Monday, 2 April 2012

NOVA LEEZA and CHADEQ NAKAMURA WEDDING PART 1

Salam,
Ha... dapat sudah gambar sekitar Majlis Perkahwinanku di kampung... memang sangat teruja tengok gambar kahwin aku dah siap.. erm.. tq to Encik Azhar Naim kerana sudi merakamkan Majlis Perkahwinan kami sepanjang 3 hari itu. Barulah faham dan terasa betapa sukarnya nak bergambar untuk majlis kahwin ni tok'. Diri sendiri dahla tak berbakat nak posing2 gitu haa.. photographer kami la yang banyak tunjuk ajar ku SIFU dan besabo dengan kami yang posing keras macam tunggul kayu haha gitu ..

Kalau tengok betul2 masa kami pakai baju pengantin tu.. belakang baju tu sebenarnya dah berasap2 dah keluar pastu peluh mencurah2 macam air paip ha... walaupun begitu hati tetap rasa riang girang gembira sebab terasa bahagia kerana ada dia disampingku. "senyum dulu" hihi.. Happy happy

Cerita pasal pakai baju dah, cerita pasal pakaian dah.. ha.. cerita pasal tetamu lak.. so nak bagi sedikit ucapan la.."Tima kasih di ucapkan kepada semua ahli keluarga dekat atau jauh... kawan2 yang datang.. kenalan.. rakan pejabat.. sahabat handai dan semua yang bertungkus lumus menjayakan majlis ku pada hari ersebut.. jasa baik kalian tak mungkin dapat ku balas!! Terima kasih sekali lagi!!.."

Erm... kepada mak andam.. kepada caterer, photographer En. Naim, kawan baik ku. Nuren n Mino.. dan semua yang terlibat.. terima kasih yang tak terhingga pada kalian semua!!

So.. meh la layan gambo ni meh meh..


Kakak n Me :)
Pengantin Lelaki sedang menunggu di luar






Sekian :)