Monday, 27 June 2011

Cinta itu Milik Siapa?

Salam,
Cinta .. kenapa cinta?
Cinta; yang dikasihi, yang disayangi, perasaan suka,
Cinta pandang pertama, cinta sebelah, cinta monyet, cinta berahi

Manusia dilahirkan dengan perasaan cinta. Cinta pada Allah, cinta pada ibu, cinta pada bapa, cinta pada adik, kakak, abang, cinta pada kekasih. Cinta itu unik, tidak boleh dipegang, tidak boleh disentuh, tapi ia boleh di rasa dengan hati. Hebatnya cinta itu kerana Cinta tidak dapat dilihat tetapi Cinta mampu membuatkan manusia merasa sempurna merasa gembira, puas dan cinta juga mampu membuat hati jadi risau, sedih, putus asa dan hilang pertimbangan.

Setiap yang bernyawa pasti pernah merasa Cinta. Kadang-kadang cinta itu sakit sekali. Kadang-kadang cinta itu bahagia sekali. Aku juga akur, pernah merasa sakit, sakit yang teramat dalam seperti tidak mungkin ada ubatnya lagi. Tetapi Tuhan itu Maha Penyayang.. kesakitan itu akhirnya berlalu dengan masa.. Kemudian, cinta itu tiba lagi, mengetuk pintu.. cinta itu tiba lagi.. 

Bagi cinta yang bertepuk sebelah tangan; cinta itu tidak kejam. Cinta itu hanya tidak jatuh pada hati yang empunya. Jangan pernah berhenti mencuba mencari cinta.. Cinta kecundang; apabila kemanisan cinta itu berakhir. Itu takdirNya. tiba saat cinta itu perlu pergi. Jangan halang, jangan meronta. Kerana cinta itu bukan milik kita. Cinta buta; cinta itu tidak buta, cinta itu indah, cinta itu istimewa, tetapi cinta mampu menolak kita menjadi hamba yang tidak mampu berkata tidak. Cinta itu jika disalah erti, akan mengundang bahaya. waspada dengan cinta kerana cinta mampu mengatasi segala-galanya. Cinta hingga ke akhirnya; Cinta yang lahir dari dua hati yang ikhlas. Cinta ini tidak akan berhenti di penghujung nyawa. Cinta itu menantinya di sana. Cinta ini adalah anugerah bagi insan yang bertuah. Cinta ini cinta ibu dan ayah ku. Cinta hingga ke syurga!


lagu ni aku dah replay sampai speaker pc mogok.. hihi


Buat arwah ayahku,
Aku sayang padamu.
Al-Fatihah
Cinta kau dan aku..
Aku doakan cinta itu juga milik ku.
Sekian.

Friday, 24 June 2011

REVIEW FILEM BLITZ

Salam,
Minggu ni, aku ke panggung wayang lagi. terfikir sejenak kenapa dia panggil Panggung? kalau huruf A diantara P dan N ditukar jadi U.. isk .. oh no no no no... cut --------

BLITZ


Cerita dia sedap jugak, kisah pembunuhan anggota polis. Sebab pembunuhan adalah dendam pada anggota polis yang pernah tangkap dia. Cerita dia tak heavy sangat.. boleh layan dan tak boring. Tapi takdala action yang melampau macam kereta terbalik..helikopter terhempas mahupun kebolehan luar biasa untuk terbang tanpa sayap ke apa ke.. memang cerita logik.. macamana nak selesaikan kes pembunuhan. Itu la yang penting! memang flow cantik tapi tekejut skit2 tu adala. Cerita ni macam kat sebelah Britain sebab loghat dia lain skit.

sekarang tiba la masa untuk memberikan bintang.. aku bagi.. drum skit..
 = 3 setengah bintang!! yey!!

sekian dari miss nova!

Thursday, 23 June 2011

KOLAGEN??? Apa rahsianya?

Salam,
Anda tahu ke apa tu kolagen? memang pun selalu nampak kat kedai2 jualan produk kecantikan mesti ada botol yang tertera minuman kolagen, pati kolagen, shampoo kolagen.. dan macam2. Tapi tahukah anda apakah itu kolagen? cewah2 macam penjual jamu tak?

