Posts

Showing posts from February, 2012

Baju Nikah 24.02.2012

Image
Salam,

Semalam Zeti housemate aku nak amik ukuran baju badan sebab nak jahit baju nikah.. hehe.. kain sutera warna peach.

Sebelum zeti potong kain tu.. aku nak bergambar sebelum dan selepas.. pastu suruh kakak tangkap kan gambar.. Masa aku posing dengan kain tu.. punya tebahak2 dia ketawa.. hihi...



Tak sabar nak tengok baju yang dah siap tu.. aduhh!!!
Skian.

PRE-Wedding

Image
Salam.... Ya.. lagi 3 hari ni.. erm cepat betul la masa berjalan.. bila terkenangkan hanya beberapa jam je lagi nak jadi bini orang.. oh my!! aduhh... macam ada kupu-kupu dalam perot tengah mengepak2kan sayapnya minta diberi makan Prosperity Burger MCDonale..ui ui sedapnya..haha semua perasaan ada.. gembira, takut, cuak, sedih, risau, mengeLABAH-LABAH dan sebagainya. Hi mana tak nya.. selama ni asik uruskan orang punya je.. tapi kalini.. sendiri punya pulak.. omakkk.. den takuit makk!

Tapi sibuk2 pun aku ni sempat jugak bergambar pre-wedding dengan en mukmin di Putrajaya. Memandangkan photographer kami pun free nak tangkap gambar.. ni ha hasilnya.. :) haha

Hati rasa berbunga2.. piu piu...  


Sekarang ni nak kena bersungguh-sungguh menyiapkan semua perkara untuk majlis Sabtu ni.. doakan agar semua yang terbaik ye :)

Photographer kami : Facebook --->    Azhar Naim Photography
Skian

Negeri Negeri Sembilan

Image
Salam... Nama Negeri Sembilan mula digunakan pada abad ke-16 untuk merujuk kepada persekutuan negeri-negeri yang telah dibuka oleh orang Minangkabau di Semenanjung Tanah Melayu. Saiz Negeri Sembilan sekarang lebih kecil berbanding dahulu Negeri Sembilan yang asal. (sumber Wikipedia). sebenarnya bukan ada kaitan pun dengan apa yang aku nak cakap.. saje suke2 nak baca kat wiki.. hehe
Sekarang ni aku nak panggil Negeri Sembilan = Negeri Negeri Sembilan sebab negeri lain lain ada negeri.. habis tu takan nak cakap dalam ayat "ko nak gi mana?"  "aku nak gi The Royale Bintang di Sembilan" .. ko paham ke? bila ada orang panggil negeri sembilan sebagai sembilan je..ahh.. takperla kalau ko tak faham.. Minggu lepas aku dan rakan-rakan pejabat pergi bertugas di negeri sembilan. Lokasi menginap : The Royale Bintang Seremban. Sangat syiookkkk.. :) Meh tengok gambar makan lagi nak tak?







:) Skian makan.. hehehe

Secawan Teh

Image
Salam, Ya saya dikampung yang indah lagi nyaman. Wah... seronok sekali rasanya dapat pulang ke kampung sebab minggu lepas tak balik.. hehe.. dah tua-tua pun homesick jugak. TURUK betul kan. Harini nak cerita pasal secawan teh.
Secawan teh menghilangkan dahaga
Secawan teh tersenyum ku gembira
Secawan teh menenangkan jiwa
Secawan teh menjalinkan hubungan mesra
Secawan teh  oh aku sukeeeee...


Minggu ini aku juga berkesempatan berjumpa dengan bff aku.. lama sangat dah tak lepak dengan Nuren n Mino disamping nak bagi jemputan kad kawin. So kami lepak di Pappa Rich Sri Gombak. Aku minum secawan teh tarik dan hati rasa gembira sekali dua kali dan tiga kali sebab dapat ketawa terbahak-bahak dengan Nuren bersembang koleksi cerita hampir 4 bulan yang lepas .. hihi.. suke suke

 Skian.

Garden Restaurant di Alamanda, Putrajaya

Image
Salam, Semalam aku dan kakak (macam biasa bagi yang dah lama baca blog ni) JALAN-JALAN CARI MAKAN DI GARDEN RESTAURANT di Alamanda selepas kami membeli Tiket Wayang bertajuk mak cari anak yang hilang terjumpa di tepi parit bermain lumba itik.. hahha.. tipu tipu Tajuk : MAN ON A LEDGE. Syiok gak citer ni.. boleh dapat 4 bintang NOVA.

Berbalik cerita RESTORAN itu, dekorasinya amat manarik sekali iaitu betemakan TAMAN. Siap ada kerusi buaian lagi :) Ramai juga pengunjung yang datang di sini menjamu slera atau ber chit chat. Rasanya restoran ni baru sahaja dibuka.
Selai itu, hati ku rasa berbunga-bunga sebab banyak bunga dan daun bunga.. dan pasu bunga..dan kebanyakan perabot yang ada bertemakan Inggeris yang berbunga. hihi Macam Little White Cafe jugak. Meh layan gambar2 yang di snap.


