Sunday, 22 April 2012

Berkhidmat Untuk Negara

Salam,
Minggu ni aku kena outstation lagi. Kerja menuntut aku untuk keluar berkhidmat di luar pejabat. Walaubagaimanapun begitu, aku dan husben dah bincang awal2 sebelum kami kahwin. Alhamdulillah setakat ni dia faham kerja aku dan aku pun  faham kerja dia. Syukur alhamdulillah. 

Tapi kadang2 terasa jugak kesibukan ku menghalang kami untuk menghabiskan masa  bersama-sama selepas bergelar suami istri memandangkan aku kena outstation isnin -jumaat.. dan husben kerja shift.. kadang2 sabtu ahad kerja.. erm.. dapat bersua muka sekejap je.. tapi takperla.. yang penting persefahaman tu ada.. kan jenet kan.. (pujuk diri sendiri)

eh.. sebenarnya nak cerita pasal jurney di sarawak.. ni kali kedua aku menjejakkan kaki di bumi bertuah di Sarawak. Tahun lepas dah pegi.. tahun ni pun berpeluang pergi lagi.. Tapi kali ini journey kami bermula dari:

KLIA -> Kuching = menaiki kapal terebang 2 j 30 m
Kuching -> Sri Aman = 3 jam naik van 
Sri Aman -> Kuching = 3 jam van lagi
Kuching -> Miri = menaiki kapal terebang 1j 30 m
Miri -> Kuching = menaiki kapal terbang 1j 30 m
Kuching -> KLIA = menaiki kapal terebang 2j 30m


OMG.. so tired.. jumlah masa = 3 hari

Cuaca Mendung semasa bertolak ke Kucing.. kapal agak bergegar..

Kostum semasa hari pertama.. yang penting pramugara tu  cakap  " Selamat Datang Cik!" hahhaah

Muka menyampah yang biasa dilihat

Masa masuk hotel kat Sri Aman.. ni ha bilik dia.. mengigil aku masuk.. Omai Aiii

Bosau bona ha..

Tak buleh jadi ni...

Simbol keamanan bagi Sri Aman atau dulu dikenali sebagai Simanggang

Malam tu cabut lari.. angkat barang masuk bilik member... hahahha

Pesta Benak adalah Ombak Besar di Sungai.. cari kat youtube.. mesti nak cakap .. wow.. hebatnya!

Bilik ku di Grand Continental Kuching.. yey.. sleep time after a long journey! hip hip hooray!

Tapi sebelum tido dari petang sampai esok pagi.. order makan siap2.. Chef Burger RM 18.00

Pagi esok sebelum bertolak ke Miri have breakfast dulu di Starbuck Airport Kuching

Berseri tak sebab cukup tido yang melampau lepas perut kenyang macam badak

Check in hotel di Miri... alamak apa nama dia.. sangat big n selesa.. cam nak guling2 je atas lantai
Ha.. tu la sedikit sebanyak yang aku leh kongsi.. satu tambahan pengalaman dalam resume hidupku.. Alhamdulillah aku sihat walafiat je sepanjang berada di sana walaupun kami berpindah randah.. Tq Allah.

Ok nak podah.. dah malam
sekarang kat Taiping.. nanti update lagik!

tata