Meh review skit khasiat dan kebaikan kolagen, kalau cerita dari sudut sains : kolagen adalah struktur protein yang berfungsi sebagai perekat dalam badan dan  lebih kurang satu pertiga dari struktur protein badan adalah terdiri daripada kolagen? ha.. nganga tak?.. hehehe

Mudah cerita, kolagen adalah agen yang membantu untuk membina dan mengekalkan kulit untuk menjadi sentiasa nampak muda, berseri dan sihat. Korang mesti nak nampak muda selalu gitu kan? highlight skit. Kolagen membantu proses pertumbuhan sel, so bila kurangnya kolagen dalam badan maka kulit korang akan mula berkedut. Ini kerana makin kita berusia,maka kolagen dalam badan makin berkurangan. so apalagi kenala amik KOLA-AGEN tambahan...haha

Senang paham, senang cerita, kalau korang nak cari produk, carila yang ada kandungan kolagen, bukan produk kecantikan macam bedak, blusher je, losyen tangan, syampoo, minuman dan macam2 lagi. Tapi yang penting kena ada kelulusan kementerian kesihatan ok!! baru dijamin selamat. Korang kan nak nampak awet muda selalu gitu!

Haritu, masa aku lalu kat tepi meja kawan aku, aku nampak produk losyen tangan yang dia pakai, nampak best, so aku cubala.. nampak kat label ada tulis kolagen, bila cuba.. memang best la! aku ni penggemar losyen tangan jugak, walaupun selalu lupa nak pakai, tapi memang kaki losyen jugak dan produk ni adalah diantara yang TERBEST aku penah jumpa. tak caya.. cubala!

ST. IVES RENEWING COLLAGEN ELASTIN!
susah skit nak dapat, boleh cuba cari di guardian atau watson. harga lebih kurang RM 23.00 (botol besar)
 

erm.. sdap baunya... ini bukan iklan berbayar.. so bila aku rasa produk tu betul2 best baru aku akan cerita kat blog. lagi satu, kita kan kenala selalu nampak muda dari usia.. barula ehem2 korang sayang!!! tak gitu kak sha??... aww patutla abang u sayang u selalu kak.. hihhi

sekian =)

mesej dari wanita prihatin untuk wanita yang prihatin. =)

Wednesday, 22 June 2011

Selamat Pengantin Baru buat Nuren dan Mino!!

Salam

Nova : Babe.. macamana agaknya kalau kita dah kawin nanti kan? nanti ko bawak anak ko.. aku bawak anak aku..
Nuren : haha.. tula.. tak sangka kan.. kita dah besar dah nak kawin... lama babe kita kawan
Nova : erm.. tula.. =)

4 JUN 2011, Sabtu
Majlis Pernikahan Nuren dan Mino

Nova : Babe.. tahniah ko nak kawin lagi beberapa jam je
Nuren : haah babe.. aku takut la jugak..
Nova : Jangan takut.. aku ada.. lagipun harini hari bahagia ko babe..
Nuren : Thanks babe..

Satu pertemuan yang indah yang ditentukan olehNya, aku mengenalimu sejak kita dibangku sekolah.. Kita mula sekelas sejak darjah 4 sehingga sekarang masih tetap bersama... sentiasa ada di kala aku memerlukan mu. Thanks babe.. Im so happy 4 u! semoga berkekalan hingga ke anak cucu!! amin!
Cute kan?
Manja gitu

Pengepit i ni tau

Rumah pengantin perempuan

Masa di rumah pengantin lelaki di pahang


Ha, ni la zaman aku sekolah dulu.. cute ke tak cute? amikla tatap puas2.. aku n nuren sekelas sejak sek. rendah.. kalau pandai carila.. hehee

Sekian..
 sedihla pulak.. rindu pun ada..

ARNAB PELIHARAAN SAYA!!

Salam,
Sambil memblog sambil mendengar lagu jiwang pun best jugak.. Song by Maddie Jane, Jar of Hearts. Yes kelakuan buruk adalah suka dengar sesebuah lagu maka akan pusing lagu tu sampai beratus2 kali. Pernah masa zaman universiti dulu, aku dengar lagu yang digemari secara berulang (click repeat kat window player) selama seminggu. Budak bilik memprotes sehingga rasa nak muntah bila dengar lagu tu.. ahaha... best kan ada perangai camni sebab takan mudah jemu kalau dah suka sesuatu barang, lagu atau binatang =)

Oh ya, cerita pasal binatang ni, haritu aku ada menulis pasal tengah carik binatang peliharaan bukan? so, ada la seorang member aku masa zaman matrikulasi pulau pinang dulu, jejak kasihan bermula bila dia keje kat tempat kakak aku kerja. so dia adalah staf kat tempat kakak aku kerja di mana dulu aku pun pernah kerja sekejap kat tempat kakak aku kerja ni. Faham tak? tak faham takper, sebab aku pun kadanag2 berotak lembab. Senang cerita, aku berjumpa balik dengan Syahida ni, dia ada seekor anggora yang hendak di kasi orang kasi bela? bila dia terbaca blog aku pasal aku tengah cari binatang nak bela, maka dia suh kakak aku tanya kat aku, samada aku nak tak?

