Tuesday, 17 April 2012

Village View Bandar Baru Bangi

Salam,
Restron Village View ni memang dah agak lama dah berada di tapaknya. Aku pun selalu jugak pergi ke sana suatu masa dulu. Atas sebab servisnya cepat kerana tukang masaknya ramai. Tapi sejak kebelakangan mahupun kedepanan ini aku dah jarang pergi ke sana sebab sekrang aku banyak makan kat rumah je.. apa lagi masakla. hehehe

Apa yang menarik tentang restron ini adalah keindahan pemandangannya.. Aku kan peminat binatang nombor satu dalam dunia. Kat restron ini ada kolam dan air terjun.. terdapat ikan yang berwarna-warni tu.. ohh cantik sekali dua kali.. Pastu tertulis kat depan kedai tu.. "Dilarang memberi makan kepada ikan!"

Tapi masakan aku dapat menahan diri daripada merasa teruja melihat binatang. Aku bukan bagi makan, aku cuma tertumpah secara sengaja biji barli ke dalam kolam.. haha.. Memang aku akan order air barli sebab nak bagi ikan makan. Bila ikan makan.. banyakla ikan yang akan datang ke tepi meja aku tu.. hik hik.. comel kan perangai..

bleh duduk kat atas jugak kalau nak feel kampung
Ha.. nampak tak ada ayaq terejoon
Ha.. air barli ni la yang aku selalu order

Cantek kan ikan ikan di sini... happi happi

Saya cube tiru muka en husben senyum.. jadik tak??
Haha.. same tak?
Ini adalah petaa lokasi ke Village View..
Slamat mencoba.. 

Menu :
Nasik puteh 2
teloq dadar
Ayam masak pedas
Kerabu mangga
Air teh o dan barli

Jumlah : RM 17.00

Skian