Wednesday, 18 April 2012

DEKO DEKO DATANG KEMBALI

Salam,
Bukan senang nak buat pilihan untuk menghiasi rumah sendiri ni. Tambah2 terdapat bermacam-macam jenis  pilihan yang menyebabkan kita boleh rambang mata. Tapi yang penting sebelum anda membuat keputusan untuk membeli apa2 barang.. pastikan anda sudah ukur baju di badan sendiri. Berikut adalah perkara yang anda perlu pertimbangkan sebelum membeli barangan rumah:

1. Kewangan / Budget yang diperuntukkan
2. Saiz keluasan ruang yang anda ingin hiasi
3. Tema yang sesuai dengan citarasa anda
4. Kualiti barang yang ingin di beli
5. Persetujuan kedua-dua belah pihak (bagi suami istri)
6. dan Masa yang sesuai untuk membeli 

ha.. perkara-perkara ini anda perlulah anda pertimbangkan terlebih dahulu. Berapa banyak anda la...Kalau nak tema english kena la pilih perabot berwarna putih dan berbunga rose. Kalau bali, banyak guna jati. Tapi kena berhati-hati juga semasa buat pilihan, kalau terlalu banyak barang atau warna akan nampak serabut nanti rumah. Biar nice and simple.. 

Bagi aku pula, sebelum kami membeli barang rumah, sketch ruang saiz rumah di lakar dahulu, kemudian senarai barangan keperluan di buat. Senarai barangan tersebut di lakar di atas sketch ruang rumah. Agar anda  tahu barangan mana yang perlu diletakkan di tempatnya. Kemudian, survey harga dan setelah puas hati.. baru lah senyum2 buat muka comel kat bakal suami sambil berdoa yang dia faham kita suka perabot tu  :) hahaha

erm.. bukan senang jugak nak siapkan rumah untuk kehidupan selepas perkahwinan. Mungkin sebab kami berdua ni jenis yang cerewet dan detail.. masa yang diambil adalah 3 bulan sebelum kahwin untuk siapkan rumah. Kat bawah ni adalah sedikit sebanyak pilihan yang kami dah buat. Aku ni seorang yang agak privasi dengan ruang peribadi. Tapitakperlakaliniakukongsikanjugakuntukandamenjanaidea. pam x?

Katil ni memang cute sangat! tapi cadar... love love pink.. hehe... itu je yg ada.. yg ln dah kasi cuci

Rak kasut

Sudut meletakkan buku n chillout ya

Pilihan langsir hitam kelabu untuk ruang tamu
Red for the bedroom
Carpet untuk ruang tamu

Last but not least
A massage to him :) piu piu.. buat muka malooo

Ha.. amacam.. ada idea?

ok nak gi makan malam.. k tata