Ha..kan.. banyak betul bunga kan kan.. itu baru hiasan.. belum tengok makanan dan minuman berbunga lagi .. meh layan.. Haha.. best kan.. pastu meh layan gambar kami.. hihi... :)



SIAPAKAH NOVA LEEZA :) pi pi pi

Image
Siapa Saya? Saya adalah empunya blog yang beralamat : http://novaleza.blogspot.com/. Nama saya Nova Leeza. Umur .. belum mencecah 30, jadi diri mesti berasa masih muda dan remaja. Kulit, sawo matang, berhidung tinggi walaupun sedikit kembang di bawah. Walaupun begitu, diri perlu juga bersyukur kerana mereka selalu cakap.. “Awak ni manis”. Haha.. Ketinggian, pernah bercita-cita menjadi pramugari MAS kerana saya perasana saya tinggi, 164 sentimeter. Berat, perlukah cerita di sini? lebih sikit je dari 50 kg.haha Perwatakan, ceria, suka ketawa, suka berjenaka, serius apabila bekerja, dan mempunyai cita-cita dan keyakinan yang tinggi dalam mengharungi hidup yang penuh mencabar ini. Bila saya mula berblog? Soalan yang perlu dijawab dengan jujur, bermula semasa saya ternampak kawan sepejabat rajin menaip semasa walaupun kerja sudah habis disiapkan. Nama kawan saya adalah BRoFramestone. Bermula dari situ, saya bertanya “Apa itu kau buat?” dan “Apa itu Blog?” yeah, bulan 6 tahun 2008 saya mula be…

EVOLUSI

Image
Salam, Harini nak cerita pasal evolusi. Hadap jela ye! 
Evolusi adalah 1. perubahan secara beransur-ansur pd haiwan atau tumbuhan, drpd satu generasi kpd generasi lain; 2. perkembangan secara beransur-ansur, terutamanya pd bentuk yg lebih kompleks
Manusia berevolusi mengikut peredaran masa dan zaman. Contoh evolusi .. masa bayi aku suka nangis, pastu kanak-kanak aku jadi buas, pastu budak sekolah .. aku jadi budak skema pakai spek mata ulat buku.. pastu remaja jadi nakal balik sebab ada junior.. pastu remaja tua kat universiti pengaruh rakan sebaya pastu dewasa.. mula belajar tanggungjawab pastu dewasa tua.. nak kawin pulak.. pastu..pastu .. pastu.. tua.. beriman dan beribadat dan beribadat.. haha. aminn...

(ini barisan ayat skema)Bagi aku berevolusi adalah baik kerana perubahan yang dilakukan mengikut masa, tempat dan kesesuaiannya.  Walaubagaimanapun, kita juga haruslah tidak melupakan sejarah yang pernah terjadi. Kerana mempelajari sejarah itu adalah bagus. Kita akan tahu asal usul …

Aku Orang 'KLASIK'

Image
Salam.

Situasi 1:
Kawan : "Isk kenapa pakai macam ni? pelik la"...
--------------------------------
Situasi 2:
Aku : "Wah.. cantikla.. erm.. nak belila"
Kawan: "Ha?? cantik ke? macam zaman dulu-dulu je"
---------------------------------
Situasi 3:
Kakak: "Tah ape2 taste.. tak cantik langsung!!"
Aku :"Erm.. biarla.. nampak klasik"
---------------------------------
Situasi 4 :
En. Tunang : "Ha.. benda2 macam ni u suka la.. nampak klasik"
Aku :"Senyum :)"
-----------------------------------

Sudah cukup membuktikan aku memang sukakan benda2 yang tipikal.. sebab corak, bentuk, design.. sangat significant. Yes.. i like it. Ceritanya, aku dan en. tunang pergi IKEA.. nak tengok2 katil untuk rumah baru kami. Mata dah terpaut dengan satu katil ni. Wah.. klasik betulla.. Waktu tu.. usha je.. bukan nak beli pun. Apa orang kata, ha.. survey dulu kot2 ada lain yang lagi berkenan. Tapi minda tidak dapat lupakan katil tu walaupun dah p…

MAAF

Image
Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku

Bersantai Bersama Keluarga di Aquaria, KLCC wooooo!

Image
Salam, Yes.. jam menunjukkan sudah pukul 2.14 pagi. Aku masih tak tidur2 lagi wlaupun keadaan dah sunyi sepi dari riuh rendah atau hiruk pikuk di dalam rumah mahupun di luar rumah. Keluarga besarku baru sahaja pulang tadi ke Ipoh selepas seharian berjalan ke kotaraya Kuala Lumpur. Ohh.. memang menakjubkan sekali dan terbaik di dalam dunia. Kerana pelbagai peristiwa aneh, pelik, menyayat hati, kasihan dan sebagainya telah berlaku dan tak tercerita pun kat sini sebab boleh jadi 4 helai muka surat hanya boleh ditaip ..hahahahahahahahahahaha....
Tapi yang penting nak cerita .. harini kami pergi ke Aquaria KLCC. hehe.. Syiookkkk wooo.. pergi ramai2 sebab nanti tak dela malu kalau nak riuh rendah. hehe.. Yang pergi adalah.. pakcu dan makcu, pakngah n mak ngah, kakak (cam biasa), mami n faiz (cosin aku). Asalnya nak bawak faiz ni jalan2 KL sebab cuti sekolah.. abistu.. kitorang pulak yang excited lebih. ehehehehe...
meh layan gambar :
Ha pastu meh aku kenalkan pak sedara aku yang hensem lagi ka…