 2011

Mari Makan Shabu

Salam..

Macam controversi je tajuk.. haha.. padahal sebenarnya Nama Kedai : Shabu-Shabu dekat Time Square. Makan dengan kakak sebab nak tengok year end sale. Kelabu mata tengok diskaun sehingga 80%. membuatkan penderaan perang psikologi semasa lalu tepi baju yang cantik boleh dapat rm 20 jer. masa itu la hati dan otak tidak dapat diselaraskan.. lalu berlaku pertelingkahan besar di dalam diri yang akhirnya menyebabkan konflik dalaman yang tidak ada sesiapa pun yang mungkin boleh paham. diantara pertelingkahan hebat yang berlaku adalah :

Hati: "Isk baju polo ni mmurah betul.. diskaun sampai 70 % ni.. eh.. kalau kira2 baru berapa je sepasang..
Otak: "kau gila ker.. mana boleh shopping lagi, kau kan dah banyak shopping nie... nanti tak cukup duit hujung bulan aku jugak yang susah babe"
Hati: "Tapi bukannya selalu dapat sale camni Tak.. (merujuk pada otak)"
Otak:"kesian kat aku hati.. hujung bulan aku jugak yg pikir macamana nak buat isk isk"

konflik dalaman menjadi semakin kritikal.. lalu otak pujuk hati

Otak:"JOM MAKAN Shabu-Shabu NAK!!"
Hati: “Yahuu!! Yey! Aku sayang kau Otak.. "
Otak: "dah dah jangan nak mengampu! aku nak pikir ni.. mana jalan nak ke Shabu2 nie..”

haha... kesian ko otak.. Jom semua main masak2 yer..


Pemakan Shabu-Shabu

Telor robos!

Shabu-Shabu

Cam whore me!! haha.. bg can la..
Nyummy delicious.. Kakak n Adek Kakak nak cuba manja.. mana tahu adek akan bayar semua.. ahaha
Goreng pon sodap..


sekian..

Thursday, 6 January 2011

Belajar Sesuatu.. ehem ehem

Salam,
SELAMAT TAHUN BARU buat semua pembaca2 blog yang selalu datang sini .. haha.. semua pembaca yang kusayangi..

Haha.. berbalik pada topik kita hari ini, minggu ni aku dah belajar 2 perkara baru yang tak mungkin akan ku lupakan sebab ini adalah sesuatu yang unik dan korang pun mesti akan ingat punya la. haha

Yang pertama telah diperkenalkan oleh Nuar

Menurut Bar Gelintar Dewan Eja Pro yang telah di install ke dalam PC aku nie.. menyatakan bahawa :

barai; terbarai

1. jatuh bertebaran: buah langsat yg dikendongnya itu terbarai apabila karung itu koyak.

2. sejenis siput air tawar, Lingular spp



haha.. siput la..  yang berbulu dan bentuknya pelik.. owh.. owh.. apakah ini..


Pelajaran kedua dari Hafiz

Sejenis Makanan.. namanya .. ok malu nak taip.. ah ...ah... ok baca la sendiri.. haha..
adakah patut dipanggil begitu??
erm.. ok .. no komen.. ahh.... ahh.. haha


Minggu ini saya dah diperkenalakn dengan sejenis pokok yang lucah dan sejenis binatang yang seksi.. haha
Harap anda semua tidak terpengaruh dengan anasir2 yang seperti ini setiap hari takut kepala boleh panas dan JAM.. haha

Selamat Tahun Baru semua.. semoga happy2 selalu.
Sekian