Thursday, 28 April 2011

My Own SPaCe

Salam,
Kadang2 kita perlukan waktu untuk bersendirian.
Kadang2 kita perlukan ruang untuk menyendiri.
Kadang2 kita mahukan orang faham kita mahu bersendiri.
Kadang2 kita mahu otak untuk fikir pasal diri sendiri. hahaha

Kalau bersendiri tu maksudnya kat sebuah pulau yang pantainya bersih, ombak yang menghempas pantai disambut bayu yang bertiup.. oh great! dat is so goooood!


Atau..

Kalau dapat sebuah bilik yang penuh dengan barang2 yang comel dan bau bilik yang nyaman sekali sambil ada sebuah katil dan sebuah TV siap dipasang astro beyond! oh damn great!


atau kalau tak dapat semua tu..

ini sudah memadai

Kalau ada sebuah meja dn kerusi untuk aku duduk diam2...

=)

Komen Muvie The Roommate & Love and Other Drugs

Tajuk dia macam seram je bunyinya.. bila tengok memang agak seram la jugak.. citer pasal roomate yang ada masalah psychology.. jalan cerita dia menarik sebab jln cerita tak dijangka. watak yang di bawa pun menarik sebab perempuan tu fashion designer dengan hero lelaki yang agak cool sebab dia drummer band. best dan tak bosan. aku bg 4/5.  

cerita ni plak pasal seorang lelaki kasanova yang sangat pandai buat sale terutamanya pada perempuan. hehe.. tapi bila tengok kat wayng banyak potong sebab dia 18 ke atas.. so kadang2 macam tak paham sangat. Tapi secara keseluruhannya cerita ni memang schweet giler dan romantik. Boleh bikin air mata jatuh berjujuran.. Bila lelaki ni berjumpa dengan soulmate dia.. dia terus tak jadi kasanova dah.. akhirnya dia pilih nak hidup dengan pempuan yang dia sayang tue.. hehe.. aku bagi 4 1/2 over 5. best best!

Sekian.

Wednesday, 20 April 2011

Sarawak kali 2

Salam,

Pada 14 April haritu, aku dan rakan2 pergi ke sarawak lagi buat kali ke 2, bermakna impian aku untuk makan mee kolok akan tercapai. hahahahaha..hahhahahha..hahahhaha.. sawan ketawa.

Disamping menyambung aktiviti membeli ikan terubok masin dan kek lapis. Oh.. kali ini rombongan kak limah lagi besar dari haritu. So akan jadi lebih meriah bukankah? Kali ini cita2 ke sarawak adalah untuk melihat buaya sungai rajang dan menggosok-gosok kepala buaya seperti seekor kucing yang manja. ya aku akan mencari buaya kali ini. kenapa aku begini, oh aku lupa  makan ubat rupanya. ok sambung jap lagi.

sambung...

Bila fikir kalau aku tak tulis sambung pun korang bukan tahu aku berhenti menulis. tapi takpela. takkan aku nak padam apa yang aku dah tulis nie. Ok setibanya di airport kuching, kami telah diangkut beramai2 ke Hilton... Bila sampainya kami kat sini tetiba, nama kami semua tak di book kan lagi.. aduhai.. apela nasib.. takperla, kami pun menunggu di lobi sejam dua jam.. ala kejap je.. kan.. bukan 10 jam pun. lalu kak cah bertanya.. betul ke kita duduk sini? erm.. ntah2 bukan hotel ni.. sebenarnya hotel HALIMAHTON.. aku :"a ah la kak cah ntah2 sebenarnya kak cah salah dengar ..kita duduk HIL.. TON ... (ton disebut bahasa malaysia baku).." ala.. macamana nak buat nie ni dah salah hotel la.. ini maknanya otak dah jam.

Sebab dah penat maka kami lepak2 kat lobi macam pendatang asing kena hantar pulang beramai2. Lepas dapat bilik tu, ingat boleh lepak2 ke, takda maknanya... ko siap2 sekarang.. ko pergi kerja.. Malam tu jam 8.30 kerja pun habis dan kami semua dihantar makan mee kolok. Yabedabedu!!!! dalam perjalanan pergi aku menyanyi-nyanyi di dalam hati.. "aku suka singkong kau suka kolok.. hoi hoi.."

Sling beg yang menjadi kesukaan aku bila travel
 Selamat tinggal Kuala Lumpur.. selamat tinggal rumahku.. selamat tinggal semua.. tunggu aku pulang ya..
 Team Kak Limah
 Team Hussin
 Kalini aku mesti dapat tengok buaya
 Row row row your boat gently down the stream..... hahaha
 Walaupun nyawa aku macam nak melayang naik menatang ni, tapi tetap ku gagahi juga...
 Ha.. ko tengok.. ko tengok.. ramainya umat nak beli kek Mira nie..
 Malam dinner.. Mulus tak kulit aku? hahhaa
 Cocok jangan tak cocok..
 Chef yang sangat comel..
 Kak cah dan aku makan malam... aku amik hot chocolate.. kesian aku batuk2 dan demam sepanjang di sarawak..
 Pulang!!!!.... pergh! ceria kan?  hahahaha....
 Kat airport kuching, mai secawan!
Sekian aku di perantauan.

byue.

arios.

amigos.

tatas.

Tuesday, 19 April 2011

Pergi Kerja di Sarawak sambil2 tengok negeri orang

salam,
kalau nak kira ada sebulan tak update. sebab saya tak berkesempatan untuk masuk blog.. maaf ye semua.

Sebenarnya aku telah ditugaskan untuk bertugas di Sarawak.. berkampung di Kuching. So lompat2 kegembiraan sambil cakap yes yes yes!!.. seronok dapat kerja sambil tu boleh jalan2. Walaubagaimanapun, sebelum aku boleh terbang dan berjalan2 maka tugas yang perlu digalas juga adalah berat dan besar. tapi yang bestnya bos aku dah delegate siap2 dan buat perancangan, so takla rasa terbeban sangat. hehe

Maka pada 3 april kami segerombolan rombongan kak limah pun bertolak ke sarawak, tarikh pulang 7 april. ada berapa hari semua? bagus.. 4 hari.. kalau kerja 3 hari so hari last boleh shopping kan? haha.. kek kek lapis... ikan terubok masin.. key chain.. mari mari..

bila balik muka aku terbako.. sebab aku main panas.. kena bako matahari. selain itu, makanan yang aku tak boleh lupa adalah mee kolok sarawak special.. gila nya dibuat..memang aku gila.. sampai balik ke sini aku masih ingat mee kolok.. sesiapa kat saraawak tu boleh pos tak?? haha.. mee kolok.. mee kolok... aku laparkan kau..

ok gambar kat bawah ni pose aku sama tapi tempat berbza.. haha... satu kat opis satu kat klia

 masa ni kami semua makan makan dengan gembira.. nampak aku tak? sapa paling gembira?
 ni perkampungan budaya dekat sarawak... masa pergi ni dah tutup dah.. so bergambar jer..
 macam penyambut tetamu tak?? hahaha bos aku pon layan posing jugak..
 ni titi buluh.. ko reti naik?? ko reti?? itula yang kawan aku kat depan tu cakap haha..
 ni la aku .. gomoknya.. ew ew...

So pas gi sini, kitorang jejalan kat waterfont.. hehe.. sopping!!..