Friday, 30 September 2011

Lif Rumah Rosak Hampir 2 Minggu, Bagus jugak,boleh excercise naik turun tangga

Salam,

Selamat Pagi kepada semua.
Harap semua sihat hendaknya, macam aku jugak harini terasa segar sekali. Mana tak nya memang hari2 kena excercise naik turun tangga, maklumlah rumah atas awan. Tingkat 5 (lima) pulak tu. Ini semua disebabkan gara2 lif rosak yang dah berminggu ni. Penat weehhhh naik tangga tu..

Kalau la aku ni duduknya di tingkat 1 (satu) takpe la jugak. Memula memang semput la dik non. Mana tak nya nak kata aku ni rajin excercise.. kirim salam la. Excercise mulut ada la. Jadi bila lif mula rosak memang menyemput jela aku ni dah rasa macam mendaki gunung kinabalu. Sepanjang pendakian, mulut akak pot pet pot pet la macam bertih jagung. Tapi itu hanya untuk 2 (dua) tingkat je. Sebab masuk tingkat ke 3 (tiga) akak dah sempot dik.. ahaks.. mencungap cungap.

Apabila latihan otot kaki dan pung ** tooot ini dilakukan setiap hari untuk beberapa kali satu hari pasti akan nampak kesan yang ketara. ahaks.. shaping lagi tu. haha. Tapi bila dah asik naik turun, akak steady dik... Boleh lumba sapa sampai dulu tau. haha

Memula memang nak hangin je dengan pengurusan bangunan tapi bila tengok pengurusan tepet nama pembayar yang tak langsaikan tunggakan insurans.. hamik kau.. salah siapa? aku jugakla yang merana sebab korang duduk tingkat 1 , 2 , 3 .. tak payah bayar sampai bebila pun tak per. Aku juga nan susahnya. Then, aku ada check kat FB, rupanya ada jugak FB untuk rumah aku tu.


Jadi pesananku, kepada sesiapa yang duduk berjiran dan saling memerlukan antara satu sama lain, pls la consider untuk settlekan mana2 bayaran tunggakan yang akan menyebabkan kesusahan orang lain. Kalaula ada nenek tua ke duduk tingkat atas2 ni..kesian la dia.. memang tak jejak kaki ke bumi la jawabnya. Belum sampai ajal sudah hilang nikmat dunia. fikir2 kanlah dan selamat beramal!!

Siaran Lif tergendala, sila naik tangga. Maaf ye..
 Kawasan nan nyaman tapi lif nan rosak daa....

Uit uit...


Abang tu memang termat marah la, siap suh angkat rumah letak atas pokok.. aku nak nyanyi lagu POKOK la, by Hazama...

Tanya sama pokok apa sebab goyang.. sebab kau tak bayar hutang..
sebab tu la rumah kau kena duduk atas pokok. haha

Sekian kalinya.

Wednesday, 21 September 2011

Manusia dilahirkan SAMA

Salam,
Buat peminat-peminat Nova yang tak jemu2 datang ke blog ini, walaupun takda apa pun yang menarik sangat kecuali hal sendiri dan gosip2 yang takda pekdahnya pun nak amik tahu, tapi macamanapun rasa menyampah kat sini tapi tangan tetap rasa nak datang jugak sekali sekala. Betul tak? haha..

Selain daripada perasaan stress yang agak melampau sejak kebelangan mahupun kedepangan ini. Aku masih mencari-cari DI MANAKAH Si JOE JAMBUL??? .. oh tidak bukan itu yang kucari tetapi aku mencari di manakah kekurangan diri ini yang menyebabkan stress melampau tidak lagi terkawal sejak akhir2 ini dan awal2 ini.

Tatkala itu, aku juga befikir sambil merenung ke langit walaupun apa yang aku nampak hanyalah bangunan sebelah berwarna cokelat yang kaku tegak dan utuh tidak pernah bergerak walau seinci, tapi mengapa perlu menceritakan berkenaan hal bangunan sebelah, berbalik.. Manusia ini dilahirkan pelbagai bentuk, rupa dan jenis. Ada yang hitam, ada yang putih, ada yang tinggi dan ada yang rendah, ada yang kurus meleding senang ditiup angn mahupun bersaiz comel tetapi berseluar ketat. Tidak lupa juga ada yang berambut blonde mat salih dan ada yang hitam pekat. hakikatnya Kita semua adalah SAMA..

