Saturday, 14 April 2012

Berenang Boleh Kurus

Salam,
Berenang adalah satu aktiviti untuk kesihatan mahupun rekreasi. Berenang juga mampu membuatkan hati rasa gembira dan bahagia. HA HA HA...Aku juga sejak dua menjak ni rajin menemankan husben aku pergi berenang. Kolam yang paling dekat adalah di Presint 16 atau Presint 11 di Putrajaya. Aku kan mana penah tahu berenang kan.. tenggelam aku reti la.. haha

Memula tu memang aku takut nak masuk kolam, maklumlah kita ni tak reti berenang. Tapi lepas dua tiga kali tenggelam timbul akhirnya, boleh jugak aku mengapungkan diri.. Memang excited betul aku. haha... siap sengeh2 cam kerang busuk dalam kolam tu sebab berjaya berenang BACKSTROKE dari hujung kolam ke hujung kolam sana. OMG OMG! Akhirnya.. tak sia2 laki aku humban aku ke dalam kolam.

Sekarang ni tengah belaja nak buat renang FREESTYLE.. lepastu nak belaja BUTTERFLY STROKE pastu BREAST STROKE last sekali nak buat RENANG BERIRAMA.. har har har

Hobi baru ni memang seronot sekali.. maklumlah.. dah tua2 ni baru nak belaja.. mase dedulu takut.. duk tepi air je.. kepada yang memang dah pandai berenang tu.. rajin2 la ke kolam.. memang bagus aktiviti ni.. sebab hampir semua otot badan digunakan semasa berenang.. baguskan.. ok la nak terjun kolam.. tata..

Semangat kan! haha
Husben : "Kenapa u tak ambil gambar abg masa dalam kolam? Baru nampak macam hero remaja skit"
Aku : "Ye la bang.. macam HERO REMAJA la, sambil tangan di bahu dan mata padang ke atas" haha.. pasan

Skian