Friday, 10 February 2012

EVOLUSI

Salam,
Harini nak cerita pasal evolusi. Hadap jela ye! 

Evolusi adalah 1. perubahan secara beransur-ansur pd haiwan atau tumbuhan, drpd satu generasi kpd generasi lain; 2. perkembangan secara beransur-ansur, terutamanya pd bentuk yg lebih kompleks

Manusia berevolusi mengikut peredaran masa dan zaman. Contoh evolusi .. masa bayi aku suka nangis, pastu kanak-kanak aku jadi buas, pastu budak sekolah .. aku jadi budak skema pakai spek mata ulat buku.. pastu remaja jadi nakal balik sebab ada junior.. pastu remaja tua kat universiti pengaruh rakan sebaya pastu dewasa.. mula belajar tanggungjawab pastu dewasa tua.. nak kawin pulak.. pastu..pastu .. pastu.. tua.. beriman dan beribadat dan beribadat.. haha. aminn...

(ini barisan ayat skema)Bagi aku berevolusi adalah baik kerana perubahan yang dilakukan mengikut masa, tempat dan kesesuaiannya.  Walaubagaimanapun, kita juga haruslah tidak melupakan sejarah yang pernah terjadi. Kerana mempelajari sejarah itu adalah bagus. Kita akan tahu asal usul dan perkembangan yang berlaku sebelum kita..

Walaupun aku ni bukanlah pengkaji sejarah ataupun pelajar pintar subjek sejarah masa sekolah dulu tapi aku tak pernah tidur subjek sejarah dan aku minat nak ambik tahu pasal sejarah tempat lahir aku iaitu Tanjong Malim, Perak. Kalau aku cerita pasal sejarah Tanjong Malim.. mesti ramai yang ngantuk .. so aku nak tampal gamabr2 evolusi Tanjong Malim bermula tahun 30 an..untuk mengimbau sejarah lamo-lamo..teringat kat arwah bapak aku.. Kau hado?


Tanjong Malim, Perak tahun 30-an
Masjid Jamek Tanjong Malim tempat aku bersekolah.. tadika islam

Stesen Keretapi Tanjong Malim, arwah ayah aku.. selalu bawak kami jalan2 di sini, pastu aku suka petik bunga kuning  letak kat jari macam  hantu..

Banjir Besar di TAnjong Malim pada tahun 70-an

Pekan Tanjong Malim dari Bukit Changkat Asa


Tanjong Malim tahun 80 an - 90 an

Gambar terkini aku tak ado.. tapi dah banyak perubahan. Ada setesen Komuter, ada Proton City, ada macam2 pembangunan baru.. di tamabh dengan IPSI yang dah di upgrade jadi UPSI. erm.. anyway.. I love u lah Tanjong Malim.. aku rindu kawan2 lama aku masa sekolah..ke mana mereka semua agaknya??..

Sekian.