Wednesday, 30 March 2011

Biar betol Nak Pindah Rumah dalam tempoh 4 Hari je

Salam,
Minggu yang penuh dengan pancaroba...
Bila tuan rumah minta pindah..
Pening tak tahu nak mula dari mana nak kemas barang sambil itu tengah sibuk kerja.
Owh.. nak start dari mana nie..

Ok break kejap

Keluarkan kertas.. kena buat brainstorming...
Erm.. susah nak fikir..

Tangan cramp..

Otak jam..

-
-
-
Ok kita dengar lagu dulu..

=)



Who says??

Friday, 18 March 2011

Cerita Pasal Makan di San Francisco Bangi

Salam,

Pertama
Kak Nose.. saya rindu kakak..
Maaf tak balas ym sebab tak ada kat bilik.. bila masuk tengok akak dah offline.
sorry kak n i miss u kak.

Kedua
erm..permohonan maaf ini juga ditujukan buat rakan2 yang menyampah dengan aku yang tak reti2 nak balas ym atau fb or message mereka.. the reason is that i dnt exactly stay at my room in d office, and.. also i've lost my sim card twice dalam tahun ini je. terukkan.  Maaf yer. haha convince tak?

Ketiga
Haritu aku telah dibelanja oleh kakak yang baik hati di Pizza San Francisco dekat Seksyen 8 Bangi.. Ayoyo.. banyak suka.. makan fish.. of course my feveret now. Kakak makan chicken. n we have our dessert too. =) YEY!!! sehingga aku berkata : Oh lala!

Keempat
Disebabkan sibuk kerja yang keterlaluan .. aku terpaksa batalkan trip aku ke Padang, Indonesia bersama momok tercinta.. terpaksa burn je tiket n bayaran hotel yang telah dibuat 2 bulan yang lepas.. sob sob.. =( Nasib baikla, my auntie available to accompany my mom.. kalau tak.. kesian momok..

Kelima
Kesihatan agak terganggu lately, batuk n rasa nak demam.. need ubat! nak suap sekali boleh??. ahaha (opps)

Keenam
Perkara yang tidak harus dipandang enteng ialah, aku perlu mencari rumah sewa yang baru.. tuan rumah bg notis pindah.. ****** betul.. dengan alasan dia nak duduk rumah. Adeke nak suruh pindah hujung bulan ni.. gile ke apa?.. misi mencari rumah masih belum dilakukan dek kesibukan yang sangat dahsyat! haha

Ketujuh
Kepada sesiapa yang sedang mencari penyewa yang bersopan dan menjaga rumah dengan baik, atau tahu akan orang yang mahu sewa rumah rumah kepada penyewa yang bersopan dan menjaga rumah dengan baik  .. maka sila info kan pada penyewa yang bersopan dan menjaga rumah dengan baik ini di emel berikut:  leezarule@gmail.com haha

Help help.. kawasan bandar baru bangi tau.. tq

budak baru balik kerja
 ni tisu paper dia 
 my lemon tea n chocholate 4 kakak
 ini kakak punya.. nyummy!!
 ini adik punya!! yum yum ek o ek o..
 banana boat haha
 Pizza San Francisco
 The Menu.. nak ni nak tu nak yang ni jugak.. haha
 tq accountant

Sekian.

Tuesday, 15 March 2011

SENSITIP!!

Salam,

Semalam aku balik lambat kerja lagi dan of course la minggu ni n minggu lepas memang sibuk giler balik malam2 macam tak hengat jalan pulang ke rumah sebab asik fikir nak siapkan kerja kerja kerja. ini bermakna KOSTUM yang aku pakai ke ofis adalah sangat SEKELEH macam budak sekolah tadika, sebab baju tak iron pun, dengan tudung senget2 muka takda make up dan bau macam kandang rusa. (ya rusa busuk.. sebab masa pergi zoo nak tengok rusa yang comel, bau rusa macam nak cakap UHHHH!!!!! busuk nya kau! ) 

Sebelum sampai rumah bujang,
kena makan dulu sampai kenyang,
pastu baru balik dengan hati senang,
boleh tidur begelimpangan.

**haha macam pantun.

Bila diri sendiri kurang terurus maka, perasaan akan jadi sangat sensitif. So bila ada yang carik pasal memang muka aku akan jadi macam kura2.  










So kadang2 kita kena la menjadi warga yang sensitif terhadap persekitaran kita, kalau kita tengok kawan kita muka seperti mahu makan palet kura2, maka kita jangan carik pasal atau provoke kawan kita seperti ini :

"apesal aku tengok ko macam takda mood je, hutang keliling pinggang ke?"
                                    atau
"ko ni takda mood je manjang.. laki kau ada perempuan lain ke?"

sila jangan buat begini sebab perbuatan begini mengundang bahaya yang amat dasyat seperti peristiwa kasut naik junjung. Baiklah rakan2 nampaknya masa yang saya ada sangat jeles dengan saya jadi sebelum saya letak noktah ..izinkan saya berkongsi kedukaan tsunami yang melanda negara Jepun.. dengan ucapan pada kartunis berikut.. "Come on man!! please be sensitive"
Nok-tah .

Wednesday, 9 March 2011

Alahai Sedapnya Laksa Kuala Kangsar!!

Salam,
Apakah yang anda fikirkan jika perut rasa lapar dan kedai makan takda! oh.. terseksanya..
Kemudian, buka folder jalan2 cari makan dan nampak Laksa Kuala Kangsar yang aku makan haritu dengan Momok n kakak. Dem!! oihh.. seksa seksa..

Perut rasa makin lama makin lapar... dah telan air liur beberapa kali.. oh.. sedapnya tambah2 makan dengan Cendol.. oh.. telan air liur sekali lagi. Sedapnya tak terperi sehingga menjilat sudu.. dan pinggan mangkuk. Kalau tak caya cubala.. haha tapi jauh la bagi korang yang duduk dekat KL atau Selangor.. telan air liur jela..

Setelah aku teliti dan pelajari hanya terdapat satu cara je yang memungkinkan aku untuk makan laksa dan cendol Kuala Kangsar ni.  Iaitu dengan adanya joran ajaib ni dari Doremon. Kalau aku dapat pinjam kejap dari doremon ni bagus jugak.... "oihh doremon pinjam jap joran ajaib tu.. aku nak makan laksa la.." bestnya...hahaha

Tapi aku tahu semua itu tidak mungkin akan terjadi..Ouuiihh... ni la yang sedap giler tue! ko tengokla sebijik telur dengan kuah laksa.. tak ke gila aku dibuatnya.. haha
Oiiihh.. ni lagi sedap!!! slurpp!
Ha ko tengok gejoloh tak aku makan.. haha
Tepi sungai perak.. ceh ceh..
Bila perut kenyang maka aksi2 begini akan keluar
Ya sekali lagi meroyan dah sampai
anak beranak ranak
Kat atas bukit tu ada Masjid Kuala Kangsar yang sangat Santek!!
Mari Balik bila hati sudah kenyang..haha
Haha.. tapi nsekarang  ni aku lapa.. sapa nak bawak aku makan nie!!!

erm.. sekian