Saturday, 11 February 2012

Garden Restaurant di Alamanda, Putrajaya

Salam,
Semalam aku dan kakak (macam biasa bagi yang dah lama baca blog ni) JALAN-JALAN CARI MAKAN DI GARDEN RESTAURANT di Alamanda selepas kami membeli Tiket Wayang bertajuk mak cari anak yang hilang terjumpa di tepi parit bermain lumba itik.. hahha.. tipu tipu Tajuk : MAN ON A LEDGE. Syiok gak citer ni.. boleh dapat 4 bintang NOVA.

Berbalik cerita RESTORAN itu, dekorasinya amat manarik sekali iaitu betemakan TAMAN. Siap ada kerusi buaian lagi :) Ramai juga pengunjung yang datang di sini menjamu slera atau ber chit chat. Rasanya restoran ni baru sahaja dibuka.

Selai itu, hati ku rasa berbunga-bunga sebab banyak bunga dan daun bunga.. dan pasu bunga..dan kebanyakan perabot yang ada bertemakan Inggeris yang berbunga. hihi Macam Little White Cafe jugak. Meh layan gambar2 yang di snap.
 
BUNGA BUNGA MENGHIASI PINTU MASUK GARDEN RESTRON

COUNTER CAKE DAN BUAT AIR YANG BERBUNGA-BUNGA

MEJA SUDUT YANG CUTEE ADA BANYAK BUNGA!! NAKK!!

DAN BUNGA DALAM SANGKAR.. hihi.. kesian kau bunga hidup terkurung 
Ha..kan.. banyak betul bunga kan kan.. itu baru hiasan.. belum tengok makanan dan minuman berbunga lagi .. meh layan..
Iced Honey Lemon Tea and Mocha yang ada pengacau bunga
Bunga yang tengah minum air teh Nyummy yum yum.. serius shedapppppp!
Reasted Chicken.. Sedappp!!
Haha.. best kan.. pastu meh layan gambar kami.. hihi... :)
HADIK BERHADIK TERKUAT MAKAN SEKALI

WAITRESS SAMBILAN.. tengah carik duit phoket

Penternak Sarang Burung Layang-Layang berjaya di Malaysia
Posing sebagai Pemakan yang berjaya sekali
Gambar untuk dihantar ke agensi MODELLING.. haha

Posing tahan perut sakit ni.. muka tipu2 senyum gembira
Potret ini dinamakan KEGEMBIRAAN TERLAMPAU.. haha
Total RM41.20

Skkiiiyan.