Monday, 22 August 2011

Makan Makanan HARABLAH!

Salam,
Kalau dah bosan makan makanan melayu cina atau india(mamak) maka boleh la anda fikir2 kan untuk berbuka dengan makanan Harab. Yum Yum juga. Aku dan kakak memang penggemar makanan harab juga. Kedai harab ni terletak dekat Bangi je.. nama dia NtahlaAkuPunTakIngat. Tapi kedai dia dekat dengan Mohd Chan Bangi.. satu blok jugak. selang beberapa buah. Ok.. bab makanan pula ... Ya Allah.. lazatnya tak terpercik! Tengok pinggan makanan datang isk isk... sedap.. sedap kompom sedap ni!

Bila azan berkumandang! ngap ngap ngap! mak.. sedap mak...

sekali lagi misi berbuka puasa berakhir dengan senyuman menjuling. Kat sini makanan dia tak berapa mahal bolehla.. nak kata mahal sangat tak jugak.. nak kata tak mahal pun tak jugak. Contohnya nasik arab yang ada ayam kat dalam tu, kalau regular plate dalam rm 12, air mango + milk rm 5. air dia puhh lamak  memang kasi wa cair beb!! sedappppp!

ok tengokla dia ni ..


 Banana + milk (RM 4.00) dan Mango + milk (RM 5.00)
 Guava (RESERVED K!)
 Meal 1 (ayam)
 Meal 2 (kambing)
 Meal 3 (ayam)

so cumel makan besepah kat mulut! 

tengokla manda makan spaghetti beli kat San Francisco harga RM 16.00

sekian, dari bilik berita nova

Berbuka Puasa di Downtown KLIA lagi syiookkk!!!

Tarikh : 20 Ogos 2011, Sabtu
Lokasi buka arini: Downtown, KLIA
Peserta : Nova Leeza, Lyna Halit, Fetty Azlina dan Abg Putra bersama Manda n Rayyan
Jam : 7.00 malam


Salam,
Mari mari mari.. kita berbuka puasa beramai2 di KLIA Downtown, lokasi menarik dan selesa. Berdekatan dengan KLIA. Makanan di sini buffet  sekepala RM 35.00 seorang. Makanan di taja oleh Kakak.. Thank You kakak. erm makanan di sini membuatkan mata aku juling 360 darjah lagi melihat makanan yang enak-enak dan sedap2..

Kalau waktu berbuka  puasa jam 7.30 malam, maka kau jangan tunggu dekat kedai tu. Baik gi pusing2 KLIA sebab nanti kau tak tahan tengok makanan di situ. memang lazat2 sekali Ya Ampun. menelan air liur banyak kali.. nanti tiba masa amik makanan dekat tempat buffet tu boleh batal puasa sebab tak sedar tangan dah suap makanan dalam mulut walaupun otak kata jangan hati kata mahu mahu mahu mahu!!!! haha

Selain itu, owner dia, Prof Abu (bak kata abang dia tahu nama pendek je, dan prof ni dulu bekas pensyarah UPSI) baik orangnya, ramah dan sembang2 tanya macamana makanan... ok tak??.. erm.. bagus bukan. rasa nak senyum je sambil makan di kedai yang harmoni begini. 

Okes.. jadi bagi sesiapa yang nak cube makanan di sini bolehla contact:

Downtown KLIA Seafood Restaurant
No 40-48 BlockB Jalan KLIA 1/60 Chartefield Commercial Center
6400 KLIA
Tel: 603-87831031
Fax: 603- 87831032  


rayyan n auntie pisa's love~~ aww aww~~

 kakak n abg posed senget bahu
 haaa!! hamik makan puas puas!!
antara menu yang ada :

1. Itik panggang
2. Ayam Panggang
3. Butter Prawn
4. Ayam Masak Honey
5. Tauhu masaka tak tahu apa
6. Ikan pari masak asam
7. sotong celup tepung..
8.. desert...
9. koktail..
10. bubur pulut
etc etc.. oh ya laksa pun ada..