. . . Jadi dengan sepantas kilat aku mencapai telepon, aku pun menelepon syida ni, "Shidah, ko ada binatang nak kasi orang bela kan? hahaha.. AKU NAK AKU NAK!!!" gejoloh sekali bukan?  haha...

Plan punya plan, pospon punya pospon, akhirnya rabbit tu pun sampai la kat rumah aku.. WOW!! the happiest MOM everla! cewah terus naik pangkat jadi mummy.. dem! he's so cute n tame!!! i LOIKE! so kemungkinan adalah besar untuk binatang itu tinggal bersama2 untuk selama-lamanya.. cewahh! so bila fikir punya fikir dapatla nama dia = JOJO!

Tak payah tanya kenapa namakan dia jojo sebab sebab dinamakan jojo adalah??
1. sebab jojo nama binatang lelaki
2. sebab jojo ada baka halimah jongang hehe just kidding
3. sebab bila panggil dia dengan nama jojo dia akan pandang kita
4. sebab dia suka dengar lagu jojo - too little too late
4.. haha.. berapa banyak daa...

Hari kedua, jojo di grooming oleh aku sendiri selama 2 jam di dalam washer machine.. hehe.. sampai takut si jojo ni nak keluar sangkar lagi.. isk isk.. whatever pun dia dah berkilat2 sekarang. huh! tak sabar nak balik rumah jumpa jojo!

ni masa jojo mula2 sampai rumah.. comot kan?
kecian dia...


ini adalah hari kedua selepas dimasukkan ke dalam mesin basuh dan dijemur di ampaian menggunakan klip baju.. hihi
im not a dog im just a rabbit! meow meow!

sekian.. me n jojo! muah muah!

Friday, 17 June 2011

Review Filem Minggu ini

Salam,
hari ini adalah hari Juhmahat dan esok adalah hari Shabtu. Ini bermakna, esok adalah cuti umum.. Yahuuu!! gembiranya rasa hati bila boleh cuti2 malaysia nie. Sepanjang minggu ni boleh dikatakan kerja aku memang mengahadap panggung wayang.. Banyak jugak cerita yang aku dah tengok sepanjang minggu nie.. diantaranya adalah :

1. PRIEST
2. SUPER 8
3. GREEN LANTERN
4. FAST FURIOUS 5
5. PIRATES OF THE CARRIBEAN (yang tu dah review)

Kebanyakannya International Movie. Nak kata aku tak minat cerita Malaysia tak jugak sebab aku memang layan jugak cerita Melayu ni.. cuma tak berkesempatan lagi kot nak mengejar masa nak perabih tiket wayang nie. hehe meh aku nak komen satu-satu cerita yang aku tengok nie..

PRIEST
Cerita ni mengisahkan pasal PADERI di dunia ni merupakan penjaga kemanan yang dilantik berdasarkan bakat yang ada iaitu kemahiran berlawan dengan Pontinak.. Pontianak ni muka memang huduh sangat la tak macam cerita Twilight tu, memang hensem kalau nak gigit pun aku kira free la amik darah nie. Tapi Pontianak ni memang hodoh dan mereka ni duduk di kawasan yang telah di rezabkan. Tapi sebenarnya pontianak ni memang ada plan nak berperang semula dengan manusia. Ketua pontianak ni adalah kawan baik hero paderi tu, sebab Queen pontianak tu dah masukkan darah dalam badan kawan dia, so kawan dia memang jadi jahat. Aksi berlawan dengan pontianak memang agak best.. dan akhirnya paderi ni menang jugak. Maka selamatla dunia. Agak karut la cerita ni kalau budak kecik tengok boleh terpesong akidah.. kalau tua bangka macam kita ni.. paham2 jela.. haha.. so kasik
 = 3 BINTANG