Maka, perlukah perbandingan itu perlu menjadi topik dan bualan yang hangat sehingga menyebabkan manusia lain terasa hati dan berasa rendah diri?? Tetapi bila terfikir lebih dalam lagi.. manusia diberikan akal, diberikan hati dan diberikan nafsu. Semua itu berfungsi secara serentak. Mungkin suatu masa Nafsu akan melebihi Akal. Dan apabila tersedar sebaliknya berlaku. Oleh demikian, manusia yang terasa hati tadi dan berasa rendah diri TIDAK PERLU merasa apa yang dirasakannya sekarang. Semua itu adalah norma kehidupan yang kau kena jalani. Tidak salah sekiranya ada sesetengah manusia merasakan kelebihan fizikal merupakan kepentingan utama di dalam kehidupan. Itu adalah pandangan mereka. Kerana, bagi aku.. kelebihan itu hanya dapat dilihat bila mengenali hati budi seseorang. Ini hak peribadi dan pandangan masing-masing.

Justeru, semua juga perlu faham bahawa manusia ini dilahirkan dengan seribu satu ragam dan cara kehidupan. Pengalaman hidup kita berbeza-beza. Terimalah semua yang berlaku disekeliling ini dengan redha dan hati yang terbuka. Nescaya hati tidak akan memberontak lagi. Maka dengan itu, semua perlu faham manusia ini adalah SAMA. Tiada yang lebih melainkan amal perbuatan di sisi Nya. InsyaAllah. Segala yang di susun adalah yang terbaik buatmu.

Belajarlah memahami kehendak orang lain pasti engkau akan faham kenapa tindakan yang diambil itu begitu tidak adil di matamu. Padahal, ia adalah terbaik buatmu tanpa disedari. Setelah mentelaah hampir tiga dekad, aku makin faham, memang perjalanan hidup manusia semuanya unik dan tiada sama diantara satu sama lain. Ya Allah, aku sangat bersyukur di atas kurniaanMu ke atas hambaMu ini. Kasih sayang yang ku terima ini adalah indah dalam hidupku dan aku bersyukur.

Buat yang diperbualkan di sini, janganla ambil pusing, ini semua hanyalah SUMMARY sahaja. Ala, macam zaman2 sekolah dulu, English teacher kita kan suka suruh kita buat Summary.. haha

Sekian.
Aku tahu korang rindu kat aku kan??

Kak nose, jangan lupa datang beraya rumah saya!

:)

Friday, 9 September 2011

Boarding JOJO

Salam,
Harini i nak cerita pasal JOJO. Jojo adalah sejenis binatang yang sangat baik dan jinak... tetapi perkara itu terjadi setelah JOJO pulang dari Boarding di Pet Shop selama 10 hari beserta 2 kali suntikan kurap. huhu.. Jojo malas mandi. Tetapi.. sebelum Jojo dihantar ke sana..

1. Jojo sangat garang
2. Jojo takut pada orang
3. Jojo suka buat perangai
4. Jojo suka lompat2 merata
5. Jojo suka mengamuk dalam cage

Perubahan ini adalah mungkin kerana Jojo telah mendapat kawan2 baru atau berasa sangat menyesal kerana buat perangai maka sebab itulah ditinggalkan oleh tuannya yang penyayang ini..

Haha...

Semakin hari semakin sayang.. Jojo

Baik sekali budak kicik ini..


Tuan.. mata saya sudah ngak nampak sih..
macam CJ7 dah jojo ni
Inilah kurap ditelinga saya..


Sekian terima kasih.

Wednesday, 7 September 2011

Ladies and Babies Nite Out!

Salam,
Jam menunjukkan PUKUL 1.23 pagi. tapi kenapa panggil pukul? pukul bukankah satu perbuatan yang menyakitkan, menghentak sesuatu atau menyiksa. Ok sangat negatif, bila untuk jam kita akan guna "PUKUL 3 PAGI" ok, ini bermaksud jam 3 pagi kena pergi cari orang untuk dipukul. hahaha.. maaf lupa makan ubt.

Balik kerja tadi sudah ada planning untuk berhibur bersama ahli keluarga yang tak berapa nak besar ni. Plan asalnya nak bawak Manda n Rayyan n Mak Manda n Kakak pergi jejalan cari makanan di Alamanda. Bila perut sudah kenyang hati sudah senang, perasaan ingin mencari hiburan pula. Maka timbul la idea untuk berkaraoke kerana sudah lalu lalang depan superstar karaoke box di Alamanda. So jom la!!

Untuk beberapa menjak ini, aku banyak berhadapan dengan situasi menjaga budak kecik, termasukla anak sedara aku si pika pika tu. tidak dilupakan juga aku telah mengambil seekor anak angkat iaitu JOJO. Terasa penat sekali balik kerja perlu meluangkan masa bersama insan dan binatang tersayang, namun penat itu hilang tatkala melihat keceriaan dan kemanjaan mereka. Oh.. indahnya perasaan ini. So from that, i learn something. "Wang boleh dicari, kasih sayang sukar dicari ganti".. jadi hargailah kasih dan sayang itu sebelum ia pergi meninggalkan kita suatu hari nanti.

Meh layan gamba lak :)

Aunti pisa kau gediks ahh

Lagu Madah Berhelah kak ZZ.. tarik jangan tak tarik.. haha

Ladies Nite!

