Friday, 10 February 2012

SIAPAKAH NOVA LEEZA :) pi pi pi

Siapa Saya?
Saya adalah empunya blog yang beralamat : http://novaleza.blogspot.com/. Nama saya Nova Leeza. Umur .. belum mencecah 30, jadi diri mesti berasa masih muda dan remaja. Kulit, sawo matang, berhidung tinggi walaupun sedikit kembang di bawah. Walaupun begitu, diri perlu juga bersyukur kerana mereka selalu cakap.. “Awak ni manis”. Haha.. Ketinggian, pernah bercita-cita menjadi pramugari MAS kerana saya perasana saya tinggi, 164 sentimeter. Berat, perlukah cerita di sini? lebih sikit je dari 50 kg.haha Perwatakan, ceria, suka ketawa, suka berjenaka, serius apabila bekerja, dan mempunyai cita-cita dan keyakinan yang tinggi dalam mengharungi hidup yang penuh mencabar ini.
Bila saya mula berblog?
Soalan yang perlu dijawab dengan jujur, bermula semasa saya ternampak kawan sepejabat rajin menaip semasa walaupun kerja sudah habis disiapkan. Nama kawan saya adalah BRoFramestone. Bermula dari situ, saya bertanya “Apa itu kau buat?” dan “Apa itu Blog?” yeah, bulan 6 tahun 2008 saya mula berkecimpung di dalam industri blog. Pada permulaannya, ia adalah sedikit sukar kerana saya masih tidak tahu, apakah motif blog ini dicipta. Kemudian, apabila rentak dan lagu berjaya digubah, cewah cewah, saya merupakan blogger yang tegar sekarang.
Bila awak kenal Nuffnang?
Mestila pada tarikh yang sama. Saya juga seperti blogger yang lain, letakkan link nuffnang di blog masing-masing.Oh tetapi, mengapakah amount yang saya kumpul hanya beberapa sen sejak saya mula berblog? Ini kerana, saya berblog bukan kerana kaching kaching semata-mata, saya berblog kerana  hati saya berasa gembira untuk menulis dan coretan itu adalah dari perasaan dan akal fikiran yang mempunyai IQ seorang genius dan hampir mencecah 170.haha hebat bukan?

Apa yang awak tulis?
Saya akan tulis aktiviti yang saya lakukan setiap hari jika berkesempatan, makanan yang saya makan, tempat-tempat yang saya pergi dan saya juga adalah seorang kaki wayang, maka wajiblah setiap MOVIE yang saya tengok akan saya ulas dan bagi bintang yang bernama bintang Nova. Selain itu, saya juga gemar berkongsi tips-tips menjaga kecantikan. Contohnya, “Kenapa perlu Kolagen?”..” Kenapa perlu memakai masker”... Selain aktiviti makan, berjalan, menonton wayang, saya juga suka berkongsi cerita mengenai binatang kesayangan saya iaitu, Mimo dan Momo (2 ekor kura-kura) dan Jojo ( seekor Anggora). Jojo merupakan ahli keluarga saya yang baru, maka wajibla saya bagi perhatian yang khusus juga kepadanya.
Bermacam-macam-macam lagi yang anda boleh jumpai di blog saya. Ia adalah satu pengalaman yang baru dan pasti tidak akan mengecewakan!!

SAYA BOLEH GEMOK

DAN SAYA BOLEH KUROS DENGAN SERENTAK

Sekian,terima la kasih.