 Mestila ini pinggan aku :)
 Ini order special, salted egg squid
 Butter Prawn!!!
 Ini mestilah pinggan abang putra
 Kak Lina n baby rayyan
 Abang kekenyangan
hitam mata hitamku!
 Belakang tu tempat buffet disediakan..

 Downtown la.. mana lagi
Kakak Nova n nova jendol

Sekian, dari bilik berita Nova

Buka Puasa di Tasik Idaman, Bangi pun syok jugak

Tarikh : 17 Ogos 2011, Rabu
Lokasi buka arini: Tasik Idaman (Bangi Lama)
Peserta : Nova Leeza, Syahieda Che Mid, Lyna Halit dan Maryam Lokman
Jam : 7.00 malam


Salam,
Selamat Berpuasa kepada semua muslimin dan muslimat yang berpuasa. Wah.. tak sdar dah nak habis dah puasa kita tahun ini. Tingga lagi seminggu je. Erm... tahun ni merupakan tahun yang paling banyak aku berbuka puasa di luar. Kalau dikira cuma dapat 3 hari je aku dan kakak berbuka puasa di rumah. Almaklumla.. banyak pulak yang ajak keluar berbuka bersama. :) Terima kasih kepada semua yang sudi berbuka puasa dengan saya ni.

Minggu lepas aku diperkenalkan di sebuah restoran yang amat terpencil di dalam kawasan tasik yang agak dalam... dekat pusat nuklear area bangi. Bila kau masuk kat dalam.. tiba2 ko nampak satu restoran tepi tasik yang bercahaya, bersinar2.. macam sebuah dunia baru.. padahal bila nak masuk tadi jalan punya la sompik. hehe.. kitorang dah book awal dah so ready untuk ngap jela. Bila azan, dj bertugas baca doa untuk kami semua berbuka puasa beramai2. Wah... so NICEE...

Makanan yang disediakan Sangat SEDAP! dan bisa membuatkan mata aku juling 360 darjah. Jadi terima kasih buat Shidah, Kak Yam dan Nyah yang sanggup berbuka puasa dengan aku.

 Ha.. tengokla... kat tepi tu atas air lagi..
 Tasik yang santek
 Nova n Kakak Nova
 Nova si jendol
 Manyak lauk ni kina kasi habish
 ikan nyam nyam

 Sotong celup tepung ui ui ui

 Tom Yam kong yang sedap sekali

The Gediks from Bangi

Nova juling, Syahieda dan Kak Yam

Sekian dari bilik berita nOva

Monday, 15 August 2011

Tips Berbelanja Dengan Berhemah Semasa Di Bazar Ramadhan

Salam,
Salah satu perangai yang memang selalu kita buat di pasa ramadhan adalah membeli apa yang dirasakan sedap dan menyelerakan. Oh lihat itu mahu, lihat ini pun mahu.. Bila menang membeli.. menang juga menyeluarkan ongkosnya. Waktu berbuka, makan sikit rasa dah kenyang, maka akan terbuangla semuanya makanan tadi ke dalam bakul terhormat. Isk isk rugi. Jadi di sini saya ada beberapa tips untuk berbelanja dengan berhemah semasa berjalan di bazar ramadhan khas buat pembaca nova.

1. Bawak wang cukup2 untuk beli apa yang patut. Kalau boleh, biar kita keluar untuk beli apa yang perlu sahaja di pasar ramadhan. 10 ringgit paling maximum dan paling sikit bawak rm 5. ha, jadi bila duit ada rm 5 je dalam wallet mesti bila nak beli sesuatu barang kena fikir banyak2 kali. so bila jumpa budak kecik minta derma di pasar tu, sedekah rm 2, baki tinggal 3, jumpa kat depan ada makcik tua dengan anak yang sakit, kemudian rasa kasihan bagi lg rm 2, maka tinggal rm 1 je untuk beli air tebu. haha.. baguskan.

