Tuesday, 1 May 2012

Kuala Kangsar

Salam,
Ha.. meh sambung cerita, dari Taiping singgah Kuala Sepetang perkena Mee Udang, kami menuju ke pekan Kuala Kangsar. Oh.. bila ke Kuala Kangsar perkara yang aku akan teringatkan adalah Laksa dan Cendol. Ermm.. tak sabar rasanya nak perkena laksa gandum buatan penduduk tempatan. Bagi sesiapa yang belum pernah pekena Laksa Kuala... nak cakap ni " eii... ruginya kau!!" hehehe... jangan mare

Perjalanan aku dan kawan2 kalini adalah untuk menyokong Tahun Melawat Perak.. yeah jom jom MAWAT Perak..

Dalam perjalanan dari Taiping ke Kuala Kangsar tak lay jauh sangat lebih kurang 45 minit ke 1 jam je. Kami menginap di Riverview Sungai Perak. Erm.. harga boleh tahan, lagipun betul2 terletak di tepi sungai Perak. Niceeeee viewwwwwww..... 

Ha.. sudahla jom layan gambar

Masjid Ubudiah yang tersergam Indah

Kawanku yang kepenatan hehe

Istana Lama Kesultanan Perak

hoit Jebat! Kenapa kau tak turun ha?? kalau kau tak turun aku naik! hahaha

Laksa dan Cendol! uhh.. sedapnya... tak mahal..

Di sebelah Medan Laksa ada jual barang2 kraftangan..pilih pilih..

Ha... macam2 ada

Jam Besar di Tengah Pekan Kuala Kangsar
Ha... apa lagi..  Jomla ke Kuala Jom jom...

Skian.