Tuesday, 10 May 2011

Selamat Hari Lahir Manda!!

Salam,
Yey! Selamat Hari Jadi for Manda.. ke 3 tahun
Dah besar dah anak dara sorang ni..

Haritu aku n kakak n Zetty buat surprise for Manda.. Punyalah seronok budak kecik nie. erm.. paling dia tak sabar nak tiup lilin dan nyanyi lagu besday untuk diri sendiri.. tak ke comel gitu.. Budak ni memang suka berposing.. hehe.. tengokla gambar2 dia.. super cute...

Haritu kami celebrate kecil kecilan jer.. Bila habis celebrate aku pun terlena sampai pagi...
Bila bukak mata.. ehh.. nak kerja la... alamak.. balik bangi dengan tak mandi sampai kul 7 pagi..
siap2.. mandi laju2 then pergi kerja dengan selamat!! YEY!!!

oh..sekarang ni terasa miss budak kecik nie.. manda.. manda...
 mam pina n mama manda
 Besday cake 
 "jangan cuba buli i k.. nanti cucuk u!" hehe
 auntie pisa n manda.. hehe...
sapa lagi comel? ha?
Sekian.. salam hahaha

Friday, 6 May 2011

Its Not that easy to be a blogger!!

Salam,

Topik hari ini adalah tidak mudah menjadi seorang blogger terhebat ternama dan terjenama. Ko kena komited, dedikated! educated! dan semua yang ted tu la. Setakat ini sudah mencapai juta-jutaan blogger yang terdapat di Malaysia. Tumbuh macam cendawan lepas hujan..(ntahla kenapa pepatah cakap cam cendawan padahal rasanya cendawan ni takla tumbuh cepat sangat) ok..

Berbalik cerita tadi. Salah seorang blogger itu termasukla diri aku sendiri. Aku start berkecempung dalam blog ni pun bermula tahun 2009, pertengahan tahun. Mula2 tu hanya suka2 sebab aku ni memang suka perasan dan cerita pasal diri sendiri dalam diari. Setelah itu, seorang kawan telah ajar aku buat blog sebab ia lebih praktikal dan mudah maka terciptala Blog Leezarule. Kemudian, berlaku sedikit babak sedih dalam kehidupanku sehingga menyebabkan aku menutup blog Leezarule ni. Aku berhenti dalam 2 ke 3 bulan jugak sebelum semangat untuk berblog kembali. Lepas habis bertapa maka terwujudlah Blog Baru aku iaitu Nova Leeza. Kenapa Nova? sebab maksud nova adalah bintang yang baru lahir. So dengan perasan aku pun guna nama Nova. Tak gitu.. hehe.

Kiranya dah hampir 2 tahun la jugak aku berblog ni. Tapi aku bukannya blogger yang sangat aktif. Aku berblog kerana aku suka menulis. Tabiat suka menulis ni diibaratkan macam kita korek hidung.. kalau tak buang tahi idung mesti rasa tak selesa.. so boleh bayangkan tak? hahaha sungguh keji ayat.

Lalu, bila ada masa lapang dan idea aku akan menulis. Kadang2 aku pun tak tahu apa yang aku tulis sebab kebanyakannya aku merapu je. Tapi aku seronok dapat tulis kehidupan yang aku sedang jalani, walaupun tak semua benda aku share kat sini, tapi aku seronok bila tengok ada pelawat yang datang. haha.. ntahla korang datang sebab suka tengok aku merapu ke korang suka datang sebab aku paksa korang datang.. haha.. tak kesah janji ada orang datang dah buat aku gembira.


ok. tak nak cerita pasal ni dah. nanti bosan. Aku tengah fikir nak bela haiwan peliharaan ni. Kan dulu aku penah citer pasal MIMO n MOMO yang aku bela, memang kura2 da ekor tu dah gemuk dan besar. Kuat makan dan semakin kuat berkarate. Tapi sebab mak aku yang bela dierang ni, so aku tak sampai hati nak ambik. Mak aku bilang "Biarla mak bela.. takda la mak sunyi sangat".. erm.. mak aku ni sunyi ker? sedih plak aku dengar..

Jadi aku rasa dah berapa harini aku asik fikirkan binatang apa yang aku nak bela. Diantara senarai aku adalah kucing, anggora(arnab), labi2, ayam, ikan kelisa, ikan emas, sugar glider, monyet, kambing, koala bear, semut, cicak besar hijau yang mata besar tu apa nama dia, dan juga semut api. ha semut api?? ohh... susahnya nak fikir. Tapi aku nak bela binatang yang tak susah nak jaga sebab aku kan selalu outstation jadi binatang ini perlu mempunyai daya ketahanan mental dan fizikal yang kuat. hahha.. 

ada tak idea nak beli apa??....

Minggu lepas aku ngn mr nice man pergi tengok wayang cerita THOR 3D!! Dam great. Rugi giler kalau korang tak tengok citer ni. Kitorang dapat sit paling depan sekali, disebabkan movie 3D so tak la terasa sakit kepala duk depan sekali. Memang best! Bila cerita ni habis aku rasa tak nak bangun.. nak suh dia sambung lagi cerita nie!! Tolongla!!! Tak nak bangun!! Tak nak bangun!!

So rate yang aku bagi kalau 5 markah penuh.. aku bagi 5 1/2. overrated! haha... suke suke..

Tapi sebelum tu korang tolongla aku pikirkan binatang apa yang aku nak bela nie... aduh..!



Sekian dari gadis bintang!