Kami semua "kembar tak seiras pun aku tengok"

Adik.. bakat terpendam

Ha amik la.. dia sudah head banging la..

Yes! itu sahaja sekian!


Tuesday, 6 September 2011

Makan Sambil Bergembira di DAPUR KAMI, PUTRAJAYA

Salam,

Sambil menikmati perasaan berhari raya yang masih berkobar-kobar dan kesedapan makan kueh raya lagi ni, marilah kita tersenyum bersama-sama walaupun kat dalam hati tu ada pikir banyak masalah. Kepada yang sudah masuk kerja, tahniah diucapkan kerana anda telah berjaya melawan perasaan kemalasan bangun awal pagi. Kepada yang masih bercuti, Ya Allh.. sesudah la tu beraya nya..takan sebulan ko nak cuti oi.. haha Aidil Adha ada lagi 2 bln ni. nak kena cuti lagi ni.. :))

Sayang seribu kali sayang, kepada yang tidak berazam untuk merebut puasa 6, baca bwh ni...

Abu Ayyub al-Ansari r.a meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda: "Barangsiapa berpuasa penuh di bulan Ramadhan lalu menyambungnya dengan (puasa) 6 hari di bulan Syawal, maka (pahalanya) seperti ia berpuasa selama 1 tahun." (Riwayat Muslim)
  
Huyoo...

Alang2 perut dah biasa tak makan pagi ni marila kita besama2 bersahur yok..puasa 6.. kalau yang kena extra tu.. marila kita ganti puasa beramai2.. nak berbuka roger i k!

Ok semua! enjoy Syawal!!

sila abaikan mereka berdua

Makan oi makan 

kak Ita n Kakak luv luv

Efek kekenyangan yang melampau 

Sekian, muka bersopan dari saya :) hihi


Salam xoxoxo

Tapi Bukan Aku - Shila Amzah

Salam,
Nice song by Shila Amzah

Lagu dan lirik yang menyentap perasaan :)

Luv it



sekian

Monday, 5 September 2011

Selamat Hari Raya Mahap Zahir Batin

Salam,

Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin kepada semua yang mengenali diri ini. saya juga ingin memohon ampun dan maaf sekiranya pernah terkasar bahasa, tersalah tutur kata dengan cara sengaja ataupun tidak. Saya berharap agar anda semua berbahagia disamping keluarga tercinta.

Semoga ikatan yang terbina semakin akrab dan ikatan yang terputus dapatlah dieratkan semula. Kalau ada sumur diladang boleh kita menumpang mandi, kalau ada umur yang panjang boleh kita berjumpa lagi. Pecah kaca pecah gelas sudah baca harap balas. kepada yang dapat kad raya dari saya tu.. tahun depan jangan lupa balas.. hahaha :)

Tema tahun ni Pink Purple

Salam Lebaran Syawal dari Miss Nova sekeluarga!

Ampunkan kami ibu 
 Ampunkan Nova ibu.. 
Adik dan kakak ibarat aur dan tebing

Sekian.

HAPPY BIRTHDAY NUREN 28.8.2011

Salam,

Happy Birthday to you..

Happy Birthday to you..

Happy Birthday to Nuren..

Happy Birthday to you..

Berjaya juga buat birthday surprise utk kawan aku sorang ni dengan usaha sama Mino n Chadeq :) Siap nyorok belakang langsir lagi tu tau.. padahal dah terang2 kantoi kasut duk tepi tangga... alamak...
takpe2 tahun depan cuba lagi daa...

happy birthday dear..
we've been a good friend since sekolah rendah.. 20 tahun tu... isk isk...
terima kasih sahabat kerana menyokong aku tatkala aku susah dan senang!
love u :)

 kek yang cumel.. ada snoopy.. hehe
 topi keledar biru
perempuan berambut pink itu perlu diabaikan. sekian


Saya sayang kamu semua!!!

Sekian

Riview Buka Puasa dengan Erin, Acit, Nuren, Mino n Gee

Salam,
Wow.. sedih rasanya bila bulan Ramadhan meninggalkan kita. Rasa sebak pun ada. Kerana bulan Ramadhan telah memberikan banyak pengajaran dan pembelajaran pada aku yang harus dijadikan panduan untuk menghadapi hari mendatang. :) God bless me

Bagaimanapun bulan Ramadhan juga merupakan bulan baik yang merapatkan silaturrahim antara kawan2 yang jauh terpisah mahupun yang jarang2 berjumpa. Ya, inilah masanya untuk kita bertemu. Ok taknak cerita banyak, cuma nak cakap haritu gathering buka puasa dengan Erin. Erin adalah kawan baik kepada kawan baik aku juga iaitu Nuren. Maka kawan baik punya kawan baik adalah kawan yang baik juga :) hihi

erin, acit, nuren, mino n miss nova :)
nuren n miss nova

i love my bff
Nyap nyap sedap..

Sekian