2.  Kedua, semasa mahu pergi pasar ramadhan pergi dengan kawan yang memang spesis tak suka beli macam2 @ kedekut. jadi secara tak langsung, kita juga akan dibanteras dari membazir sebab kawan kita tu memang tak suka melepak lama2 kat pasa ramadhan.. bila kita tengah tengok2 kuih yang sedap mesti kawan kita tu paksa suh cepat2..oh..kan selamat duit aku. haha

3. tips 3, Sebelum pergi pasar Ramadhan pastikan anda menaiki kereta, kalau boleh elakkan menaiki motor. ini kerana, kalau naik kereta anda akan mengambil masa yang lama untuk cari parking, jadi kena pusing 3 ke 4 kali, sehingga berasa stress dalam kereta. bila mood dah tak best, maka anda akan kurang rasa minat untuk shopping makanan. Nampak makanan pun dah macam kepala orang, so selama duit aku..

4. tips 4, Anda digalakkan untuk pergi selewat yang mungkin ke pasa ramadhan. kalau boleh pukul 7 baru pergi, ha, masa ni semua makanan dah habis. yag tinggal pun nampak tak selera dah pun. jadi bawak duit banyak2 pun tak akan dapat hasil yang lumayan.. maka, selamat dut aku.. haha

5. ok tips yang terakhir, kalau nak jugak pergi pasa ramadhan pastikan anda pergi bersama anak2 saudara. Ini adalah aktiviti yang sangat baik kerana anda pasti akan pecahkan rm 10 kepada 3 orang anak sedara iaitu sorang  rm 3. baki rm 1, untuk anda beli air tebu. oh... sambil membeli sambil beramal di bulan puasa. oh baguskan. hehe sedapnya air tebu.

Jadi selamat mencuba tips2 ini. buat mereka yang mempunyai masalah boleh berkongsi di ruangan ini ye. Anda pasti tidak akan dilayan. 

Makteh dan anak sedara.. owh.. 
sekian.

Thursday, 11 August 2011

Wang boleh dicari, kasih sayang sukar dicari ganti

Salam,
Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak buat semua umat Islam yang menyambutnya. Alhamdulillah sudah 11 hari kita berpuasa dan di uji dengan kepayahan menahan lapar dan dahaga. Syukur buatNya yang Maha Esa.

Ok, bagi yang masih belum sempat mengerjakan sembahyang terawih, masih belum terlambat lagi. Ada 2 minggu lebih lagi. So mari ajak adik, abang, kakak, kekasih mahupun saudara mara dan sahabat handai untuk memeriahkan masjid ye. Bukan senang nak senang dan bukan susah nak susah.. hahaha ok takda kaitan pun ayat tu. Sesungguhnya aku memang rasa bersyukur sensangat dengan kehadiran bulan Ramadhan ini, banyak yang aku telah pelajari. Sewaktu sukarnya merasa sesuatu musibah itu, namun diharungi dengan kesabaran dan ketabahan berkat bulan Ramadhan. Amin. :)

Cerita pasal bulan Ramadhan ni, memang waktu yang paling dinanti adalah waktu bersama-sama keluarga untuk berbuka puasa. Oh indahnya nikmat bila tinggal bersama keluarga, jadi bagi yang tinggal dengan ibu bapa tu, syukurrrrr... bagi yang tinggal dengan kakak ni syukurrrr juga... bagi yang keseorangan pula.. syukurrrrr kerana masih diberikan rezeki untuk menikmati bulan Ramadhan. Bila terasa rindu pada ibu maka, nak tatap selalu wajahnya agar tenang :)

Selamat Menyambut Ramadhan semua! kalau nak berbuka dengan I roger2 la k!

Adik beradik yang sangat suka besembang kuat2

Oh ibu kaulah kekasih hatiku..

alamak... sedapnya...





Sekian, cow sin chi!
  

Monday, 8 August 2011

JAR OF HEARTS

Salam,
Aku tidak menyepi, cuma menyendiri..
Menyendiri bukan bersembunyi
Menyendiri kerana mencari sesuatu yang hilang
Hilang bukan tiada lagi
Hilang pasti bersebab
Sebab itu akan diketahui kelak
Kelas pasti tidak menyendiri lagi
:)