Thursday, 2 February 2012

BOW-LING = SUK-FOY

Salam,
Minggu ini aktiviti memang penuh menguruskan hal majlis kenduri sahaja.. kepala tak akan berhenti berfikir apa tak cukup.. nak beli barang apa lg! Hah..maka nya aku sesekali jugak perlu berehat seketika untuk pergi berfoya-foya atau bersukan. haha..

Aktiviti ini dipanggil SUK FOY = Sukan sambil BerFoya.haha. Sukan sebab keluar peluh, Foya sebab  kena keluar duit dan rasa gembira. Fakta : Sumber Wikipedia, bowling adalah jenis sukan anaerobic atau berjalan sambil membawa beban. 

Diantara kebaikan bowling yang boleh dikongsi bersama adalah :
  1. Membakar lemak dan kalori = kuros
  2. Menguatkan otot2 yang jarang digunakan = kuat
  3. Melentur dan meregang tendon, sendi, ligamen dan otot tangan = menarik
  4. Faedah psikososial ialah mengukuhkan ikatan persahabatan dan tambah kenalan = happy     

Ha.. banyakkan kebaikannya. Pandai je cakap padahal aku ni tak reti pun main bowling. Masuk ni baru kali ketiga aku pergi bermain itupun selepas diajar oleh Personal Bowling Coach yang tak perlu dibayar gajinya haha.... Memula cuba memang rasa susah sangat.. masuk longkang.. baling senget.. sakit tangan sebab salah teknik.. tapi bola melantun kebelakang tu takda lagik la..huhu.. bila dan 2 ke 3 kali practice alhamdulillah... boleh jadik CHAMPION!!! tapi dari belakang la.. hahaha..

Pastu bila dah rasa CONFIDON sket baru leh ajak memeber2 rapat.. ha.. la ni sapa nak main.. Roger. i turun.. hahaha.. so kalau rasa boring atau terasa macam nak excersise tapi tanak kena terik matahari bolehla main bow ling ling.

Lokasi : ALAM-ANDA

Semangat Sang Kura Malaya

Ini la Coach yang ajar saya main bowling tu..
kalau nak amik kelas boleh contact saya ye..
harga boleh ruding.. diskaun 70% haha

Diperkenalkan DRAIN CHAMPION (JORA LONG-KANG) ha hii 
BUD - GET
L - Lina (tempat 4)
Z- Zetty (naik jora)
L - Leeza (tempat 3)
M -Mukmin (champion) 

Yakin BOLEH! LIGA SUPER BOWL! haha
Sekian...