Hotel Thistle Port Dickson | Bulan Madu

Salam,
Ha.. minggu lepas aku dan husben telah mempergikan diri ke Pelabukan eh Pelabuhan Dickson. Masa yang diambil dari rumah ke Pelabuhan Dickson adalah 1jam 30 minit. Tak jauh pun kan. hehe pagi tu aku dan suami bangun lambat giler kenapa tah.. agaknya sebab semalam layan KAROOT KOMEDIA dan SUPER SPONTAN sampai pagi. Faveret show dia.. Tengah hari baru terhegeh2 nak kemas baju la.. nak lipat baju la.. erm.. kemas2 ni sebenannya perkerjaan aku.. tapi nasib baikla suami aku ni baik hati juga aritu kan kan.. dia tolong kemaskan barang2 mandi.. kasut dan make up aku. hihi..

Dalam pukul 2.00 petang baru la nak gerak dari rumah, tapi kena singgah isi minyak dulu, pastu gi bank kuar duit pastu pastu.. alamak.. kul 3 lebih baru gerak. hihi.. Iyola sangat nak gerak pagi2.. patu sepanjang perjalanan ke Pelabuhan Dickson aku pengsan terus tak sedar apa2.. sepanjang perjalanan buat taik mata sampai ke bulan..Aku tak pasti bila pulak aku tertido kan tapi aku macam ingat husben aku cakap " Bi, tidola elok2.. " dalam 10 kali ada kot haha..

Dah nak sampai lobi hotel baru aku tesedar pastu dengan selambe je cakap "Eih Eh dah sampai la.. tak jauh pun" haha... lalu husben aku plak mejawab "Heh, buat taik mata je memangla sekejap" hihihi... aku sengeh jela kan. "Ala.. penat kemas baju la.." haha..mesti dia fikir - alasan tak munasabah langsung.

Pastu rasa segar sangat sebab tido je kan. Destinasi adalah Hotel Thistle Port Dickson. uihh.. wa cakap lu.. memang cun la.. dia punya pool sikit punya bosau.. meh layan gambar!

Uih uih... pool.. best kan kan







Pool Kedua dengan Jakuzi ada air bubble2



Gambar bilik. Lawa sangat bersih dan pemandangan yang awesome *gambar dari website thistle PD

Kalau lapar boleh singgah makan tengah hari di Asam Pedas!


Pastu tengah hari makan Asam Pedas la.. sedap tau.. dahla tak mahal 
Kedai makan ni kat mana? Lepas rounabout tu amik kiri.. pastu straight je sampai nampak sign board oren ni.

Private Beach.. belakang hotel..



Jalan2 carik pasal..

Posing dengan sunset.. canteks

En Husben & Mahari Terbenam

Muka dia sedih sebab Matahari nak balik dah,.... hihi

Close Up.. matahari punch card habis shift.. ganti dengan bulan lak



Lobi Hotel.. hihi.. rupanya Bunga ni betul.. aku plak dengan selamba je pegang2  bunga tu.. pas posing2.. naik gatal tangan sampai ke lengan.. pastu terus masuk bilik air sabun tangan.. habis merah2 bijik2 naik.. pastu husben aku cakap " tu la.. tamau duk diam2.." haha..

Haha.. berenang2 di tepian.. Photo by kak Sharol.. thanksss kak!

Erm.. amacam.. teruja tak? memang best hotel ni. Boleh layari di sini --->


okes.. skian. bababai bai..


Comments

Popular posts from this blog

CARA MASAK MEE KUAH PALING SEDAP BUAT BERBUKA DI BULAN PUASA

SAFI BALQIS OxyWhite | Kulit Cerah dan Berseri