SUPER 8
Cerita ni mengisahkan sekumpulan budak sekolah yang tengah buat projek merakam plot cerita pendek untuk masuk pertandingan filem pendek.  Tapi masa mereka tengah merakam kat tepi stesen keretapi ni, tetiba berlaku kemalangan keretapi yang ngeri .. aku pun ada rasa tak logik jugak sebab hebat sangat keretapi ni terbang2.. Rupanya tu adalah keretapi tentera yang mengangkat muatan rahsia.. jeng jeng jeng.  Masa kemalangan itu berlaku, cikgu sekolah mereka terlibat sama. Banyak perkara aneh berlaku di kawasan tu selepas kemalangan keretapi ini berlaku.. kemuncak apabila salah sorang budak perempuan dari kumpulan mereka telah diculik. So budak2 ni nak selamatkan kawan diorang ni la.. Nak tahu lagi apa benda tu?.. haha tengokla movie ni k.. ok ok.. tak tak aku cerita, itu adalah keretapi yang menagngkat alien.. so alien ni la yang bikin kacau kat tempat tu.. hehe.. seram tak? so kasik
     = 3 BINTANG JUGAK



GREEN LANTERN
Cerita Green Lantern ni adalah cerita yang agak sempoi. Tak heavy sesuai jugak untuk tontonan kanak-kanak. Mengisahkan seorang lelaki, Ryan Renolds (huh.. hensemnya kau ni..) yang bekerja sebagai Jet Perang. Memang cool la cara dia bawak jet ni.. cair gua beb.. hehe.. Dia telah terpilih sebagai seorang penegak keamanan bagi alam semester ini. Dia dipilih oleh CINCIN SAKTI ALIEN tu. Mamat ni, memula memang tak suka jadi green lantern sebab negara alien ni pandang rendah pada manusia, bagi mereka manusia adalah sangat primitif. Tapi sebab awek dia bagi dorongan dan semangat maka, hero ni pun bermati-matian berlawan dengan sotong jahat yang boleh terbang di angkasa. Best jugak cerita ni, CGI effect memang hebat dan cerita tak boring. Tambah-tambah hero muka macam Hitrik Roshan.. badan hero tue..huh terbaekkk..  so aku kasik
 = 4 BINTANG



FAST FURIOUS 5
Fast furious dibintangi oleh Vin Diesel, The rock dan Paul Walker, Jordana Brewster dll lagi. Hebat bukan? Cerita ini mengisahkan penjenayah terhebat iaiatu Vin Diesel dan Paul Walker yang sangat dikehendaki oleh polis US. Jadi mereka melarikan diri ke Brazil. So misi mereka kali ini adalah untuk mengrompak duit penjenayah terhebat di Brazil sebanyak USD 100 juta. Penjenayah ni adalah orang penting di negara tu. So bila dia dengar Vin Diesel dengan kawan2 dia nak rompak dia ,dia pun simpan duit dia semua kat dalam balai polis. Misi Vin diesel dan O'connel (Paul Walker) adalah utuk membawa duit tu keluar dari balai polis dan menewaskan orang jahat tu. Memang banyak aksi yang cool tapi ada kurang logik sikit sebab peti besi yang tak berapa tan tu boleh di tarik dengan 2 bijik kereta sport. Dasat sungguh kete nie.. peti besi tu siap langgar bangunan lagi, kete tu rilek je tarik.. hehe.. Tapi memang action dan actress.. tip top. Tambah2 bila aksi perempuan naik moto yang seksi tu pakai bikini.. Demmm!!.. hehe so aku kasik
= 4 BINTANG


So.. itu sajalah review aku kalini.. pasal makan memang aku nak hupdate tapi tengh ngumpul gambar.. hehe... sabo jela yer.. arios semua.. selamat becuti dan menonton wayang.. aku nak tengok XMEN First Class pas nie.. hehe

salam.. bebeh



Monday, 6 June 2011

Tengok Movie 3D Pirate ODC kat Wayang memang best!!

Salam!!!
Pekabar semua.. today is Monday dan Monday adalah hari yang kena tanamkan azam yang kuat untuk hapi sebab selalunya Monday memang hari yang tak ditunggu. Alah bukan aku sorang jerkan.. korang pun sama jugak. hehe.. jadi pagi2 kena buat rutin yang lain dari hari biasa dengan harapan agar diri akan berasa hapi jer! contohnya ialah setiap hari isnin saya akan tengok wayang.. atau setiap hari isnin saya akan masak muffin.. atau setiap hari isnin saya akan makan kat TGI Friday's walaupun dia cakap Friday jer boleh makan.. haha.. sangat memberangsangkan minda bukan?

