Monday, 28 May 2012

Kuantan di Hatiku Selamanya

Salam,
Kalau ada yang tahu.. Kuantan merupakan tempat aku bermakan, bermandi, berjalan, dan belajar suatu masa dahuloo.. 4 tahun tu. Bukan masa yang sekejap.. kenangan kat Kuantan jangan cakap.. memang banyak sangat. Aku memang suka kat Kuantan sejak memula sampai di Pahang. Tapi lepas aku graduate je.. aku dah jarang datang ke Kuantan. Tapi kalini aku berkesempatan untuk melepak di sini.. agak lama la jugak. Dalam 3 hari 2 malam jugak. Tempat menginap adalah di M.S Garden.

Huh.. macam2 dah ada kat sini. Apa tu.. East Coast Mall.. ha.. puhh, dasat kaw.. memang hebat. Banyak betul bangunan baru dan tinggi.. ok meh nak tunjuk makan di Tanjong Lumpur.. ha.. terliur tak tengok..

Ana Petai Tanjong Lumpur punya..
Sotong Goreng yum yum nama dia
Menu ni nama nya KALIAN, akula Ikan Masin.. haha
Ni dia.. hidangan paling istimewa.. ikan bakar petaiiiii...
Pastu biasala aku kan suka minum air barli dulu kini dan selamanya.
 Nak dijadika cerita masa ni aku kat Kuantan, tetiba hp aku masuk mesej:
Pengirim : "MINUM AIR BARLI JE KE"..
aduhh.. sapa lak ni.. mana tahu aku tengh minum air barli, pastu aku balas
"Eh mana tahu..? Kat Kuantan jugak ke".. sebab pengirim ni patutnya duk KL
Pengirim : "Sori liza, salah orang tadi ingatkan liza, lepas tegur rupanya silap orang, ni kat RNR Tapah"
haha.. maknanya kat sini kawan2 yang rapat dengan aku ni memang dah trade mark aku dengan air barli kot..atau memang muka dia betul2 macam aku sebab kawan aku ni siap berani tegur.. hihi  pelanduk la tu.. hii hiii takpe takpe orang tak tahu siapa yang tersalah tu.. Abg Lah.. ops.. tercakap.. hihi

kemudian, masa aku tengah sibuk2 kerja husben aku lapa. cian dia, pastu order la dari  kitchen.. ni Sandwich ni rege dia RM 15.10 ye tuan2 & puan2
Pastukan.. aku pun siap2 la berpergian ke Majlis Makan Malam Jabatanku.. macam2 pesembahan ada yang mengasyikkan mata ku ini.. Oh yeah sekali.

Ha.. pose jangan tak pose..
Oh.. itu kembar saye..
"Itula orang yang suka makan nasik tu".. apa motifnya..

Dasat.. siling pun tamak kalau tau nii.. alamak apa aku repek ni

I love to spoil the picture!.. sorry guys.. dalam 10... ini yang terbaik.. hihi

Ini Bos.. :).. "BOSSS".. muka aku cam control takut je kan.. hihi
So.. i memang suka spoil gambar.. maaf ye.. menyampah je tengok gambar ni.
Ha.... itula.. sedikit sebanyak pasal minggu lepas kan.. haa.. sibuk kan aku ni .. perasan..
Ok..

Pecah kaca pecah gelas..
Sudah baca harap.. jelas..
Jelas sebab aku rasa tu perkataan paling sesuai nak di isi.. 

hihi k babai.