Hari Jumaat..balik dari Kursus haritu memang rasa gembira sebab dapat tengok wayang dapat tengok bantal busuk.. oh yeah bebeh! gembira sekali dua kali tiga kali empat kali lima kali enam kali tujuh kali lapan kali sembilan kali dan sepuluh kali.. haha.. aku memang suka kali.

Selain itu hari Sabtu dan Ahad lepas juga adalah big day for my BFF, Nuren melangsungkan Perkahwinannya dengan pasangannya, Mino. So aku telah dilantik menjadi penyepit yang vouge gitu.. haha.. kriteria untuk menjadi penyepit diorang adalah mesti tinggi, pinggang ramping, pandai catwalk, senyuman manis dan pandai kipas orang. hahaha melampau nya..gurau jerk! Babe!! Tahniah dan Selamat Pengantin baru. aku akan update bila gambar siap diperoses!.. thanks buat Zety yang menjadi fesyen designer for that day!.. baju i kelass tau u buat.. thanks Zety! Tapi takderla sampai over shadow pengantin kan.. hehe..

Kemudian minggu lepas jugak aku gi wayang tengok citer Pirates of the Carribean - On Stranger Tides. Memang Best.. takan rasa rugila beli tiket ni. fun. exciting. Johny Depp makes the movie worth watching! Penelope Cruz is HOT! 

hehe.. kena cepat2 gi wyang tengok tau.. kalini Jack Sparrow bercinta.. memang kelaka la.. ok!tengok trailer pun dah kelaka ni kan pulak cerita.. hehe.. mari mari penuhkan wayang!





ui ui ui ui...gambar aku yang agak kurang stabil ni untuk korang rindukan haha..

happy watching!!!!

Ok bebeh! arios!

Wednesday, 1 June 2011

Berkampung di Melaka sampai Jumaat nie

Salam,
Pernah tak dapat tugasan yang rasa tak nak buat 100%.. erm.. payoh sungguh la.. Bilo ado kijo nok buak kat pejabat, de de tu keno gi kijo lua..guano.. pehe dok? haha... dok pehe doh! aku pun dok pehe.. haha

Erm rasa berat sungguh la nak kena kemas2 barang untuk berangkat ke Melaka sebab aku masih lagi terasa penat drive jauh 2 hari lepas.. walaubagaimapun tetap aku kuatkan semangat untuk kemas baju walaupun bukan susah sangat nak kemas baju ni. Terasa baju yang nak kena angkat dan lipat dari almari macam batu 5 tan dan tangan macam kena parkinson terketar2 nak lipat. oh itu belum lagi nak pack barang2 mandian, barangan peribadi oh lala, make up lagi, tudung, baju jalan2, baju kerja,.. kasut dan beraneka jenis kueh lagi. tak pernah rasa sebegini malas untuk packing barang. Aku ni pulak memang jenis yang memerlukan masa yang lama untuk packing barang sebab tak nak apa2 barang tertinggal. oleh itu..aku nak ucap kat diri sendiri ~ Selamat Berkursus untuk diri sendiri! oh yeah beebeh!

Ok itu baru pasal kemas barang.. ni nak cerita lak pasal movie yang aku dah tengok iaitu KONGSI.. lu langsi lu mati ooo!!!.. haha.. cerita yang kelakar sebab Shaheizy Sam yang berlakon. Nampak gayanya mamat nie memang laku sekarang macam goreng pisang panas. Tapi memang salut la mamat ni berlakon kot guano pun memang sedap. Watak yang dipegang dalam movie ni sebagai seorang mamat siam yang cakap kelantan dan siam. haha.. kelaka bila dia sebut "serabut perut la nate beruk nie!" haha... ayat2 yang dipakai memang boleh buat orang tergelak besar. Dan aku rasa itula kekuatan Sam selama berkecimpung dalam bidang lakonan. Ayat dia power, setiap butir ayat yang keluar dari mulut dia memang kelaka dan ayat2 tu memang digunakan kita seharian.

Cerita kongsi ni kalau korang nak tengok silala ke pawagam yer.. aku rasa tak rugi pun korang beli tiket sebab memang best citernya walaupun ada komen yang mengatakan ending dia kurang sedap. Macamana pun memang bestla.. aku bagi 4  bintang **** ~ ok mehla menonton...oh ya kalau korang malas sangat pun.. tempah jerla kat Astro First dah keluar dah pun =)



   ok bebeh.. sekian!